Balik sahaja dari sekolah, Adelia terus menuju ke bilik utama. Di mana bilik Dato Adzib dan Datin Anna tidur.
"Mama, mama," sayu sahaja suara Adelia memanggil Datin Anna di dalam bilik.
"Mama, Ad nak mengadu ni," kali ini dia bersuara bersama ketukan. Pintu diketuk beberapa kali.
"Ya, daughter. Kejap," Datin Anna bersuara dari dalam bilik, tak menyempat langsung anak gadisnya.
"Erm," kaki Adelia laju sahaja menuju ke sofa. Badan dibaringkan sebelum dia membuka televisyen untuk ditonton. TV3 menjadi pilihan.
Beberapa minit sahaja, Datin Anna sudah keluar dari bilik tidurnya. Dia berjalan menuju ke anak gadisnya. Jelas kelihatan Adelia terbaring sambil menonton televisyen di hadapan. Datin Anna melabuhkan punggung di single sofa itu.
"Daughter, nak cakap apa tadi dekat mama?" matanya yang tadi melihat ke arah televisyen kini menumpu sepenuhnya ke arah Adelia.
"Mama," Adelia memeluk seerat mungkin bagai tidak mahu lepas. Datin Anna hanya mendiamkan diri, dia menunggu anak gadisnya menghabiskan ayat.
"Mama, tadi kat sekolah ada orang buli," badan ke belakang sedikit bagi melihat wajah Datin Anna. Air mata Adelia bertakung di dalam mata. Pejam sahaja mata, air mata itu akan mengalir di pipi mulusnya.
"Siapa buli anak mama?! Cakap dekat mama, meh mama jumpa orang yang buli anak mama. Suka-suka je dia buli anak mama," bahu Adelia ditolak sedikit. Jelas nampak muka Datin Anna merah menahan marah. Siapa yang berani buli anak gadisnya ini?
"Ada! Ada orang ni dia bagi lipas dekat Ad. Mana boleh bagi lipas dekat Ad, Ad takut!" gaya takut dibuat. Bila imbas kembali apa yang telah jejaka itu buat pada dirinya terasa takut pula ingin mendekati jejaka itu.
Datin Anna yang mendengar cerita anak gadisnya itu hanya mampu tersenyum. Lipas dengan anaknya tidak pernah berbaik.
"Daughter, lipas dengan Ad tak pernah nak baik. Baik je lah dengan dia," kepala Adelia diusap lembut.
"Mana boleh! Musuh tetap musuh, mana boleh nak berbaik dengan dia. Dia dah takutkan Ad. Lipas tu ada je masalah nak cari dengan Ad, mana je ada Ad situ juga lah dia pergi," ucap Adelia bersungguh-sungguh. Ada ke patut suruh berbaik dengan lipas. Dia musuh ketat Adelia sampai bila-bila!
"Dia nak berbaik dengan Ad lah tu, tak pun dia nak jadi kawan baik Ad," celah Dato Adzib yang baru sahaja pulang rumah. Kakinya laju sahaja pergi ke isteri dan anak gadisnya.
"Papa, no. Tak boleh, Ad tak nak lipas jadi kawan baik Ad. Sampai bila-bila pun tak nak. Titik! No koma," Adelia bangun sambil bercekak pinggang sebelum dia pergi ke tingkat atas untuk masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Marah betul," Dato Adzib hanya melihat dari tingkat bawah tingkah laku anak gadisnya itu. Dia menggelengkan kepala beberapa kali.
Buku teks sejarah dikeluarkan. Alat tulis yang masih di dalam beg di ambil dan mengeluarkan pen, pembaris, pemadam dan pensel. Tidak lupa juga untuk mengeluarkan correction pen dan correction tape. Baginya correction pen mudah untuk kesalahan yang kecil manakala correction tape sebaliknya.
"Kenapalah cikgu suka bagi kerja sekolah banyak-banyak. Nanti pelajar terlajak pandai daripada cikgu macam mana? Menyesal tak sudah cikgu nanti," tangan masih setia menulis. Sudahlah mata pelajaran Sejarah cikgu suruh membuat nota bab tiga hingga lima.
"Ish, tak aci betul. Mentang-mentang kelas pertama kasi kerja sekolah banyak. Kelas kedua, ketiga dengan keempat tu kasi sikit pula," omel Adelia perlahan. Tangan kiri yang sedang menulis berhenti seketika. Lenguh tangannya menulis.
"Hmm,"
"Exam lagi dua minggu, kalau gagal macam mana? Ni baru exam bukan SPM trials lagi-lagi SPM sebenar. Takutnya nak exam kalau tak dapat A+ macam mana? Mama dengan papa marah tak?" kedua belah tangan dicantumkan dan diletakkan di bawah dagu. Debaran di dada kian terasa.
"Adelia! Turun makan!" tersentak Adelia mendengar jeritan Dato Adzib dari tingkat bawah. Kuat betul! Kalah Tarzan!
"Ya, ya,"
"Satu, dua, tiga, eeyah," Adelia menuruni tangga dengan langkah yang cepat.
"Ha lompat, lompat biar jatuh tergolek," kata Dato Adzib yang berada di dapur. Lompatan Adelia kuat sehingga ke dapur boleh dengar.
"Jangan cakap macam tu, papa," muka dibuat-buat kecewa.
"Entahnya, mulut kita ni masin. Jadi kenalah cakap elok-elok dekat anak kita sorang ni," Datin Anna bersuara yang sedari dari tadi melihat suaminya dan anaknya.
"Betul. Cuba papa cakap yang Ad akan dapat keputusan cemerlang untuk SPM ke apa. Ini tidak cakap yang bukan-bukan pula," sokong Adelia dalam masa yang sama dia berdebar semasa menyebut SPM. Entah bagaimana nasibnya nanti.
"Iyalah, papa harap Ad dapat keputusan cemerlang untuk semua peperiksaan yang Ad akan lalui," satu suapan nasi disuap. Kalau bercakap bukannya hilang laparnya.
"Macam tu lah baru papa Ad," Adelia membuat thumps up. Dia menarik kerusi untuk duduk.
"Dah Ad, jom makan. Nanti masuk angin pula kalau tak makan,"
"Hmm! Bau sedap! Ini yang tak sabar nak makan ni," pinggan yang sudah berisi nasi putih ditarik. Lauk-pauk yang berada di hadapan dipandang dengan penuh selera.
"Makanlah, mama tahu Ad lapar," Datin Anna menyuap makanan ke dalam mulut. Sudah lama juga dia tidak makan bersama begini. Semuanya sibuk.
"Thank you, mama. Sedap sangat mama masak," tangan kiri naik menunjuk thumps up ke Datin Anna.
"You're welcome, daughter," pipi tembam Adelia dicubit oleh Datin Anna.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...