Bab 72

307 25 3
                                    

"Gemuk!" kaki Adelia dihentakkan. Geram tengok tubuh sendiri. Silap hari bulan Harraz bawa balik madu kerana tubuhnya semakin berisi. Cermin di dinding ruang tamu tingkat atas itu dipukul.

"Kenapa ni adik?" tangan Nurin naik mengusap belakang tubuh Adelia. Dari bawah dia dengar Adelia menjerit sorang-sorang. Nak cakap gaduh dengan Harraz pun memang mustahil sebab Harraz pergi kerja.

"Dah gemuk," Adelia pusing ke belakang untuk melihat Nurin. Dia membuat wajah kecewa.

"Bukan kurus ke ni?" pipi Adelia dipicit-picit. Memang makin berisi kalau kandungan tambah bulan bukannya berkurang.

"Bukan, hiks," bahu Nurin menjadi tempat kepala Adelia letak. Nak nangis sepuas hati dekat bahu kakak sendiri lagi bagus.

"Eh, jangan nangis. Dah masuk 8 bulan memanglah badan berisi. Lagipun siapa suruh makan banyak sangat," terkekeh-kekeh Nurin mengatakan Adelia pada ayat hujung. Memang apa yang dia lihat Adelia makan banyak. Iyalah berbadan duakan.

"Ish, baby ni nak makan banyak-banyak. Adik ikut je apa yang baby nak," perut buncit Adelia ditunjuk. Kalau bukan sebab baby dia mesti akan diet. Setahun tak makan pun tak apa.

"Padahal dia yang makan," Nurin menjeling Adelia. Salahkan anak dalam perut pula dah. Kesian anak dalam perut kena tuduh.

"Biarlah," Adelia turut menjeling. Ingat dia tak boleh jeling juga ke. Juara jeling nombor satu kut.

"Thanks," pipi Adelia dikucup.

"For what?" Adelia memandang pelik ke arah Nurin. Tiba-tiba je ucap terima kasih. Nak cakap dia ada tolong Nurin masak di dapur tadi pun tidak. Dapur di rumah sendiri kan tak masuk pun tak apa. Dah Nurin datang kena buli Nurin lah kiranya.

"Sudi terima Kak Afra dalam keluarga ni," mata amber ditatap. Sudah timbul rasa sayang terhadap keluarga kandungnya. Dia menetap bersama keluarga kandungnya sudah 8 bulan sama seperti usia kandungan Adelia.

Adelia tersenyum. Kembali teringat apa yang diceritakan oleh Datin Anna kepada Harraz semata-mata untuk sampaikan kepadanya. Dia sudah mula terima semuanya dan menyayangi Nurin.

"Listen here, Ayesh," tangan Adelia dipegang lembut. Adelia memang perlu dengar apa yang ingin Harraz sampaikan.

"No! Dia bukan kakak kandung saya! Bukan! Bukan! Bukan!" Adelia meronta apabila Harraz memeluknya dengan kuat.

"Adelia Ayesha, listen to me," bisik Harraz pada telinga kanan Adelia. Suaranya penuh kelembutan apabila berbicara. Harraz mula melepaskan pelukan tetapi Adelia pula memeluknya kuat. Tidak mahu lepas langsung.

"She's your sister, Ayesh,"

"No! Dia bukan kakak kandung Ayesh," Adelia menggelengkan kepalanya laju dalam dakapan Harraz. Mustahil sekali.

"Dengar dulu," rambut Adelia diselitkan di celah telinga.

"Kalau dia kakak kandung Ayesh, dia tak akan panggil Ayesh, whore," air mata Adelia jatuh sedikit.

"Dengar dulu, Ayesh," belakang Adelia diusap lembut. Harraz perlu beri penuh kelembutan kepada Adelia supaya mendengar kata-katanya dan tidak menjejaskan kandungan.

"Dia sendiri tak tahu Ayesh keluarga dia. Disebabkan dengki kakak Ayesh kena culik dengan kawan baik mama sendiri. Kawan baik mama tak suka tengok mama happy," tubuh Adelia dibetulkan supaya selesa.

"Kalau kakak Ayesh tahu Ayesh adik dia mesti dia tak cakap macam tu. Benda lepas jangan ungkit, ya? Nak hubungan yang baik dengan adik-beradik kena saling memaafkan. Buka buku baru, tutup buku lama. Boleh Ayesh?" tubuh Adelia ditolak perlahan ke belakang supaya Harraz dapat melihat wajah isterinya. Air mata Adelia disapu.

