Sampai di sekolah, Adelia terus masuk ke dalam kelas 5 Aster. Suis lampu dan kipas dibuka. Bangga seketika apabila tiada orang di dalam kelas.
"Wow, first time being the first to come early," kata Adelia sambil memandang sekelilingnya. Dia berjalan ke arah tempat duduknya dan meletakkan beg sekolah.
"Hai, awal datang," sapa Khalif yang baru sahaja sampai.
"Hai," sapa Adelia kembali.
"You're the second person," kata Adelia tiba-tiba.
"What?," tanya Khalif. Dia masih lagi berdiri dan tidak pergi di tempat duduknya di sebelah Adelia.
"Come to class 5 Aster," jawab Adelia sambil tersenyum.
Khalif membalas senyuman tersebut. Dia juga turut berjalan ke arah tempat duduknya untuk meletakkan beg sekolahnya.
"Mana Harraz dengan Rizqin?" Adelia memulakan bicara setelah beberapa minit mendiamkan diri. Pelik juga apabila mereka berdua tidak datang sekali dengan Khalif.
"Diaorang ada de...,"
"Kau kalau tak buat hal tak boleh ke?" marah seorang jejaka tiba-tiba.
"Relaks, bro," tangan kanan diangkat dan membuat seperti sabar. Mampus! Itulah siapa suruh tinggal lagi.
"Ah kau, yang tinggal kitaorang kenapa? Nasib tak lambat tau," marah Rizqin. Geram sungguh dengan Khalif ini.
Harraz yang di belakang Rizqin terus ke tempat duduknya, malas mahu melayan.
"Better kau duduk, nanti jatuh tergolek ke belakang pula sebab beg berat," kata Khalif sambil menunjuk ke arah beg Rizqin.
"Tengok Harraz, tak banyak songeh pun. Terus duduk," sambung Khalif lagi.
Rizqin menghelakan nafas sebelum kakinya laju ke tempat duduknya yang terletak di sebelah Harraz. Cakap macam mana pun Khalif tetap Khalif. Keras kepala!
Adelia hanya memandang sebelum dia mengukirkan senyuman. Dia suka friendship mereka bertiga walaupun Harraz tidak banyak bercakap.
Jam menunjukkan pukul 1:00 petang. Di mana kelas 5 Aster kini didenda oleh guru disiplin. Cakaplah nama guru disiplin sekolah mereka pasti semua orang akan berdiri tegak dan mengunci mulut.
"Jawab sekarang!"
"Batrisya, sila jawab!" marah Cikgu Zainal. Cikgu Zainal merupakan guru disiplin dan ditakuti oleh semua pelajar sekolah ini.
"Er...er,"
"Cikgu dah suruh baca bab ni bukan? Kenapa tak boleh nak jawab juga? Memang kelas ni suka kena denda ke? Hari ni tak payah duduk, berdiri sampai habis masa cikgu. Buat kerja muka surat lapan puluh semua soalan. Buat sambil berdiri," bebel Cikgu Zainal. Cikgu Zainal mengajar subjek matematik di kelas 5 Aster.
Semua pelajar hanya mengangguk faham dan membuka buku tulis untuk membuat kerja yang diarahkan oleh cikgu mereka.
"Nasib semasa je masa cikgu," Sarah bersuara. Tangan kanan menulis di dalam buku tulis.
"Betul, kalau dua masa aku tak tahulah apa jadi dengan kaki aku ni," Batrisya tidak puas hati apabila cikgu memarahinya tadi. Sesuka hati sahaja marah dirinya.
"Shuttt, korang diam boleh tak? Kalau cikgu dengar nanti macam mana," marah Ikhwan perlahan. Geram juga dengan dua orang rakannya yang tidak berhenti bercakap.
"Cikgu dengar ada orang minta tambah kerja lagi, jadi buat muka surat lapan puluh satu semua soalan," kata Cikgu Zainal. Matanya meliar memandang sekeliling kelas.
![](https://img.wattpad.com/cover/312792890-288-k814972.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Fiksi Umum"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...