Bab 34

284 25 1
                                    

Malas rasanya hari ini ingin berangkat ke sekolah. Bukan malas kerana belajar tetapi malas untuk menghadap The Geng Gedik di sekolah.

Selepas kejadian semalam juga, Dato Adzib dan Datin Anna tidak bercakap dengannya seperti biasa. Mungkin terkejut apabila The Geng Gedik memanggilnya 'whore'. Semalam Adelia membuka topik perbualan tetapi hanya dia seorang sahaja bersungguh-sungguh bercerita. Dato Adzib dan Datin Anna hanya mendengar sahaja tanpa ada niat mahu berbicara.

"Daughter," pintu bilik Adelia dibuka. Datin Anna menapak masuk ke dalam bilik dan menghampiri Adelia.

"Mama," Adelia menoleh. Dia memeluk tubuh tua itu dengan kuat. Baru sekarang dia dapat mendengar suara lembut Datin Anna setelah kejadian semalam.

Datin Anna tersenyum. Kepala Adelia yang berlapikkan tudung sekolah diusap lembut. Kemudian, dikucup sayang di atas kepala anaknya.

"Papa dah tunggu kat bawah tu, jom," bahu Adelia ditolak lembut. Wajah Adelia direnung lalu dikucup di pipi kiri. Tangan Adelia ditarik untuk keluar daripada bilik tidur.

"Tu, kesian dekat papa tunggu Ad tapi Ad tak datang dari tadi," mulut Datin Anna dimuncungkan sedikit. Dia menarik sekali lagi tangan Adelia menuruni anak tangga untuk pergi dekat ke Dato Adzib.

Adelia menoleh ke arah Datin Anna. Datin Anna tersenyum dan mengangguk untuk menegur Dato Adzib.

"Papa," panggil Adelia takut-takut. Mahunya tidak takut kalau semalam pun Dato Adzib tidak melayannya. Dia duduk di sebelah Dato Adzib.

"Dah siap?" Dato Adzib mengukirkan senyuman. Bahu Adelia ditepuk perlahan.

Adelia mengangguk laju. Dia mengambil kasut sekolah di rak kasut dan memakainya.

"Kalau dah siap, jom," ajak Dato Adzib bangkit. Datin Anna mula menyalam tangan kanan Dato Adzib.

"Papa marah Ad lagi?" tanya Adelia berhati-hati. Dia bangkit dari tempat duduknya. Kalau tidak berhati-hati silap hari bulan kena marah pula tiba-tiba dengan Dato Adzib. Semalam sudahlah, dia membuat perangai di dalam mall. Mall itu pusat membeli-belah sudah semestinya ramai orang menyaksikan.

"Marah? Buat apa papa nak marah? Ad mana ada buat salah," berkerut dahi serta kening Dato Adzib apabila ditanya begitu.

"Tak marah?" tanya Adelia lagi. Mujurlah kalau Dato Adzib tidak memarahinya.

"Tak. Dahlah cepat, nanti lambat pula pergi sekolah. Papa tunggu dalam kereta," Dato Adzib melangkah keluar meninggalkan Datin Anna dan Adelia di dalam.

"Mama marah Ad lagi?" Adelia menoleh pula ke arah Datin Anna. Dia melangkah selangkah ke hadapan. Dia mengambil tangan Datin Anna.

"Ad tak buat salah pun dengan mama," kepala Adelia diusap.

"Hurm," Adelia menundukkan kepala.

"Pergi cepat, nanti lambat pula," Adelia menyalam tangan kanan Datin Anna. Dia melambai ke arah Datin Anna dan menutup pintu dengan rapat.

"Batrisya!" jerit Adelia. Turun naik dadanya menahan amarah.

"Hurm, apa ni panggil nama aku. Tahulah nama aku sedap berbanding nama kau," Batrisya muncul dengan sebuah epal hijau di tangan kanan. Dia menggigit sedikit lalu dikunyah.

"Apa ni?! Jangan conteng meja aku boleh tak!" Adelia meluru ke Batrisya. Bahu Batrisya ditolak kuat. Epal hijau di tangan Batrisya sudah pun jatuh akibat tolakan Adelia.

