Membulat matanya mendengar persetujuan Dato Adzib sendiri. Adelia dijodohkan dengan seorang lelaki yang dia tidak pernah kenali langsung! Ingin sahaja Adelia membantah untuk mengahwini lelaki itu namun Dato Adzib dan Datin Anna tidak memberi. Semuanya diuruskan seratus peratus atas Dato Adzib dan Datin Anna sendiri. Adelia tidak mahu masuk membantu langsung.
Jika berkahwin boleh membuat dirinya bahagia tidak mengapa tetapi jika kahwin menghancurkan dirinya bagaimana. Adelia ke hulur ke hilir di dalam bilik tidurnya. Dia tidak mahu kahwin dengan lelaki itu. Dia tidak pernah setuju langsung untuk berkahwin dengan sesiapa lagi buat masa ini.
Adelia melihat wajahnya di dalam cermin yang bergantung dalam dinding bilik tidurnya. Adelia menarik nafas sedalam-dalamnya dan mulakan bicara sesama dirinya di dalam cermin.
"No! Tak nak kahwin!" Adelia menggelengkan kepala. Rambutnya yang serabai tidak dibetulkan kembali. Dia hanya menatap wajahnya dengan perasaan marah akan diri sendiri.
"Adelia! Mari turun! Tolong mama ni!" laung Datin Anna dari tingkat bawah.
"Tak nak kahwin," Adelia terduduk di atas lantai. Dia menangis sambil mencengkam rambutnya sendiri.
"Ad, jom turun," Bibik Kiah mengetuk pintu bilik tidur Adelia sedikit kuat. Bibik Kiah juga turut menolong Datin Anna menyiapkan persiapan perkahwinan Adelia.
"No!" jerit Adelia dari dalam bilik.
"Adelia Ayesha! Kalau Ad tak nak turun mama cepatkan perkahwinan Ad!" kalau dengan Bibik Kiah tidak menjadi. Kini Datin Anna sendiri yang memanggil anak gadisnya.
"No!"
"1, 2, 3. Okey lusa Ad akan kahwin! Nak berkurung sangatkan dalam bilik pergi lah! Jangan keluar sampai lusa! Nanti hilang seri pengantin!" bukannya Datin Anna mempercepatkan tarikh tetapi memang tarikh itu akan diadakan perkahwinan anak gadisnya. Tadi, dia mahu beritahu Adelia tentang tarikh perkahwinan ini tetapi Adelia terlebih dahulu berlari masuk ke dalam bilik.
"Mama! No!" pintu bilik Adelia dibuka. Cemas dia mendengar tarikh perkahwinan itu. Cepat betul!
"Keputusan mama muktamad," wajah Datin Anna didekatkan dengan wajah Adelia. Datin Anna turun ke bawah untuk menyambung persiapan perkahwinan Adelia.
Tergemam Adelia mendengar. Muktamad? Jadi dia kena kahwin juga walaubagaimanapun? Kenal tidak, jumpa pun tidak tak akan mahu kahwin.
"No! I don't want!" Adelia menggelengkan kepala laju. Dia berlari ke bawah untuk berbincang dengan Datin Anna.
"To get married!" tidak pernah dia terasa terseksa selama ini. Baru kali ini dia terasa terseksa apabila kena kahwin dengan gadis yang dia tidak kenali.
Persiapan di ruang tamu itu sudah cantik disusun. Kain yang digubah bentuk bunga juga sudah siap sepenuhnya. Boleh dikatakan 98% sudah siap!
"Mummy, mummy. I don't want," rayu Harraz. Tidak mahu dia berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal. Kalau dijodohkan dengan orang dia kenal atau sayang sekalipun dia tidak setuju juga. Terseksa siapa yang jadi isteri kepada Tuan Qayeed Harraz nanti.
"Mummy nak tengok anak teruna mummy kahwin. Arraz tunaikan permintaan mummy, ya?" pipi Harraz diusap lembut. Datin Qayla hanya mahu melihat anaknya berumah tangga sahaja sebelum dia tidur buat selamanya.
"No, I don't want," Harraz menggeleng. Diri dia sendiri pun tidak menentu bagaimana dia mahu membimbing isterinya nanti. Nanti sama-sama jatuh.
