Bab 39

281 21 2
                                    

"Hai, Ad!" Khalif melambaikan tangan. Hari ini, dia datang awal bersama Harraz dan Rizqin. Hajatnya datang awal ke sekolah kerana hari ini dia bertugas untuk membersihkan kelas.

Adelia memandang sambil tersenyum kekok. Rasanya, Harraz menyuruh dia menjauhkan diri daripada mereka bertiga tetapi kenapa Khalif menegurnya dan Rizqin turut melambai. Harraz sahaja dengan wajah dingin.

"Alah, jangan lagi. Nanti dah habis sekolah lah baru tunaikan permintaan Arraz," Rizqin mengangkat sebelah keningnya dan menurunkan kening secara berulang-ulang.

Adelia menoleh ke arah Harraz. Takut juga kalau Harraz tidak memberi kebenaran untuk rapat dengan mereka bertiga. Mana taknya, Harraz cakap bersama suara dinginnya.

"Boleh ke?" soal Adelia. Soalannya dituju untuk Harraz tetapi dia tidak menoleh pada Harraz. Kalau wajah Harraz macam nak makan orang, baik dia tak payah tengok.

"Boleh!" sepatutnya Harraz yang menjawab tapi orang lain yang tolong.  Mungkin mulut Harraz sudah terkunci dan bila nak buka cari kunci tak jumpa.

Oh tidak laluannya selalu menjadi penghalang. Ada sahaja The Geng Gedik di laluannya. Di mana ada Adelia di situlah The Geng Gedik ada. Hari ini apa pula kena hadap tidak tahulah.

Hari tu datang sekolah, ada beberapa orang pelajar tingkatan empat mengelar diri Adelia seorang 'whore' semasa Adelia lalu di hadapan kelas mereka. Dia yakin ini mesti Batrisya memanggilnya 'whore' dengan kuat pada tempoh hari.

"Hai," bahu Adelia dipeluk. Nurin mengikut Adelia berjalan ke hadapan.

"Hari ni aku ada kerja untuk kau," Nurin mengukirkan senyuman. Senyuman yang penuh makna. Dia menarik Adelia pergi ke lorong berdekatan kantin. Lorong itu selalu digunakan oleh budak-budak nakal.

"Eh, aku nak pergi kantin," Adelia cuba untuk memberhentikan Nurin daripada menarik tangannya. Namun, usaha itu sia-sia sahaja.

"Tadaa!" Nurin tersenyum manis. Kedua belah tangannya dibuka dan menunjuk tiga orang jejaka di hadapan.

"Ini dia kerja kau," tangan kanan Adelia ditarik untuk mendekatkan diri dengan tiga orang jejaka itu.

"Apa ni?" nampak senyuman yang diukir oleh tiga orang jejaka itu lagi dia ingin bertanya.

"Kau kan whore jadi ini lah kerja seorang pelacur," pipi Adelia diusap lembut dengan jari-jemari Nurin. Kemudian, jari-jemarinya disapu semula di baju sekolah Adelia.

"So, bye bye," Nurin mencampakkan duit tepat pada wajah Adelia. Duit upah kerana melayan tiga orang jejaka.

Apabila Adelia mengundur selangkah ke belakang, tiga orang jejaka itu akan melangkah selangkah ke hadapan sampailah Adelia tiada ruang ingin larikan diri. Sekarang ini, Adelia betul-betul tidak sangka benda ini akan berlaku pada dirinya di sekolah sendiri. Selalunya mendengar dalam berita sahaja.

Jejaka di sebelah kirinya menolak Adelia sehingga jatuh terbaring. Adelia memegang kepala yang sakit. Tolakan itu sangat kuat.

"Layan kami," jejaka di hadapannya duduk bercangkung. Dua orang jejaka lagi mengangguk kepala tanda setuju.

"No!"

"Yes,"

"Ayesha!!"

Adelia dibawa ke bilik kesihatan untuk berehat. Kejadian yang telah menimpanya itu tidak diketahui oleh mana-mana guru. Dia mendapat tahu oleh Cikgu Ikin ada orang memberitahu Cikgu Ikin yang dia mengalami sakit kepala. Itu pun, Adelia sendiri tidak tahu siapa yang beritahu Cikgu Ikin begitu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now