"Huaa," tangan kanan laju menutup mulut yang ternganga luas akibat menguap. Mata digosok beberapa kali bagi menghilangkan kabur. Telefon yang terletak di meja sebelah kiri diambil.
"Lambat lagi ni baru pukul 5:30. Huh, mengantuk betul nasib hari minggu bolehlah tidur lama sikit," Khalif membaringkan semula badan tegapnya di atas katil. Mata dipejamkan semula sebelum...
Allahuakbar,
Allahuakbar,"Wei, aku baru nak masuk alam mimpi! Terputus mimpi aku, baru aje jumpa bidadari tadi," Khalif bangun semula dari baringan. Tuala diambil dan menuju ke bilik air.
Beberapa minit mengambil masa untuk bersihkan diri. Khalif keluar dan teringat sesuatu perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan.
Pang
"Apa kau buat ni Aakif Khalif. Pahal masa azan berkumandang tadi kau mengurut," tangan naik memukul pipinya sendiri apabila teringat peristiwa tersebut.
"Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini," sambungnya lagi. Tetapi kali ini tangan naik menyentuh pipi yang baru dipukulnya. Sakit juga dia pukul tadi.
Tok tok tok
"Sayang, bangun solat subuh," Datin Qayla bersuara dari luar bilik tidurnya.
"Ya, mummy. Khal dah bangun!" jerit Khalif dalam bilik bagi memudahkan Datin Qayla mendengar suaranya.
"Okey,"
Selesai memakai baju dan seluar, Khalif menunaikan solat fardu subuh dua rakaat.
Pintu bilik Khalif dibuka sedikit. Niatnya ingin masuk ke dalam untuk mengejutkan Khalif supaya solat tapi Khalif terlebih dahulu bangun dan menunaikan solat.
"Assalamualaikum warahmatullah," salam diberi ke sebelah kanan dan kiri. Selesai memberi salam dan berzikir, kedua belah tangan Khalif diangkat untuk berdoa.
"Aamiin,"
"Hmm. Kau rasa kita solat, kita zikir, kita berdoa ni. Allah terima ke? Tak ke macam sia-sia je kita buat? Kau tak terfikir semua tu, Khal?" Rizqin melangkah masuk ke dalam bilik Khalif. Pintu dibiarkan terbuka sedikit. Punggung dilabuhkan di atas katil empuk milik Khalif.
Khalif hanya diam. Sejadah di tangan diletak ke tempat asal. Dia menuju ke arah Rizqin dan melabuhkan di tepi Rizqin.
"Aku tak tahulah, Riz," setelah beberapa minit berdiam, akhirnya Khalif membuka suara. Dia juga turut memikirkan benda sama seperti Rizqin.
"Umur 20 nanti kita tak akan jadi macam sekarang. Kau tahu bukan Khal?" Rizqin memandang tepat ke arah Khalif yang sedang memikirkan sesuatu.
Khalif hanya mengangguk. Bukannya dia tidak tahu apa yang bakal terjadi pada keluarganya.
Tok tok tok
Serentak Khalif dan Rizqin menoleh ke arah pintu yang sudah diketuk oleh seseorang.
Harraz memberi isyarat mata supaya turun sarapan. Datin Qayla yang menyuruhnya kalau tidak memang tak akan sampai ke sini.
Khalif dan Rizqin yang memahami isyarat mata yang diberi oleh Harraz hanya mengangguk.
"Macam tu, dia dah bersiap sedia untuk hadap semua nanti," Rizqin menepuk beberapa kali belakang Rizqin sebelum dia mengikut jejak Harraz.
Khalif hanya memandang, tidak tahu dia boleh atau tidak menghadapi nanti.
Suasana di taman permainan dihiasi dengan suara anak-anak kecil. Bahagia sahaja mendengar suara mereka.
"This is for you, Khalif," Rizqin menghulur botol air mineral. Air mineral dibuka sebelum dia meneguk rakus. Penat mereka berjoging tiga pusingan.
"Hmm, macam mana agaknya nanti kita dah besar. Entah hidup entah mati," Harraz dan Khalif memandang ke arah Rizqin yang sudah mulakan bicara.
"Hmm, doakan yang baik-baik je," Khalif bersuara. Sudahlah dia malas fikir. Apa yang nak jadi, jadilah. Dia akan menyiapkan dirinya untuk menghadapi semua.
