Habis lenguh tubuh Adelia kerana Harraz. Betullah apa yang dia andaikan selama ini, Harraz tidak pernah kenal erti lembut itu apa. Semuanya nak buat dengan kasar. Kalau Adelia bukan isteri sah Harraz, dia akan balas balik.
Adelia merenung Harraz dengan geram. Selamba betul keluar masuk bilik air tanpa menolehnya. Itu pun Harraz sengaja kerana ingin menyakitkan hatinya. Cukup semalam sahajalah bermain kasar.
"Nak masuklah! Jangan main keluar masuk boleh tak?!" Adelia duduk di birai katil bersama dengan tuala dan pakaiannya. Nanti sudah mandi boleh pakai siap-siap di dalam bilik air.
Harraz menjeling. Dia mengambil pula minyak wanginya dan masuk semula ke dalam bilik air. Sudah memakai minyak wangi, dia masuk semula mengambil pakaian kotor di dalam bilik air.
Tercengang Adelia melihat perbuatan Harraz. Semua benda nak pakai dalam bilik air. Kalau pakaian itu tahan lagi tapi ini semua. Ambil pula satu-satu di luar bilik air. Ini memang sah ingin menyakitkan hatinya.
"Eee, Arraz! Boleh muntah bilik air saya kalau awak keluar masuk macam tu!" kedua belah tangan Adelia digenggam geram. Bosan lah tengok Harraz keluar masuk begitu.
"Oh, really?" tangan kanan Harraz menekup mulutnya tanda terkejut. Dia tidak berganjak langsung dari depan bilik air.
"Iyalah! Tak lama lagi penuh dengan muntah lah bilik air tu!" tangan kiri diturunkan dan diletakkan di peha. Manakala tangan kanan ditunjukkan ke arah bilik air.
"Tak pun," Harraz melangkah selangkah ke belakang dan memandang sekeliling. Tiada sebarang muntah pun. Lagipun bilik air ni bukan hidup pun.
"Harraz, tepilah! Nak mandi!" Adelia bangun dan berjalan ke arah Harraz. Tubuh sasa Harraz ditolak sekuat hati sehingga keluar dari dalam bilik air. Terseksa betul kena berkongsi bilik air.
Pintu bilik air dihempas kuat. Nak mandi pun tak senang. Ada sahaja halangan sekarang ini. Kalau sorang-sorang dahulu boleh lah lewat sikit bangun, masa itu tiada orang pun akan masuk jika bangun lewat berbeza betul dengan sekarang tidak boleh bangun lewat lansung.
"Hempas, hempas kuat lagi biar rosak pintu!" Harraz menyiku kuat pintu bilik air. Alang-alang nak rosakkan biar dia tolong juga.
"Harraz! Saya nak mandi ni!" Adelia menyiku pintu bilik air tetapi kedengaran perlahan walaupun dia sudah rasa dia membuat dengan kuat.
"Mandi ajelah bukannya aku masuk sekali pun," sekali lagi Harraz menyiku pintu bilik air dengan kuat. Menjerit macam dia masuk sekali dalam bilik air.
"Harraz!" Adelia menghentak kakinya di lantai. Nak mandi dengan tenang pun tak boleh.
Harraz tersenyum sendiri. Dia berjalan ke arah beranda untuk mengambil angin pagi. Tidak mahulah dia menganggu Adelia yang sedang mandi. Tak pasal Datin Anna ingat dia membuat benda yang bukan-bukan kepada Adelia. Sudah lah suara Adelia menjerit namanya itu kuat.
"Mama! Tengok menantu mama ni! Dia kacau Ad tengok TV!" tubuh Harraz ditolak sekali lagi. Sofa punya lah banyak depan Adelia juga nak berdiri. Berdiri atas sofa pun boleh lah. Harraz ni memang nak kena.
"Tepilah,"
"Kenapa ni?" tanya Datin Anna. Dari dalam bilik dia mendengar suara Adelia. Suara Harraz tidak kedengaran langsung.
"Menantu mama ni kacau Ad," jari telunjuk Adelia menunjuk ke arah Harraz yang berdiri di hadapannya.
