"Hi whore, you look so gorgeous today," Batrisya menyentuh lembut belakang Adelia.
"Bau pun wangi. Nak pikat boyfriend aku ya, whore,"
"Stop calling me a whore," tegas amaran yang diberi oleh Adelia. Sakit telinganya dipanggil begitu hanya kerana mendekati tiga orang jejaka tampan di sekolah itu.
"Kenapa? Kenapa kena stop? Benda memang betulkan yang kau ni whore," tangan Batrisya naik menyentuh pipi kiri Adelia.
"No, I'm not," Adelia menepis tangan Batrisya yang menyentuh pipinya.
"Yes, you are,"
"No, I'm not,"
"Okey apa aku panggil kau whore sesuai pun sesuai daripada aku panggil kau pelacur kan? Aku nak je panggil kau pelacur tapi aku rasa perkataan tu kasar so aku panggil whore je lembut sikit. Lagi satu, aku panggil kau whore sebab ramai yang tak tahu maksud dia tapi kalau diorang buka kamus or google untuk cari maksud mungkin diorang tahu," Batrisya mendekatkan wajahnya ke wajah Adelia. Anak matanya mula menikam anak mata Adelia. Selepas puas berkata, Batrisya masuk ke dalam kelas.
"Hm, you are whore, Adelia Ayesha," Adelia berkata sendiri dengan senyuman sinisnya.
"Let's watch a prostitute named Adelia Ayesha," Adelia masuk ke dalam kelas sebelum dia tersenyum sinis ke arah Batrisya yang berada di belakang.
Harraz berdiri di hadapan meneruskan menulis di papan putih. Cikgu Surya meminta bantuan Harraz untuk membantunya semasa mata pelajarannya. Cikgu Surya yang berada di hadapan hanya memerhati gerak-geri anak didiknya.
"Cikgu Rya, biar saya pula tolong Harraz sambung untuk next perenggan," Batrisya mengangkat tangan kanan.
"Tolong? Tu Harraz boleh buat, dia pun tak ada nak minta tolong kamu," mulut Cikgu Surya dimuncungkan menunjuk ke arah Harraz yang tekun menulis teks pemberiannya di papan putih.
"Kesian dekat Harraz, cikgu. Dia pun mesti nak salin juga nanti habis masa cikgu dia tak sempat salin macam mana?" Batrisya menuju ke arah Cikgu Surya di meja guru.
"Saya punya ada cikgu, Harraz boleh tengok yang saya punya," Adelia mengangkat buku tulisnya.
"Boleh juga tu,"
"Aku punya pun ada bukan kau sorang je," Batrisya menjeling Adelia sebelum dia menuju ke arah Harraz yang masih lagi tekun menulis.
"Meh, I buat. Mesti you letihkan berdiri," Batrisya mengambil pen penanda dan teks daripada Harraz. Dia menolak Harraz ke tepi dan menyambung menulis.
Harraz menjeling. Dia duduk di tempat asalnya dan membuka buku tulis untuk menyalin.
"I'm done!" Batrisya menutup pen penanda dengan penutupnya. Dia berjalan ke arah meja guru untuk meletakkan pen penanda ke dalam sebuah bekas.
"Wait, saya lupa nak tulis," Batrisya yang mahu meletakkan pen penanda di dalam bekas ditarik semula dan menuju ke papan putih.
"Ad, look here," Batrisya melambai tangannya supaya Adelia melihat dirinya di hadapan.
Adelia yang leka menulis terus memandang Batrisya di hadapan. Bukan Adelia sahaja, malah rakan sekelasnya juga turut memandang Batrisya.
Perkataan 'WHORE' ditulis. Batrisya menggaris perkataan itu dan melukis muka tersenyum di sebelah perkataan itu.
"Hahahaha," ketawa rakannya sekelasnya melihat perkataan itu kecuali ahli kumpulannya. Harraz tidak mempedulikan mereka dan sambung menyalin. Khalif dan Rizqin hanya terkedu melihat Batrisya menulis begitu.
Adelia memejamkan matanya mendengar gelak ketawa rakan sekelasnya. Dia membuka semula matanya dan menunduk sedikit untuk sambung menyalin.
Cikgu Surya hanya memandang pelik ke arah anak didiknya yang sedang ketawa seperti sesuatu yang kelakar muncul.
