"Ayesh!"
"Hei, hei, hei," halang seorang lelaki tua yang baru muncul. Dia mengangkat tangannya paras perut Harraz.
"Kau siapa nak halang aku?!" tengking Harraz. Tangan lelaki tua itu ditolak kasar. Lelaki tua itu tiada hak langsung ingin menghalangnya untuk mendapatkan Adelia.
"Aku orang yang dah beli isteri kau," lelaki tua itu mengangkat kepalanya memandang Harraz. Dia tersenyum sinis melihat wajah Harraz.
"Aku nak balik isteri aku," tubuh tua itu ditolak kasar sehingga jatuh. Dia mendapatkan Adelia yang sudah terkena tembakan di bahu. Harraz membawa Adelia duduk di hujung sekali.
"Isteri kau atau ibu kau?" pisau di tangan lelaki tua itu sudah sampai di leher Datin Qayla. Bergerak sedikit sahaja pisau itu akan terkena pada leher Datin Qayla.
Harraz menoleh belakang. Dia melihat Datin Qayla dengan keadaan sukar bernafas. Sudahlah Datin Qayla tidak mempunyai banyak tenaga. Dia bangun ingin pergi ke Datin Qayla, namun dua orang jejaka tadi pantas memegang kedua belah tangannya dari belakang.
"Jangan tamak. Pilih sorang je," kata lelaki tua itu dengan senyuman jahat.
"Mummy," Harraz gerakkan tangannya supaya dilepaskan. Khalif dan Rizqin pula ditugaskan untuk menjaga Adelia dan sorang lagi jejaka yang diikat Khalif.
"Kau pilih mummy kau pun aku bunuh," leher Datin Qayla ditoreh kasar. Dia melepaskan Datin Qayla sehingga jatuh atas lantai berhabuk itu.
"Mummy!" Harraz meronta sehingga longgar pegangan dua orang lelaki itu. Dia mendapatkan Datin Qayla. Dia meletakkan kepala Datin Qayla atas pehanya sendiri. Harraz menitiskan air matanya melihat keadaan Datin Qayla.
"Kau nangis sebab orang tua ni je," lelaki tua itu bercangkung depan Harraz. Dia bermain pisau di atas wajah Datin Qayla. Pisau itu dipusingkan.
"Orang tua ni ibu aku lah!" Harraz menolak kuat tubuh lelaki tua itu. Dia meletakkan kepala Datin Qayla dengan perlahan sebelum dia bangun dan menuju pula ke arah lelaki tua itu.
"Kenapa bunuh mummy?! Mummy tak pernah buat orang!" pisau di tangan lelaki tua itu diambil dan dilempar jauh.
"Tak cukup ke bunuh daddy?!" kolar baju lelaki tua itu dipegang. Marah yang teramat melihat lelaki tua itu membuat Datin Qayla begitu.
"Tak, memang tak cukup!"
"Disebabkan ibu ayah kau lah anak aku hidup! Aku nak anak aku mati bukan hidup!" merah wajah lelaki tua itu. Dia memandang tajam ke arah semua orang yang berada di situ.
"Siapa anak kau?" Harraz membalas renungan tajam lelaki tua itu. Mahu orang lain mati tetapi bunuh orang lain.
"Tuan Aakif Khalif," lelaki tua itu berlari dan mendapatkan Datin Qayla. Dia mengangkat Datin Qayla dan mengambil pisau belakang koceknya. Dia menggores leher Datin Qayla sampai keluar darah di leher.
"Mummy!"
"Pergi bunuh dia jangan bunuh mummy!" tubuh tua itu ditolak. Harraz mendapat Datin Qayla. Dia memberikan sepatah dua kata semangat pada Datin Qayla sebelum menuju ke lelaki tua itu.
Khalif terdiam. Dia sendiri terkejut mendengar kata-kata lelaki tua itu. Ayah dia? Susah mahu percaya dia masih lagi mempunyai ayah. Walaupun masih mempunyai ayah, ayahnya sendiri mahu membunuhnya.
"Bunuh Khalif, bunuhlah! Kenapa bunuh mummy?!" Harraz mencengkam kuat leher Tuan Zareed. Mahu sahaja dia salahkan Khalif kerana berada di dalam keluarganya.
"Tolong aku bunuh dia," belakang Harraz ditepuk. Dia berharap sangat Harraz tolong bagi memudahkan kerjanya untuk membunuh Harraz, Rizqin dan Adelia pula.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficción General"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...