Pagi-pagi lagi dah kena palau dengan suami sendiri. Sebab apa pun Adelia juga tak tahu. Celik mata terus kena palau. Mata Adelia mengikut jejak Harraz. Harraz pergi ke kiri, matanya ke kiri. Kalau Harraz pergi ke kanan, matanya ke kanan. Kalau Harraz masuk bilik air atau bilik pakaian, matanya akan menatap pintu tersebut dengan lama sampailah Harraz keluar.
"Ayeed," panggil Adelia lembut. Ini mesti sebab dia lap pipinya kerana Harraz cium. Sebab itu Harraz palaunya.
"Ayeed," matanya masih mengikut jejak Harraz. Adelia tidak bangun untuk pergi ke Harraz malah hanya duduk di atas katil sahaja.
"Hm," risau pula palau isteri sendiri lama-lama. Nanti Harraz juga yang rindu dengan suara Adelia. Orang tersayangkan.
"Sorry, Ayeed," Adelia berlari mendapatkan Harraz. Dia memeluk tubuh sasa Harraz dari belakang. Minta maaf sahajalah memang salahnya semalam.
"Okey," ringkas Harraz menjawab. Dia memusingkan tubuhnya dan menundukkan sedikit tubuhnya supaya sama ketinggian dengan Adelia. Dia menghulurkan tali leher sambil tersenyum. Nak suruh isteri buat apa salahnya.
"Tak pandai," kata Adelia. Walaupun dia tidak pandai, dia tetap menyambut huluran Harraz kepadanya. Dia memandang tali leher itu. Tak pernah dia pakai tali leher untuk diri sendiri. Ini nak pakaikan dekat suami sendiri lagi lah tak tahu. Silap-silap mati Harraz kalau Adelia buat.
"Meh sini, Ayeed ajar Ayesh," tali leher Harraz diambil dan diletakkan di lehernya. Dia mengambil pula tangan Adelia untuk membentukkan
tali leher.Tersenyum Adelia apabila Harraz mahu mengajarnya. Tetapi bukan itu buatkan dia tersenyum. Pertama sekali dia tersenyum kerana Harraz tidak bahasakan 'aku kau' tetapi kepada nama. Dia juga perasan yang Harraz mengugurkan huruf 'a' di belakang sekali. Nanti pun Adelia kena bahasakan nama pula. Dia akan cuba perlahan-lahan.
"Dah siap," Harraz melepaskan tangan Adelia. Dia menatap Adelia yang sudah tersenyum lebar kerana berjaya walaupun diajar.
"Tada! Dah cantik!" Adelia mendepakan tangannya sebelum menunjuk ke arah tali leher yang sudah berada di baju Harraz. Bangga sekejap kerana boleh buat. Biarlah kena ajar, tangannya juga yang digunakan. Kiranya, Adelia lah yang buat.
"Iya, dah cantik," dahi Adelia dikucup lembut. Sayang isterilah dikatakan.
"Ha! Jom breakfast! Ayesh nak masak," tangan Harraz ditarik. Tidak pernah lagi dia masak untuk Harraz sepanjang perkahwinannya. Apa salahnya dia masak hari ini. Lagi pun tiada siapa bangun untuk memasak.
"Ayeed dah lambat nak pergi kerja," jam dinding yang tergantung di dinding bilik tidurnya di pandang sekilas. Memang lambat pun. Lagi pun Harraz ada mesyuarat pagi hari ini.
"Hm," wajah cemburut dibuat. Menyesal pula rasanya tidak bangun lebih awal untuk membuat sarapan pagi untuk Harraz.
"Masak nanti untuk dinner, ya?" Harraz mengelus rambut Adelia. Nak masak untuk suami sendiri tak kesampaian, kesian Adelia.
"Okey, kalau macam tu kita turun bawah sama-sama. Nak hantar sampai depan pagar tu boleh?" Adelia menyengetkan kepalanya. Harap-harap boleh lah kali ini. Sudahlah tadi pun tak boleh.
"No!" marah Harraz tiba-tiba. Tak mahu Adelia hantar sampai pagar. Depan pintu pun sudah cukup asalkan tidak keluar. Keadaan masih lagi sama seperti dahulu, nyawa Adelia akan terancam. Rumah ini pula selalu diperhatikan. Ia bahaya untuk Adelia.