"Tepi sikit aku nak tengok papan putih bukan nak tengok muka kau," marah Harraz kepada Batrisya. Dia bukannya tidak nampak tetapi melihat keadaan Adelia dia terus bersuara tidak nampak papan putih.
"Betul tu, aku pun tak nampak. Tepilah kau bukan kurus nak duduk depan tu," sokong Khalif. Dia ternampak Adelia mengeluarkan sedikit air mata semasa meletakkan kepala di atas meja memandangkan Adelia berpusing ke arahnya.
"Sokong, sokong. Cikgu saya pun tak nampak!" Rizqin menyokong Harraz dan Khalif.
"Batrisya duduk. Kawan kamu tak nampak," Cikgu Surya menunjuk ke arah tempat duduk Batrisya.
"Tapi cikgu sa...,"
"Duduk," satu patah perkataan sahaja disebut oleh Cikgu Surya.
"Baik, cikgu," Batrisya memadam semula perkataan 'WHORE' yang berada di hadapan. Dia meletakkan pen penanda di atas meja guru dan menuju ke tempat duduknya.
Pintu rumah diketuk perlahan. Malas mahu mengetuk kuat-kuat. Air mata yang sedikit keluar disapu secepat mungkin. Sakit hati mengingatkan perkara yang berlaku di sekolah tadi.
"Assalamualaikum, mama," Adelia berusaha lagi mengetuk pintu rumahnya.
"Mama, Ad dah balik ni. Mama,"
"Eh, Adelia. Masuklah. Maaf, bibik buka lambat bibik baru habis solat," kata Bibik Kiah yang sudah berada di hadapan pintu.
"Mama mana?" Adelia memandang pelik wajah Bibik Kiah.
"Datin pergi beli barang dengan kawan Datin," Bibik Kiah mengukirkan senyuman kepada Adelia.
"Oh, okey. Ad nak masuk, nak rehat," Adelia menyengetkan badannya bagi memudahkan masuk ke dalam rumah memandang Bibik Kiah masih lagi berdiri di depan pintu.
"Ad, makan dulu. Datin pesan dekat bibik bila Ad dah balik suruh Ad makan," Bibik Kiah bersuara sedikit kuat apabila Adelia sudah berada sedikit jauh dengannya.
"Umm, kalau macam tu Ad makan dulu," Adelia turun semula dan menuju ke dapur.
Pinggan dan cawan yang sudah berisi diambil. Adelia melihat lauk-pauk yang dimasak oleh Kiah. Ayam kicap menjadi pilihan untuk menjamu selera.
"Ad, ayam kicap je? Bukan lauk ni ke Ad suka?" ikan cencaru ditunjuk. Setahunya anak majikannya itu tidak suka ayam kicap.
"Suka aje bik, nak try ayam kicap pula," Adelia menayangkan senyuman kepada Bibik Kiah.
"Jom, makan sekali bik. Takkan Ad sorang," tangan kiri Adelia melambai ke arah Bibik Kiah menyuruh ke mari.
Bibik Kiah tersenyum. Dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Adelia. Pinggan yang sudah terisi diambil.
"Sedap, bibik masak. Nanti boleh ajar Ad masak," thumps up ditunjuk. Adelia meneruskan suapannya.
Bibik Kiah mengangguk kepala sambil tersenyum. Suka melihat kerenah anak gadis majikannya. Dia juga sudah menganggap Adelia seperti anaknya sendiri.
"Makan, makan jangan malu-malu,"
Bibik Kiah mengangguk. Bertambah malu apabila anak majikannya menegur. Maklumlah sebelum ini kalau makan pun makan bersama Dato Adzib dan Datin Anna. Ini hanya makan sekali dengan Adelia tanpa kedua majikannya. Terasa kekok.
Dalam diam Adelia juga memikirkan tentang Batrisya. Semestinya Batrisya menghebohkan satu sekolah tentang dirinya walaupun dirinya tidak serupa itu. Dia juga memikirkan tentang esok bagaimana keadaan sekolah. Adakah orang akan membencinya? Bagaimana pula dengan tiga orang jejaka yang sudah menjadi ahli kumpulannya?
Adelia menghelakan nafas yang panjang. Sudah tidak tahu ingin membuat apa. Mahu tidak mahu dia kena hadap juga.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Beletrie"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...