"Jom,"
Adelia memandang pelik ke arah Harraz. Balik sahaja dari kerja terus mengajak pergi lain. Tak letih ke Harraz balik sahaja kerja nak pergi tempat lain. Kalau Adelia duduk di tempat Harraz, dia akan berehat sepuasnya. Balik kerja mestilah letihkan. Rasanya Harraz ni robot sebab tu tak letih.
"Ayesh, jomlah," Harraz mengangkat beberapa beg pakaian. Dia menoleh ke Adelia yang masih lagi diam.
"Nak pergi mana?" Adelia bangun. Dia menuju ke arah Harraz dan memandang beg pakaian itu. Tadi dia nampak Harraz mengisi baju mereka berdua. Tak akan nak lari rumah pula.
"Kita nak berkhemah dalam hutan, jomlah. Nanti malam tak nampak jalan pula," tudung Adelia yang sudah berada di tangan Harraz disarungkan pada kepala isterinya. Dia menarik Adelia untuk segera pergi.
"Eh! Mana boleh!" kakinya cuba untuk berhenti namun tidak boleh. Dia berjalan secara paksa dengan tarikan Harraz. Tengok orang lain berbulan madu dekat luar negeri bukan dekat dalam hutan.
"Cepatlah," Harraz menarik kuat. Susah betul nak suruh jalan mengikutnya. Sampai di tangga mereka berdua berhenti. Tak akan nak tarik Adelia dekat tangga. Naya nanti.
"No! Tak nak!" tangan disilangkan. Jangan harap Adelia akan masuk dalam hutan. Cukup masa sekolah sahajalah.
"Kenapa ni?" soal Datin Qayla di bawah. Dia mendongak melihat Harraz dan Adelia. Pelik apabila mereka berdua menjerit tak tentu pasal. Tak akanlah gaduh dekat tangga.
"Ni anak mummy buat Ad dulu," mata Adelia menjeling ke arah Harraz. Dia mendapatkan Datin Qayla di bawah. Tangan Datin Qayla dipeluk dari tepi.
"Arraz buat apa?" pening Datin Qayla dengan mereka berdua. Apa nak jadi pun tak tahu. Dia memandang Harraz ingin penjelasan.
"A...,"
"Dia cakap nak berkhemah dalam hutan. Mesti dia nak duduk lama-lama. Tengoklah beg besar gajah bawa, ha," Adelia memotong percakapan Harraz. Dia mula membebel. Kalau nak berkhemah dalam hutan jangan ajak Adelia. Dia rela tak pergi daripada pergi mengikut Harraz.
Hampir tersembur ketawa Datin Qayla. Lama-kelamaan terlepas juga ketawanya. Tidak dapat ditahan lagi dengan sikap menantunya. Harraz terlebih dahulu memberitahunya untuk tidak duduk di sini lagi bukannya duduk di dalam hutan.
"Mummy," ada ke patut pergi ketawa. Adelia tengah mengadu boleh pula ketawa. Harraz pula hanya senyum kemenangan. Adelia mencebik. Dekat sini dia pun kena semula. Kalau dekat rumah Datin Anna pun macam tu juga. Sakit hati betul.
"Jom, duduk dalam hutan. Salam mummy cepat," Harraz turun mendapatkan Adelia. Dia menarik tangan Adelia untuk bersalaman dengan Datin Qayla.
Adelia hanya patuh. Dia bersalaman dan berpelukan. Kemudian, Harraz juga turut berbuat begitu sebelum beredar meninggalkan rumah Datin Qayla. Nanti dia akan melawat Datin Qayla lagi jika diberi kesempatan.
Tak main-main Harraz ni. Ini memang jalan nak pergi hutan. Jadi setuju atau tidak Adelia tetap berkhemah dekat hutan. Haila, Harraz banyak lagi tempat menarik tapi hutan juga menjadi pilihan hati.
Harraz memandu kereta sambil memandang cermin. Tadi lagi rasanya Adelia perasan yang Harraz tengok cermin pada setiap masa. Nak cakap tengok rambut tak mungkin. Kalau tengok rambut mestilah Harraz akan betulkan rambut tetapi ini tidak. Adelia memandang belakang mahu tahu juga kenapa pandang cermin sahaja.
"Ada kereta ikut kita," kata Adelia. Baru dia perasan ada kereta mengikut. Kenapa kereta itu ikut pun tidak tahu. Kalau Harraz bergerak laju, kereta itu akan bergerak laju. Kalau perlahan kereta itu pun turut perlahan.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficção Geral"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...