"Aku izinkan korang pergi. Aku doakan korang masuk syurga jumpa mummy dengan daddy. Dah masuk syurga jangan lupa aku," batu nisan Rizqin dan Khalif digosok. Harraz meminta kubur mereka berdua dekat bersama kubur arwah Dato Haris dan arwah Datin Qayla. Begitu juga kubur arwah Dato Adzib.
"Ayeed, jom kita balik," Adelia setia duduk sebelah Harraz walaupun hujan merintih. Datin Anna dari awal lagi sudah balik selepas melawat kubur arwah Dato Adzib alang-alang dekatkan.
"Terima kasih korang sentiasa ada dengan aku tak kira susah ataupun senang. Terima kasih sudi ceriakan aku selama 20 tahun, masa kecil sampailah habis belajar. 6 tahun je aku tak rasa dah ceria tu dengan korang dan sekarang ni selama-lamanya," Harraz mengabaikan Adelia. Sekarang ini dia dalam dunianya sendiri.
"Aku sayang korang," batu nisan Khalif dan Rizqin dicium secara bergilir-gilir. Harraz bangun dan pergi pula ke kubur arwah Dato Haris dan arwah Datin Qayla.
"Mummy, daddy. Khalif dengan Rizqin dah tinggalkan Arraz macam mummy dengan daddy tinggalkan Arraz. Arraz tak ada sesiapa dah kat sini. Semua tinggalkan Arraz. Kalau Arraz tahu orang yang Arraz sayang akan tinggalkan Arraz, Arraz tak akan sayang sesiapa," kata Harraz dengan air mata bercucuran berteman air hujan yang merintis. Harraz mengambil nafas untuk menyambung.
"Arraz akan benci semua orang termasuk mummy dengan daddy. Barulah mummy, daddy tak tinggalkan Arraz. Arraz nak ikut mummy dengan daddy, Arraz tak nak duduk sini sorang-sorang," kepala Harraz diletakkan pada batu nisan arwah Dato Haris. Manakala tangannya bergerak memegang batu nisan arwah Datin Qayla.
"Ayeed, jomlah balik," Adelia hanya setia duduk di tempat tadi. Tidak bergerak langsung pergi ke arah Harraz. Kubur itu bersebelahan jadi tidaklah jauh.
"Nak balik, baliklah. Nak teman mummy, daddy, Khal dengan Riz. Khal dengan Riz takut duduk sorang-sorang. Selalunya Ayeed teman. Kali ni Ayeed kenalah teman diorang," Harraz tersenyum melihat Adelia. Tidak boleh kuat sudah dirinya jika orang yang menjaga dan selalu ada bersamanya semasa kecil sudah tinggalkan dirinya.
"Nanti Ayeed demam. Hujan ni Ayeed," Adelia mendongak melihat awan. Makin lama makin gelap. Tidak lama lagi hujan lebat.
"Nanti petir ni, Ayeed tak boleh balik. Khalif takut petir, Rizqin pula tak boleh kena hujan nanti dia demam. Jadi Ayeed kena ada dengan diorang," Harraz turut mendongak. Dia menggeleng kepala laju. Dia bangun dan menuju ke kubur arwah Khalif dan arwah Rizqin pula. Tanggungjawab seorang abang ialah menjaga adik.
Adelia tergemam melihat tindakan Harraz. Nampak serupa orang tidak tentu arah sudah. Dia juga pernah merasa kehilangan iaitu kehilangan arwah Dato Adzib tetapi dia tidaklah teruk seperti Harraz. Lepas satu-satu meninggalkan Harraz. Adelia juga turut sedih atas kehilangan keluarga Harraz. Lagi-lagi Khalif dan Rizqin yang selalu ceriakan dirinya semasa zaman sekolah.
"Khal dengan Riz tak apa, Ayeed tu tak boleh. Nanti demam," kata Adelia lembut. Habis lembut dia cakap dengan Harraz supaya Harraz mahu balik ke rumah.
"Ayeed abang jadi Ayeed kena jaga Khalif dengan Rizqin. Diorangkan adik Ayeed. Ayeed kenalah jadi abang yang bertanggungjawab, kan Ayesh," wajah Adelia ditatap.
"Ayeed," tidak tahu lagi mahu pujuk bagaimana. Akhirnya Adelia setia menunggu Harraz di tanah kuburan itu bersama hujan yang sudah makin lebat.
Berulang kali Adelia keluar masuk tandas. Penat sudah begini. Tubuhnya pun terasa panas yang teramat sekarang ini. Mungkin akibat hujan tadi. Harraz pula di dalam bilik yang selalu dia lepak bersama arwah Khalif dan arwah Rizqin.
"Penat," Adelia mengambil nafas dalam-dalam. Dia bangun dan mengambil minyak angin di dalam laci bilik tidurnya dengan Harraz.
Adelia membuka penutup minyak angin itu dan dituangkan sedikit di tapak tangan. Minyak angin itu disapu di dada dan dahi. Adelia menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dia memejamkan matanya rapat.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficción General"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...