"Please. Permintaan terakhir mummy, nanti mummy tak minta dah. Tunaikan ya, sayang," mata biru Harraz ditatap. Rindu pula kepada arwah suaminya bila menatap Harraz. Wajah mereka berdua hampir sama.
"Permintaan terakhir?" Harraz membalas tatapan Datin Qayla. Pelik mendengar kata-kata Datin Qayla. Otaknya mahu proses apa yang dikatakan oleh Datin Qayla pun susah.
"Iya, permintaan terakhir," Datin Qayla tersenyum.
Harraz menunggu Datin Qayla menyambung lagi. Tiba-tiba sahaja dia merasa tidak sedap hati dengan kelakuan Datin Qayla hari ini.
"Mummy nak tengok anak mummy kahwin masa mummy ada. Kalau mummy tak ada nanti mummy tak boleh tengok anak mummy kahwin. Mummy dah tak boleh minta permintaan lain lagi lepas ni dekat anak mummy," hampir menitis air matanya tetapi dia menahan. Datin Qayla yang berkata begitu dia jugalah rasa sedih.
"What are you talking about, mummy? Mummy ada sakit? Kenapa tak bagitahu Arraz? Arraz anak mummy kenapa mummy tak bagitahu Arraz yang mummy ada penyakit?" tangan kanan Datin Qayla yang mengusap pipinya dipegang. Kalau betul Datin Qayla ada penyakit, dia memang anak yang tak bertanggungjawab.
"Tak semestinya orang yang ada penyakit pergi dulu, Arraz. Kalau dah sampai ajal tak kira dah orang tu sakit atau tidak,"
"Arraz banyak lagi dosa dengan mummy. Jangan tinggal Arraz. Sejak arwah daddy meninggal, Arraz tak pernah nak bahagiakan mummy. Cakap pun jarang-jarang. Arraz nak tembus kesalahan Arraz yang Arraz tak layan mummy," tubuh tua Datin Qayla dipeluk erat. Dia tidak bersedia langsung untuk kehilangan Datin Qayla dalam hidupnya.
"Tunaikan, sayang," belakang Harraz diusap perlahan.
Harraz meneguk air liurnya. Perkahwinan lah yang dia takut sekali. Isterinya akan terancam jika berkahwin dengan dirinya. Bukan itu sahaja, kemungkinan besar isterinya sendiri akan menyesal berkahwin dengan dirinya.
"I can't," Datin Qayla tersenyum hambar apabila Harraz memberi jawapan. Dia sendiri tahu kenapa Harraz tidak mahu berkahwin. Datin Qayla baru sahaja keluar dari hospital semalam sudah minta begini.
"Ad, setuju," walaupun hati tidak rela dia tetap terima. Kalau tidak terima keluarganya juga akan malu. Hantaran dan baju pengantin semua telah siap. Kalau itu sahaja boleh batalkan lagi perkahwinan tetapi kalau sudah siap dengan mengedarkan kad kahwin, susah lah nak batalkan.
Tersenyum lebar Dato Adzib dan Datin Anna mendengar jawapan daripada mulut Adelia sendiri. Tak sia-sia mengadakan sesi pujuk memujuk tadi. Terima juga Adelia dengan perkahwinan yang akan diadakan lusa.
"Tapi Ad tak nak jumpa dia selagi tak bergelar suami isteri," Adelia menetapkan syarat. Jika dia berjumpa dan dia dapat tahu jejaka yang akan dia kahwini itu pernah meminta dia untuk melakukan benda yang tidak baik pasti Adelia akan membatalkannya. Baginya lebih baik tidak berjumpa daripada berjumpa. Nanti dia batalkan tak pasal-pasal malu nama keluarga belah lelaki dan perempuan.
"Setuju," kata Dato Adzib dan Datin Anna serentak. Mestilah mereka berdua kena bersetuju dengan syarat Adelia. Lagipun syarat itu bukannya menyakitkan hati.
Adelia hanya tersenyum. Dia memanjat anak tangga perlahan-lahan. Tak ada mood sebenarnya mahu kahwin dengan pilihan Dato Adzib dan Datin Anna. Macam kena kahwin paksa sahaja kalau diingatkan semula. Hailah, ikutkan sahaja permintaan mereka berdua. Bukannya tidak boleh minta cerai nanti.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Narrativa generale"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...