Tak ada lah pelik sangat dengan Harraz kalau tak cakap banyak dengan Adelia. Yang pelik sekarang Harraz suka sangat memandang tajam ke arahnya. Rasanya, masa sekolah dahulu tidak begitu. Masa kahwin ni lagi seram pandangan tajam tu. Boleh tembus ke tubuh kalau tengok.
See! Dia guna kuasa jelingan maut dia tu pula. Tak stabil betul emosi Harraz hari ini. Tak kirim jelingan maut mesti kirim pandangan tajam. Apa nak jadilah dengan Harraz ni. Nak pergi tanya, Adelia pula takut. Tak pasal dirinya kena marah pula. Baik diamlah buat seketika ini.
"Ayeed," panggil Adelia lembut. Baik tanya salahnya apa kepada Harraz. Takut buang ke tepi dahulu.
"Ish, Ayeed, Ayeed! Boleh pula sebut nama jantan lain depan aku," Harraz memusingkan tubuhnya menghadap Adelia dan berlalu pergi. Tak sampai sebulan kahwin Adelia sudah berani sebut nama lelaki lain di depannya.
"Nama tu saya buat ringkasan untuk Qayeed. Awak tak suka? Kalau tak suka, saya tak panggil cakap tu dah," Adelia masih lagi berdiri di tempatnya. Tak kan nak kejar Harraz kut.
Terdiam Harraz. Otaknya ligat berfikir. Qayeed namanya itu betul, kalau Ayeed. Oh! Adelia buang huruf Q rupanya patutlah jadi Ayeed. Kesian Adelia dapat jelingan maut dan pandangan tajam dengannya tadi. Hailah, kenapa sekarang baru terfikir macam tu?
Nampak sahaja kelibat Adelia melintasnya. Tangan Adelia terus ditarik dan masuk ke dalam dakapannya. Betul-betul menyesal marah isterinya tadi. Isteri nak buat panggilan manja pun dia marah.
"Hm, sorry," kepala Adelia dikucup. Menyesal dengan tindakan sendiri. Adelia pun satu kenapa lah tak cakap awal-awal. Kan Harraz dah fikir bukan-bukan.
"Boleh ke saya nak panggil macam tu?" Adelia mendongak kepalanya. Harraz ni tinggi macam tiang. Nak cakap je mesti kena dongak, sakit leher kalau hari-hari kena dongak semata-mata nak pandang suami sendiri. Tapi tak apalah nak pahala kan.
Harraz mengangguk. Tak kan lah isteri sendiri buat panggilan manja dia tak nak kasi. Kalau Harraz boleh buat, Adelia pun boleh. Pelukan dileraikan. Harraz mengusap kepala Adelia. Kesian Adelia kena marah.
"Ehem!" tak tahu malu betul nak ber sweet dekat dapur ni. Tak hormat langsung orang single di dalam rumah ini. Kalau nak buat aksi sweet sangat jangan dalam rumah ini.
Harraz dan Adelia menoleh ke arah pemilik suara itu. Alangkah terkejutnya Adelia melihat gerangan itu. Tak sangka pula boleh berjumpa dengan Khalif dan Rizqin di dalam rumah ini.
Begitu rupanya kisahnya. Mereka adik-beradik susuan. Kenapa dia baru tahu hari ini? Padahal mereka pernah sekolah atas bangunan yang sama dan kelas yang sama. Sedikit pun Adelia tidak tahu tentang mereka bertiga. Patutlah rapat semacam.
"Mana ibu ayah Khal dengan Riz?" tanya Adelia. Alang-alang dah tahu siapa Khalif dan Rizqin pada Harraz, dia tanya lah apa yang mahu tahu. Apa salahnya dia mahu tahu tentang adik susuan suami sendiri.
Harraz diam. Rasanya kalau itu dia tak akan beritahu. Tidak mahu Khalif dan Rizqin mendengar dan timbul perasaan kecewa atau marah. Harraz hanya memeluk pinggang ramping Adelia dari tepi. Kepala dilontarkan pada bahu Adelia.
"Ayeed,"
"Sleepy," Harraz menolak bahu Adelia dengan kepalanya. Biarpun dia tidak mengantuk sekarang ini. Dia hanya tidak mahu Adelia bertanya lagi tentang adik susuannya. Dia juga tidak ingin ingat ibu ayah mereka berdua.
"Petang lagi ni," Adelia membiarkan perbuatan Harraz. Dah jadi suami isteri yang sah bebaslah perbuatan mereka.
"Sleepy, Ayesha," perbuatan Harraz tadi dibuat semula tanpa henti.
"Jom," mengalah sekali-sekala tak apa kan. Selalunya perempuan je nak menang, bagi lah peluang lelaki nak menang pula. Bukan selalu pun jadi perempuan baik ni.
