Kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zainal diambil. Banyak soalan matematik yang Cikgu Zainal menyuruh kelas 5 Aster buat sebelum peperiksaan matematik memandangkan subjek matematik pada hari akhir sekali periksa. Kata Cikgu Zainal untuk membuat ulang kaji sebab itu Cikgu Zainal beri.
Pada mulanya bising satu kelas macam pasar malam tapi apabila mendengar ketukan meja yang kuat terus diam. Cikgu Zainal orangnya yang mengetuk meja guru. Masa cikgu habis dengan bebelan sahaja.
Adelia memegang kepalanya memikirkan jalan penyelesaian. Kalau di sini tidak boleh menjawab nanti SPM bagaimana dia hendak menjawab? Boleh pengsan agaknya dalam dewan nanti.
Haritu Adelia ada menyuruh Harraz memberinya tips untuk pandai matematik. Harraz kata kena banyakkan membuat latihan dan memahami betul-betul kehendak soalan. Kalau tidak faham juga perlu bertanya kepada orang yang pandai ataupun tengok YouTube berkaitan matematik.
Adelia mencapai telefon pintarnya dan membuka aplikasi YouTube. Apabila sudah mencari apa yang dia mahu dia tekan dan memberikan tumpuan sepenuhnya. Sikit demi sedikit dia membuat jalan kira di atas kertas soalan matematik itu dengan tekun.
Hampir sahaja dia terlelap di atas meja belajarnya. Tak syok dengan cikgu yang mengajar di dalam YouTube! Nak cari yang hensem baru ada semangat mahu belajar. Adelia mencari yang lain. Dia mahu cikgu yang mengajar itu tidak membuatkan dirinya mengantuk. Paling penting hensem! Tengok sekali dia mengajar mesti dapat faham punya.
"Hensemnya, cikgu ni!"
Adelia mula membuat latihan matematik. Mula-mula berasa kurang faham tetapi apabila diulang banyak kali dia faham sedikit dari tadi. Di sini, walaupun cikgu hensem tak semestinya mudah faham. Nanti leka tengok cikgu bukan dengar cikgu terangkan.
Masuk soalan nombor satu okey lagi begitu juga soalan nombor dua. Tetapi masuk sahaja soalan nombor tiga mahu meletup kepalanya. Adelia memegang dahinya, dia memicit perlahan. Pening yang teramat! Ini baru objektif tak masuk lagi subjektif. Kalau masuk subjektif bukan meletup dah tetapi jadi benda lain.
Nak minta tolong Harraz dia takut. Semasa trial SPM pun, Harraz tidak ambil peduli pasal orang lain. Kalau orang buat bising dalan kelas, Harraz akan keluar membawa buku bersama. Rajin betul Harraz ni.
Ini kalau dah masuk SPM sebenar lagi Harraz tidak peduli pada orang lain. Kalau dia mengulang kaji memang tak berani Adelia nak ganggu lagikan dia duduk santai pun tak berani.
Adelia menyiapkan satu per satu soalan. Adelia membaca berulang kali jika dia tidak faham. Sesekali dia melihat Whatsapp jika Harraz online boleh lah dia bertanya.
"Yes! Finally!" jerit Adelia kegembiraan. Seronok sungguh apabila dapat menyiapkan kerja sekolah tanpa bantuan sesiapa. Sebelum ini Datin Anna yang akan membantu dirinya menyelesaikan masalah matematik tetapi kali ini tidak. Dia telah berjaya menyelesaikan sendiri.
"I did it!" Adelia melonjak gembira. Kalau boleh dia terbang kerana gembira dia akan buat sekarang.
"Sayang oi, nak runtuh rumah ni," Datin Anna bercekak pinggang. Dia yang berada di dalam bilik pun dengar suara jeritan Adelia apatah lagi Bibik Kiah yang berada di ruang tamu.
"Mama," Adelia memeluk tubuh tua Datin Anna. Gembiranya hati! Gembira tu tak boleh nak cakap macam mana. Yang pasti, Adelia memang gembira!
Datin Anna mengusap kepala Adelia. Dia menunggu Adelia meneruskan percakapan. Apalah yang gembira sangat sampai menjerit.
"Ad dapat siapkan matematik tanpa bantuan mama! Happy sangat boleh buat sendiri!" Adelia melonggarkan pelukan. Dia menatap wajah Datin Anna dengan perasaan gembira.
"Iya? Wah, pandainya anak mama," pipi Adelia ditekup. Mata Amber Adelia ditatap dengan kasih sayang.
"Pandaikan," Adelia mengangkat keningnya beberapa kali. Pantang dipuji Adelia ni.
Datin Anna mencuit hidung Adelia. Bukan anaknya kalau tidak mengangkat bakul sendiri.
Nurin membaca satu per satu surat di dalam bilik tidur ibunya, Puan Riana. Dia masuk untuk ke dalam untuk mencari barang make-up tapi lain yang jumpa. Dahi Nurin berkerut kuat. Pelik sungguh dengan surat semua ini.
Nurin mencapai satu surat salinan. Kalau diperhatikan tiada satu pun surat yang asli. Lagi bertambahlah kerutan dahi. Beribu soalan sekarang ini di dalam otaknya. Dia mahu bertanya Puan Riana sebaik sahaja dia habis semua ini dan mengemas kembali.
Sebuah buku album dipandang teliti sebelum dibuka. Tangan kiri memegang bawah dan tangan kanan pula memegang di atas. Mahu sahaja dia membuka dan melihat isi dalaman album itu tetapi album itu tidak boleh dibuka. Bila dipandang sekali lagi baru Nurin perasan ada mangga kecil di atas album itu.
"Nurin! Mari makan!"
"Ya, ibu," Nurin mengemas semula barang-barang kepunyaan Puan Riana. Sudah mengemas dia membuka almari dan meletakkan barang itu semua di dalam laci almari. Dia bergegas pergi ke Puan Riana yang sudah menunggunya di bawah.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Narrativa generale"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...