"Aku yang tulis bukan Batrisya," Nurin menyilangkan tangan. Dia mengambil pen penanda berwarna biru dan menconteng meja Adelia dengan membuat sedikit corak di tepi perkataan yang sudah dia tulis.

"Janganlah conteng! Kau guna marker permanent bukan marker whiteboard! Nanti susah hilanglah!" bahu Nurin pula ditolak kasar. Nanti apa pula kalau ada orang melihat mejanya.

"Oh, kat meja tak boleh tapi boleh dekat dahi kau kan?" Nurin tersenyum sinis. Dia menarik Adelia supaya dekat dengannya lalu di dahi Adelia di tulis satu patah perkataan yang serupa dengan di atas mejanya.

"Lepaslah!" Adelia memberontak. Tangan Nurin cuba ditolak namun tidak berjaya. Nurin hanya meneruskan kerjanya.

"Done! Oh god, cantiknya aku buat," Nurin menepuk tangan sendiri. Gembira hati melihat Adelia begitu. Batrisya dan Sarah pula tersenyum sinis dan turut menepuk tangan.

Terdiam Adelia dengan perangai Nurin. Sebelum perkhemahan perangai Nurin tidaklah begini. Semasa perkhemahan pun sama tetapi selepas sahaja perkhemahan semua berubah.

"Kau jealous dengan dia ke sebab dia pelacur, ha?!" marah Khalif. Dia menolak Nurin untuk menjauhi Adelia. Adelia pula hanya mendiamkan diri dengan air mata yang sudah bertakung.

"No, kitaorang...," baru sahaja Batrisya hendak berkata tetapi ditekup dengan tangan Sarah.

"Alah, kalau tak jealous tak akan buat macam tu punya," sambung Rizqin. Dia menarik kerusi dan duduk. Dia menongkat dagu dengan kedua belah tangannya sambil memandang Batrisya, Sarah dan Nurin.

"Atau korang yang pelacur," zuppp! Itu dia, kalau suara Harraz sudah keluar memang deep terus. Orang yang pandai melawan pun tak akan melawan jika Harraz yang bersuara.

"Ayok tak, tak yok. Korang pelacur, ayok," Khalif dan Rizqin menggerakkan jari telunjuk. Mereka berdua menunjuk ke arah Batrisya, Sarah dan Nurin.

Batrisya, Sarah dan Nurin terus keluar. Sakit hati apabila jejaka tiga orang itu menyokong Adelia dan mengatakan mereka bertiga pelacur.

Adelia masih lagi dengan wajahnya yang berair air mata tetapi kini kurang sedikit kerana ada orang yang menyokong dirinya.

"Pergi tandas, basuh muka kau tu," arah Harraz sambil mencuci meja Adelia yang ditulis perkataan 'whore' sama seperti di dahi Adelia. Dilap berulang kali meja Adelia dengan kain basah bercampur sabun.

Adelia mengangguk lalu pergi ke tandas untuk mencuci muka. Dia nampak Harraz menolong dirinya mengelap mejanya dengan kain. Dia akan berterima kasih pada Harraz setelah habis belajar nanti.

"Bila masa kau bawa kain ni Harraz?" Rizqin memandang pelik. Tidak nampak pula Harraz membawa kain ini dari rumah.

"Dan bila masa pula kau basahkan kain ni. Dengan ada sabunnya," Khalif menggelengkan kepalanya tidak percaya. Tak nampak pula Harraz keluar dari kelas tadi.

Harraz hanya mengangkat bahu. Malaslah mahu menjawab kalau ada jawapan di depan mata. Sudah terang-terang jadual tugasan kelas hari ini dirinya bertugas untuk menyusun dan mengelap meja. Mestilah dia membawa kain dan sabun dari rumah. Dia juga ada membawa sebuah baldi kecil yang berisi air sabun.

"Dan itulah jawapannya," Khalif dan Rizqin berkata serentak dan mengangguk. Sudah tentu mereka berdua tahu, Harraz tidak akan menjawab pertanyaannya.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now