Bab 27

330 28 1
                                    

"Cikgu, lamanya Harraz dalam hutan tu," hutan yang dimasuki Harraz dipandang. Setelah puas menatap baru Adelia memandang Cikgu Ikin dan Teacher Liana di hadapan.

"Nanti datanglah tu, Ad jangan risau, " belakang Adelia digosok lembut dengan tangan Cikgu Ikin.

"Kalau dia kena...," Adelia menggantungkan ayat.

"Ad," Teacher Liana menggeleng. Sudah tahu Adelia mahu berkata apa.

"Sorry,"

"Abang Raz dah sampai!" laung Firaz yang merangkap junior tingkatan dua. Dia berlari bersama beberapa orang rakannya menuju ke Harraz.

Langkah mereka terhenti apabila mendapati darah pada tubuh Harraz dan Ikhwan. Tubuh Harraz dipenuhi dengan darah yang banyak manakala tubuh Ikhwan dengan sedikit darah. Mungkin terpercik dengan darah Harraz.

"Darah!"

Dengar sahaja jeritan salah seorang daripada mereka, Adelia terus bangkit dari tempat duduknya menuju ke arah mereka. Mata terlebih dahulu menangkap susuk tubuh Ikhwan dengan percikan darah. Adelia terus merapati Ikhwan dan membawanya pergi ke rawatan pada Cikgu Ikin. Harraz yang berada di situ hanya memerhati gerak-geri Adelia.

"Kau okey?" belakang Harraz ditepuk perlahan. Darah yang mengalir di tubuh Harraz itu dilupakan.

"Soalan apa yang kau tanya ni? Okey kepala kau! Darah dia mengalir ni! Bawa dia dapatkan rawatan pada Cikgu Ikin," marah Rizqin. Tidak perlu bertanya sepatutnya. Sudah terang, Harraz paling banyak darah berbanding Ikhwan. Ikhwan yang hanya kena percikan darah Harraz pun dibawa untuk merawat apatah lagi Harraz.

"Ha, ha, okey," Khalif seperti baru sahaja sedar daripada mimpi itu terus membawa Harraz pergi ke arah Teacher Liana memandangkan Cikgu Ikin sedang merawat Ikhwan yang ditemani oleh Adelia.

"Kena percikan darah pun ada orang risau bukan darah dia sendiri," bebel Khalif. Mata dialihkan daripada melihat Ikhwan dan Adelia di sebelah. Kerusi di hadapan ditarik dan menyuruh Harraz untuk duduk.

Harraz hanya menggelengkan kepala sambil menahan sakit di bahagian bahu dan kaki.

"Are you okay, Wan?" Adelia mengambil tempat disebelah Ikhwan. Rasa bersalah mula timbul. Kalau dia tidak meninggalkan Ikhwan pasti semua ini tidak terjadi.

"Aku okey, jangan risau," sebuah senyuman dihadiahkan kepada Adelia. Dia memandang wajah Adelia dengan kasih sayang.

"Betul okey ya? Kalau tak okey bagitahu tau? Jangan diam, faham?" jari telunjuk dihayun-hayunkan ke depan dan ke belakang di hadapan muka Ikhwan.

"Betul, Adelia. Bukan sakit sangat pun," Ikhwan mengjongketkan kedua belah keningnya.

"Eleh, berlagak macho!" kuat suara Adelia mengatakan. Si Ikhwan kalau tidak berlagak dalam sehari mana boleh. Hidupnya mesti akan jadi serba tidak kena.

"Sekali-sekala,"

"Bukan sekali-sekala tapi dah berkala-kala dah!" Adelia tidak mahu kalah. Dia balas dengan wajah tidak puas hati kali ini.

Ikhwan ketawa melihat wajah tidak puas hati Adelia. Menurutnya wajah Adelia comel apabila dia membuat muka tidak puas hati atau selain itu. Dia hanya memerhati wajah Adelia yang masih membuat muka begitu.

"Diamlah," Adelia berpaling ke arah lain. Malas mahu melayan Ikhwan yang suka ketawakan dirinya.

"Bahagia nampak," suara Khalif tidak puas hati. Dari tadi dia memerhati dua ekor merpati yang sedang gembira tidak ingat dunia. Dia mahu terlelap pun susah mendengar ketawa yang kuat itu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now