"Don't cry, Ayesh," dahi Adelia dikucup lembut. Makin Harraz lap air mata, makin lebat air mata bercucuran.

"Hiks," Adelia kembali memeluk Harraz. Dia menangis sepuas-puasnya di dalam dakapan Harraz. Nangis di dalam dakapan Harraz lagi selesa.

"You're welcome, Sis Afra," tubuh Nurin dipeluk. Kalau bukan sebab Harraz berusaha memujuknya pasti Adelia tidak tahu.

Ujian DNA pula sudah buat, semua bukti menandakan mereka darah daging kerana itu Adelia percaya Nurin ialah kakak kandungnya. Rasa sayang semakin mendalam dan rasa benci pula sudah tiada.

Nurin turut tersenyum. Kalau bukan sebab dia terdengar perbualan Puan Riana mungkin dia tidak tahu asal usulnya sendiri.

"Jom! jom! Ayeed! Jom!" tubuh Harraz ditolak beberapa kali. Kalau jatuh sekalipun bawah sofa Adelia tidak akan bertanggungjawab.

"Kak Afra! Tengok Arraz ni!" Mengadu pada Nurin sahajalah. Nak mengadu pada Datin Anna nanti Adelia pula yang kena marah sebab menjerit.

"Kenapa ni?" Nurin memandang silih berganti. Tengok Harraz tenang je, Adelia pula mengamuk tak tentu pasal. Boleh jem kepalanya melihat perangai Adelia.

"Arraz tak nak bawa adik pergi kolam dekat belakang rumah," tubuh Nurin dipeluk dari sisi. Matanya hanya merenung Harraz yang masih tidur di atas sofa.

"Kak Afra, tengok tu," Adelia memuncungkan bibirnya. Tak akan lah belakang rumah sendiri pun tak nak bawa. Lain lah kalau rumah orang lain.

"Kak Afra, Kak Afra. Marahlah Arraz tu," tangan Nurin digoyangkan. Tiada respon langsung dengan kakak sendiri.

"Ehem! Arraz bangun! Bawa adik Kak Afra dekat kolam belakang rumah!" Nurin bercekak pinggang. Kononnya marah Harraz. Dia sendiri mahu ketawa apabila dia memarahi adik iparnya.

"Kak Afra, Arraz baru balik kerja. Arraz penat," kata Harraz sambil menutup mukanya dengan bantal yang berdekatan sofa. Ingat Adelia sorang je lah tu boleh mengadu, dia pun boleh.

"Apa ni? Ayesh je boleh mengadu dekat Kak Afra! Ayeed mana boleh mengadu dekat Kak Afra! Kak Afra tengok tu Arraz mengadu dekat Kak Afra juga. Adik je kan boleh, kan?" mata Nurin ditatap. Warna mata Nurin berwarna coklat cair serupa dengan arwah Dato Adzib.

"Iya, adik je boleh," Nurin mengangguk. Layankan sahajalah kerenah Adelia ini.

Tenang sahaja duduk di balkoni ini. Angin pun sejuk malam ini. Tak payah pasang kipas ataupun pendingin hawa pun tak apa.

Adelia tersenyum sendiri. Dia gembira sangat dapat bertemu dengan kakak kandung. Walaupun Nurin musuh ketatnya pada zaman sekolah tetapi kali ini bukan musuh ketat. Bak kata Harraz,

"Buka buku baru, tutup buku lama," kata Adelia dan Harraz serentak. Adelia pusing ke belakang. Harraz pula merapatkan tubuhnya dengan Adelia. Rambut Adelia dibetulkan supaya ke belakang.

"Hai, Adelia Ayesha," Harraz mengukirkan sebuah senyuman. Pipi Adelia diusap lembut.

"Hai, Tuan Qayeed Harraz," Adelia menyengetkan kepala dan senyum ke arah Harraz.

"How was my baby?" Harraz melihat ke arah bawah tepat pada perut Adelia. Tubuhnya diturunkan sedikit demi sedikit sehinggalah wajahnya dekat dengan perut buncit Adelia.

"Hi, my baby," perut Adelia diusap. Harraz mengucup perlahan perut buncit Adelia yang masih berbaju.

"My twin," Adelia membetulkan balik apa yang dibilang oleh Harraz sebentar tadi.

Harraz tersenyum. Gembira dapat tahu mereka mendapat anak kembar. Berita gembira ini semua ahli keluarga Adelia sudah tahu kecuali keluarganya sahaja belum tahu kerana sudah tiada di dalam dunia ini.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now