"Doa? Huh. Kau rasa kita yang jahat ni boleh doa. Doa tu akan terima? Aku tak rasa doa kita akan terima," Rizqin memandang tepat ke arah Khalif. Dia pasti apa yang mereka berdoa tak akan diterima. Mereka akan berubah seratus peratus suatu hari nanti.
Harraz hanya memandang hadapan melihat anak-anak kecil sedang bermain. Gembira sahaja mereka bersama keluarga.
"Look, daddy. Arraz nak main gelongsor tu," baju kerja Dato Haris dihujung sekali ditarik beberapa kali.
Baru sahaja balik dari kerja anaknya sudah mengajak dirinya untuk pergi ke taman permainan."Arraz, tengok mummy dekat situ. Khal dan Riz main buaian je. Nanti Arraz sorang main gelongsor tak seronok nanti," mata memerhati isteri dan dua orang lagi bersama isterinya.
"Yelah, yelah. Arraz aje buat semua benda tak kena. Khal dengan Riz semua betul, Arraz aje salah. Tak apa, tak apa," muka merajuk dibuat. Air mata yang bertangkungan ditahan.
"Arraz, bukan macam tu maksud daddy," kata Dato Haris perlahan. Harraz sudah berjalan jauh menuju ke arah bangku.
"Apa yang Arraz buat semua salah, semua tak betul,"
"Oii, hahaha," tersentak Harraz mendengar jeritan itu. Lamunannya juga turut berhenti.
"Okey, cop cop cop. Letih, letih," Khalif melabuhkan punggung di sebelah Harraz.
"Kepala hotak kau letih," Rizqin juga turut melabuhkan punggung di tepi Harraz. Kini Harraz sudah berada di tengah-tengah.
"Hotak tak hotak, memang aku letih. Letih aku tak boleh nak cakap dekat orang. Lagipun siapa suruh kau kejar aku tiba-tiba, ha ha," botol air mineral dibuka dan diteguk perlahan. Penat. Entah kenapa Rizqin mengejarnya tiba-tiba.
"Eee, kau. Aku kejar kau ada sebab tau bukannya tak ada," tangan digempal. Geramnya.
"Ha, kalau ada sebab bagi...," terhenti percakapan Khalif apabila seorang gadis menegur mereka bertiga.
"Hai, awak bertiga," tangan kanan melambai ke arah Harraz, Khalif dan Rizqin. Tak sangka boleh berjumpa di sini.
"Wow, tengok kita jumpa siapa," riak wajah terkejut ditunjuk. Bukannya dia tahu akan berjumpa rakan sekelasnya di sini.
"Awak buat apa dekat sini, Ad?" tanya Rizqin. Mata elok memandang Adelia atas bawah.
"Oh, saya masak dekat sini. Tu nampak ha dekat situ lah," kata Adelia selamba. Boleh pula tanya begitu. Jelas, jelas dia memakai t-shirt dengan seluar track mestilah joging.
"Okey, aku tahu," Khalif mengetawakan Rizqin. Ada ke patut bertanya begitu? Dia tak tengok ke pakaian Adelia bagaimana.
Harraz disebelah hanya memandang. Baginya tidak ada yang lawak apa yang dikatakan oleh Adelia.
Adelia yang sedari Harraz tidak mengeluarkan suara terus dia melabuhkan punggung di hadapan Harraz. Bukan di bangku malah di atas rumput.
"Awak selalu diam, kenapa? Saya ada buat salah dengan awak ya?" Lembut sahaja suara yang dilontar oleh Adelia. Mata Harraz ditatap.
Harraz menjeling malas melayan. Dia terus bangun dan pergi ke sebuah cafe berdekatan.
"Awak, Arraz memang macam tu. Jangan ambil hati," pujuk Rizqin. Adelia di bawah hanya mengangguk faham.
"Jom pergi dekat Arraz, kut kut dia nak belanja air," Khalif mula berbicara setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri.
"Jom. Adelia jom," ajak Rizqin. Kepalanya disengetkan sedikit kemudian diangkat.
"Okey,"
"Kita lumba siapa sampai dulu!" jerit Khalif kuat. Dia sudah terlebih dahulu berlari meninggalkan Rizqin dan Adelia.
"Tunggu!" serentak Rizqin dan Adelia berkata sebelum mereka berlari.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...