Bab 41

276 23 4
                                    

SPM sudah tiba! Hari debaran yang sangat hebat pada semua tingkatan 5 di semua sekolah. Memang kalut membaca buku di perpustakaan untuk menambahkan sedikit ilmu bagi menjawab SPM nanti.

"Morning, Arraz," sapa Khalif yang baru sampai ke sekolah.

Harraz hanya memandang Khalif dengan riak wajah yang kosong. Dia membaca semula buku yang berada di tangannya.

"Sombongnya tapi tak apa aku dah biasa," Khalif membetulkan baju sekolah sebelum dia pergi ke rak buku untuk mengambil buku rujukan.

"Hai," Harraz menoleh ke arah pemilik suara. Gadis itu tersenyum nipis. Gadis itu mengambil tempat di tepi Harraz.

"Shuh," halau Harraz. Adelia yang tadi tersenyum nipis terus pudar. Boleh pula Harraz menghalaunya seperti haiwan.

"Ish, jahat. Tak nak kawan dengan Arraz sampai bila-bila," Adelia menyilangkan tangan dan memuncungkan bibirnya.

"Aku pun tak pernah cakap yang aku nak kawan dengan kau, budak," Harraz menyambung membaca buku rujukan yang dipinjam sementara di perpustakaan.

Adelia memandang wajah Harraz dengan tidak puas hati. Sejak Harraz tahu dia berumur 16 tahun, Harraz selalu memanggilnya budak ataupun budak 16. Geram tahu tak mendapat panggilan begitu. Kalau sudah tahu diam sahajalah mulut. Tidak usahlah memanggilnya budak. Tetapi dalam masa yang sama, Adelia gembira dengan Harraz kerana Harraz tidak beritahu orang lain tentang umurnya. Khalif dan Rizqin pun Harraz tidak beritahu, kalau beritahu pasti sudah kecoh.

"Hai korang," sapa Rizqin yang baru masuk ke dalam perpustakaan. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Harraz.

"Hai, Riz," Adelia melambaikan tangan kepada Rizqin. Rizqin juga turut melambaikan.

"Huh! Ha nah, bacalah anak-anak sayang. Biar SPM dapat straight A+," Khalif meletakkan beberapa buah buku di atas meja itu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Rizqin dan berhadapan dengan Adelia.

"Rajinnya, dia ambilkan. Saya nak satu boleh tak?" Adelia memandang Khalif. Dapat sahaja anggukan daripada Khalif, dia terus mengambil buku itu dan membelek-belek buku tersebut.

"Aku nak juga, baik betul kawan aku sorang ni," Rizqin menggosok kepala Khalif sebelum dia mengambil buku di tepi Khalif.

"Aku memang baik," kata Khalif perlahan. Walaupun perlahan ia cukup kedengaran oleh Rizqin di sebelahnya.

"Nak tengok juga. Kenalah kongsi," marah Adelia kepada Harraz. Mahu sahaja dia menarik buku rujukan di tangan Harraz tetapi Harraz menjauhkan buku itu.

Khalif dan Rizqin yang sedang leka membaca buku terus menoleh ke hadapan. Tidak tahu apa yang dihadapi walaupun sudah duduk tempat yang sama. Tiba-tiba sahaja berlaku pergaduhan.

"Tu, nampak tu. Khal ambil banyak buku. Baca yang tu sudahlah," jari telunjuk Harraz menunjuk ke arah buku yang diambil oleh Khalif. Punyalah banyak buku rujukan yang Khalif mengambil, buku rujukan di tangan Harraz juga Adelia mahukan.

"Nak tu juga. Bacalah sama-sama," Adelia menunjuk buku rujukan di tangan Harraz.

"Bisinglah!" marah Harraz perlahan kerana berada di perpustakaan.

Terkaku Adelia mendengar amarah Harraz. Pertama kali dia mendengar amarah jejaka itu begitu. Sebelum ini dia pernah sahaja mendengar tetapi tidaklah seteruk ini. Walaupun perlahan amarah tersebut tetapi kedengaran agak dingin.

"Sorry, lain kali tak buat dah," Adelia menunduk kepala. Nak baca sekali pun tak boleh. Sudahlah Harraz memarahinya kerana mengganggu Harraz.

Khalif dan Rizqin yang menjadi tontonan itu terus menggoyangkan jari telunjuk dan berkata dengan menggerakkan mulut 'ayok tak, tak yok,'

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now