Baru faham maksud Harraz. Bila Harraz kata dia mengantuk, Adelia percaya. Tapi rupanya Harraz ingin membalas dendam. Ada ke patut Harraz menutup pintu bilik dengan kuat sedangkan Adelia mengikut belakangnya. Mujur Adelia tidak masuk lagi, kalau masuk mesti dirinya terkepit.
Adelia merenung Harraz tajam. Kalau Adelia mahu membalas dendam selalu tidak menjadi tapi bila Harraz buat selalu menjadi. Benci betul! Terseksa kahwin dengan Harraz ni. Ada sahaja benda yang ingin menyakitkan hati.
"Tak nak percaya Ayeed dah," Adelia menyilang tangan. Tidak puas hati dengan Harraz. Dia nak balas dendam pun tak kesampaian.
"Tak suruh percaya pun," tubuh Harraz direbahkan pada atas katil sebelah Adelia. Dia tidak minta pun Adelia percayakan dirinya yang mahu tidur tadi. Dia hanya cakap sahaja.
"Saya percaya sebab awak suami saya," kata Adelia dengan menahan geram. Kalau Harraz bukan suaminya, dia sendiri tidak mahu percaya.
"Hm," Harraz memusingkan tubuhnya menghadap Adelia. Tubuh Adelia dipeluk erat. Bosan dengar Adelia membebel tak henti-henti dari tadi.
"Lepaslah!" Adelia berusaha menolak tangan Harraz. Suka hati je nak peluk. Tadi bukan main sakitkan hati Adelia.
"Tengking aku bukan isteri aku lah tu," wajah Adelia dipandang seketika sebelum membenam semula wajah Harraz pada perut Adelia.
"Eee, Ayeed. Tak suka lah macam ni," rengek Adelia. Selalu dia sahaja kena dengan Harraz. Harraz tidak pernah pun dia buat. Kalau nak buat je asyik tak jadi.
"Tak payah suka. Kau cuma kena sayang dan cinta dekat aku je," kata Harraz tanpa mengangkat kepalanya untuk melihat wajah Adelia.
"Eee, Ayeed," mahu jatuh air matanya mendengar kata-kata Harraz. Bukan kerana Harraz menyuruhnya untuk sayang dan cinta Harraz tetapi kerana ada sahaja yang ingin dikatakan oleh Harraz.
"Aku ada permintaan. Kau boleh tunaikan?" Harraz bangun dari baringannya. Dia duduk sebelah Adelia dan menatap mata Adelia.
"Boleh," Adelia mengangguk. Dia menunggu Harraz meneruskan percakapannya.
"Aku tak nak kau panggil 'saya awak' lagi boleh?" kening Harraz diangkat. Pada hari pertama lagi mahu meminta Adelia tidak bahasakan diri dengannya 'saya awak' tetapi hari ini baru ada kesempatan untuk bercakap.
"Nyenyenye," kedua belah tangan Adelia naik menutup kedua belah telinga. Malas mahu mendengar. Baginya tiada masalah untuk memanggil 'saya awak' yang masalah baginya 'aku kau'. Harraz boleh pula, lagi kasar pula tu.
Tangan Adelia ditarik. Boleh pula Adelia membuat muka sambil menggoyangkan kepala. Naik geram dengan Adelia ni. Harraz memegang tangan Adelia dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi menutup mulut Adelia.
"Boleh tak?" mata amber Adelia ditatap. Harraz ingin kepastian. Jika tidak boleh tidak mengapa. Dia mahu ubah sahaja. Dia juga akan mengubah nama panggilan itu.
Adelia tidak menjawab tetapi dia memuncungkan bibirnya sampai terkena tapak tangan Harraz. Dia mengulang perbuatannya berulang-kali. Alang dah muncung tu, dia juga turut memikirkan permintaan Harraz.
"Aku tahulah kau nak cium aku tapi janganlah dekat tapak tangan. Cium kat muka aku ni, ha," tangan Harraz yang menutup mulut Adelia dibuka. Dia menghulurkan pipinya pada bibir Adelia.
"Eee, tak nak," pipi Harraz ditolak. Dia menggeleng kepala. Tidak mahulah cium Harraz, biarlah hanya di pipi sahaja yang diminta. Tadi pun yang Harraz sakitkan hatinya tidak minta maaf lagi. Ada hati nak minta macam-macam.
"Aku nak,"
"Tak nak!"
"Nak, Ayesha,"
"Tak nak, Ayeed,"
"Tak nak aku pun kahwin dengan aku," pipi Adelia dikucup laju. Tak nak sangat cium pipi Harraz, biar dia yang cium.
"Eee, Ayeed," pipi kanan Adelia disapu kasar. Boleh pula Harraz mengambil kesempatan.
"Eee, Ayesha,"
![](https://img.wattpad.com/cover/312792890-288-k814972.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Fiksi Umum"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...