"Oh, hm, okey," kepala Adelia ditunduk. Tak pasal-pasal kena marah hari ni.
"Hantar depan pintu je, okey?" Harraz cuba memujuk. Harap Adelia setuju untuk hantar depan pintu sahaja dan bukan depan pagar. Nanti dia juga susah hati kalau terjadi apa-apa dengan Adelia.
"Tapi," kepala diangkat. Adelia tidak mendongak melihat Harraz langsung. Sekarang dia hanya memandang tepat pada dada Harraz. Biasalah ketinggiannya hanya paras dada Harraz.
"Please," Harraz mencantumkan kedua belah tangannya dan membuat muka merayu supaya Adelia mendengar.
Adelia mengangguk perlahan. Nampak sangat Harraz merayu padanya.
"Good girl," kepala Adelia diusap. Harraz menarik tangan Adelia dan turun ke bawah bersama-sama. Tak pergi ke kerja lah Harraz kalau sesi pujuk-memujuk tidak habis lagi.
Adelia mengetuk dagunya sendiri. Otaknya sedang proses kata-kata Harraz sebelum Harraz pergi ke kerja. Kenapa Harraz kata begitu pun dia tak tahu. Tak kan lah Harraz nak suruh Adelia jauhkan diri daripada Harraz pula. Kalau macam tu lebih baik tak payah kahwin.
Adelia memandang Datin Qayla yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur. Adelia mengukirkan senyuman kepada Datin Qayla apabila dipandang semula.
"Kenapa? Anak mummy ada buat menantu mummy ke?" monyok sahaja muka menantu Datin Qayla. Pasti Harraz ada buat benda yang sakitkan hati Adelia. Sudah lama dia perhati.
"Tak," Adelia meletakkan kepalanya di atas meja dan meluruskan kedua belah tangan.
"Lepastu, kenapa?" kerusi di hadapan Adelia ditarik diduduk. Kena soal siasat kalau Harraz yang membuat Adelia seperti ini. Bukannya Datin Qayla tidak kenal Harraz itu macam mana.
"Urm, Ad tanya mummy jawab, boleh ke?" Adelia berharap Datin Qayla sudi menjawab pertanyaannya. Kalau Datin Qayla tidak mahu menjawab apatah lagi dengan Harraz.
"Boleh, apa dia?" Datin Qayla mengesyak Harraz menyakiti hati Adelia. Kalau tidak kenapa Adelia tanya begitu kepadanya.
"Kenapa Ad tak boleh keluar rumah?" itu yang pertama sekali Adelia mahu tahu. Tak pasal sekat dirinya untuk keluar dari rumah. Memang lah isteri kena dengar arahan suami tapi setakat luar pintu pun tak boleh nak dengar macam mana. Bukannya dia keluar pergi lain. Hadapan rumah Datin Qayla juga.
Datin Qayla terdiam. Tidak tahu ingin mambalas apa yang patut. Kalau Harraz sendiri tidak memberitahu Adelia sebab apa tak akan dia ingin beritahu. Datin Qayla hanya merenung lembut mata Adelia sebelum bangun pergi ke bilik tidurnya. Biarlah Harraz sendiri yang cerita kepada Adelia.
"What has happened in this family?" kata Adelia sendiri. Dia sudah menjadi sebahagian dalam keluarga ini. Tidak bolehkah berkongsi dengan dirinya. Rasa misteri pula berada dalam keluarga ini.
"He's already married,"
"Macam mana boleh jadi?! Aku dah suruh perhatikan dia! Jangan sampai dia kahwin!" meja dihadapannya diketuk kuat dengan tangannya sendiri. Marah dengan kecuaian anak buahnya sendiri.
"Aku nak kau jadikan isteri dia bahan korban! Faham tak?!" tak dapat apa yang dia mahu, dia akan mambalas dendam melalui orang tersayang Harraz. Iaitu isteri Harraz. Pernah dia menghantar anak buahnya untuk menyeksa Datin Qayla sampai meninggal tetapi tidak menjadi.
"Faham, tuan," kehendak dia patut dipatuh. Kalau tidak mereka semua akan kena lebih teruk lagi.
"Bagus," dia beredar. Kalau anak buahnya tidak boleh buat begitu. Dia sendiri akan turun padang.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...