"Saya tak jahat lagi mama kalau nak kacau isteri sendiri. Dia bukan air untuk dikacau. Saya cuma ganggu je," kepala serta kedua belah tangan Harraz di gelengkan. Betulkan dia bukan kacau cuma ganggu Adelia sahaja.
Ternganga Adelia mendengar jawapan Harraz. Boleh pula suaminya menjawab begitu. Selamba betul! Ini yang kali berapa sudah Harraz menyakitkan hatinya. Padahal baru sahaja kahwin semalam. Kalau setahun kahwin macam mana pula nasib Adelia pun tidak tahu.
"Daughter," Datin Anna menggeleng. Dia pergi keluar rumah untuk menyiram pokok bunga kesayangannya.
Ini dua kali ganda mulutnya ternganga luas. Dia pula kena. Dia memanggil Datin Anna dengan harapan Harraz kena marah tapi sebaliknya pula yang terjadi.
"Close your mouth, Ayesha," mulut Adelia ditutup dengan tangan kanan Harraz. Bukannya Harraz tidak perasan isterinya memandang Datin Anna dengan wajah tidak puas hati. Iyalah siapa je yang puas hati kalau diri sendiri yang kena.
"Ish, awak selalu macam tu," Adelia menyilangkan tangannya dan menyandar tubuhnya di sofa. Tangan Harraz dibiarkan di dagunya. Kalau tolak dia lagi kena marah.
"How? Hm," tempat kosong di sebelah Adelia diambil. Tangan kanannya yang di bawah dagu Adelia di bawa ke bahu. Harraz memusingkan tubuh Adelia untuk menghadapnya.
"Selalu sakitkan hati saya. Dari dulu sampailah sekarang," Adelia membuat wajah tidak puas hati dengan Harraz.
"Yesterday and today?" kening Harraz dijongketkan. Rasanya dua hari itu dia membuat Adelia sakit hati. Bukan hati sahaja tubuh juga sakit.
"Iya," Adelia mengangguk. Dua hari itu lah yang paling dia terasa sakit. Kalau di sekolah tidak apa kerana masa itu bukan suami isteri pun. Kalau masa suami isteri sekarang yang dia sakit hati.
"Sorry,"
"Tak ikhlas tak payah cakap sorry," kalau ikhlas tiada terselit dengan ketawa pun. Adelia menjeling. Sakit hatinya dengan Harraz.
"Memang tak ikhlas pun," jelingan Adelia di balas. Bila ikhlas, Adelia kata dia tidak ikhlas, bila tidak ikhlas memang sah sah lah Adelia cakap tidak ikhlas. Baik Harraz mengaku dia tidak ikhlas walaupun dia ikhlas.
Adelia memusingkan tubuhnya. Malas lah mahu menghadap Harraz. Lagi sakit hati dibuatnya. Kejadian semalam pun Harraz tidak meminta maaf lagi dengannya kerana menolaknya jatuh bawah katil. Boleh pula Harraz menolaknya semalam. Katanya tidak sengaja tetapi tengok dari wajah memang sengaja. Apabila dia cuba menolak Harraz, Harraz mengelak. Kalau Adelia buat sekali pun memang Harraz akan membatu di tempatnya. Tubuh Harraz itu batu!
Sakit tubuh bukan kalau kena tolakan yang kuat dengan suami sendiri plus dengan sakit hati lagi. Bilik tidurnya tetapi dia yang kena tolak jatuh katil. Tunggu nanti lah kalau di bilik Harraz, Adelia akan membuat apa yang Harraz telah buat.
Hari ini pula pasal bilik air itulah. Adelia nak masuk mandi, Harraz pergi keluar masuk. Bila dia berada di dalam bilik air Harraz mengetuk kuat-kuat. Boleh roboh pintu itu. Pasal hari ini pun, Adelia mahu balas dendam juga apabila sampai di rumah Datin Qayla. Kalau boleh semua yang Harraz buat Adelia mahu balas dendam.
![](https://img.wattpad.com/cover/312792890-288-k814972.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
قصص عامة"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...