"Semua orang benci, Ayesh! Papa dengan mama je sayang Ayesh! Ayesh tak suka lah dapat gelaran macam tu! Ayesh bukan pelacur!" tangan Harraz yang mencuba memegang tangan Adelia ditepis. Asyik teringat sahaja dengan gelaran itu. Ingatkan akan habis pada zaman sekolah sahaja namun sangkaannya salah.
"Ayeed pun sayang Ayesh," Harraz mengambil tangan Adelia dengan lemah-lembut. Dia cuba untuk memujuk Adelia. Sampai sahaja rumah terus masuk dalam bilik dengan air mata. Dalam kereta pun diam sahaja tidak banyak mulut seperti selalu.
"Kalau sayang Ayeed tak akan jual Ayesh dekat orang lain!" sekali lagi tangan Harraz ditepis. Tidak tahu mengapa dirinya terasa tidak berguna lagi dan tidak disayangi.
"Ayesh benda dah lepaskan,"
"Oh, kalau benda dah lepas tak boleh ingatlah?" marah Adelia.
"Bukan macam tu, Ayesh," Harraz cuba memujuk. Dia pun takut hendak memegang Adelia sekali lagi, lagi-lagi semasa Adelia marah. Tidak mahu lah nanti Adelia berdosa kerana menepis tangannya sahaja.
"Macam mana lagi!" Adelia bangun. Dia menatap Harraz sebelum turun ke bawah. Adelia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri yang suka memarahi Harraz walaupun bukan salah Harraz. Yang dulu-dulu juga dia akan ungkit.
"Ayesh," Harraz menatap pemergian Adelia. Rasanya dia patut memberi ruang kepada Adelia. Nanti sahaja lah dia memujuk Adelia.
Adelia duduk termenung di balkoni bilik tidur. Disebabkan The Geng Gedik sahaja Harraz yang dia marah. Menyesal pula apabila memarahi Harraz tadi. Adelia mengalirkan air matanya.
"Kenapa semua orang benci saya?" tanya Adelia sendiri. Penat hidup begini kalau dirinya digelar pelacur. Kalau boleh Adelia mahu kecil sahaja tidak besar-besar. Selama ini, Adelia ingat kalau besar ianya menarik tetapi tidak.
"Ayeed sayang Ayesh," tubuh kecil Adelia dipeluk dari belakang. Harraz rasa dia sudah memberi ruang yang banyak kepada Adelia. Tiba masanya dia memujuk sekali lagi pula. Harap menjadi lah kali ini.
Adelia mengeraskan tubuhnya apabila dipeluk. Dia mendiamkan diri dan melayan perasaan tanpa ingin menoleh belakang. Dia membiarkan Harraz memeluknya.
"Ayeed tak pernah benci Ayesh," Harraz memegang bahu Adelia dan memusingnya untuk menghadap Harraz. Harraz tersenyum melihat Adelia tidak menepis tangannya.
"Kenapa pernah jual Ayesh?" soal Adelia. Sudah lama dia ingin tahu sebab Harraz menjualnya kepada lelaki lain. Mesti ada sebab Harraz buat begitu. Mungkin sudah tiada rasa sayang lagi.
"Nak tahu ke?" kening Harraz dijongketkan. Menyakat Adelia sekali ini tak apa kan bukan selalu dia menyakat Adelia.
"Eh, tak nak lah sebab tu tanya," kata Adelia perlahan. Dia menjeling Harraz di hadapannya dan membawa tangan Harraz ke bawah.
"Ini nak cakap perlahan ke kuat? Kenapa Ayeed dengar ni?" Harraz terkekeh-kekeh ketawa. Dia menutup telinga dan merapatkan tubuhnya dengan tubuh Adelia.
"Ish, jauh," tangan Adelia naik menolak dada Harraz. Tidak suka Harraz buat begitu ketika dia sedang marah. Harraz ingat Adelia sudah lupa ke tentang tadi.
"Sebab tu Ayeed buat dekat ni," tangan Harraz memeluk tubuh Adelia dengan erat. Dia mendekatkan bibirnya pada dahi Adelia.
"Ayeed, tak nak,"
"Nak tahu tak kenapa Ayeed buat macam tu?" Harraz menatap mata Adelia.
Adelia mengangguk perlahan sebelum bersandar pada dada Harraz. Letih sebenarnya mahu bergaduh dengan Harraz. Bukannya Harraz buat kesalahan besar yang Adelia mahu marah.
"Ayeed buat macam tu ada sebab," tangan kanan mengelus rambut Adelia manakala tangan kiri memeluk pinggang Adelia. Harraz memandang sekitarnya yang dipenuhi dengan pokok serta jalan.
"Zareed suruh Ayeed jual Ayesh dekat dia kalau nak mummy selamat. Ayeed ingat bila Ayeed buat macam tu, Zareed tak akan bunuh mummy tapi sangkaan Ayeed salah. Mummy tetap kena bunuh," mata Harraz ditutup erat. Dia membayangkan wajah arwah Datin Qayla.
"Siapa Zareed?" Adelia mahu mendongak tetapi tidak boleh kerana Harraz memegang kepalanya kuat. Nampak sangat Harraz tidak mahu Adelia mendongak.
"Ayah Khalif," Harraz mengetap gigi kuat. Berdendam lagi dengan Tuan Zareed kerana membunuh Datin Qayla.
"Kalau arwah mummy tak kena bunuh Ayeed tak akan ambil Ayesh semula?" Adelia menyoal tanpa memandang Harraz.
"Mana boleh tak ambil isteri Ayeed ni. Tak kisah lah masa tu arwah mummy kena bunuh ataupun tidak, Ayeed tetap akan ambil Ayesh semula. Ayeed kasi buat sementara. Ayeed ingat diaorang tak akan buat apa-apa dekat Ayesh tapi itu pun Ayeed silap. Diaorang hampir perkosa isteri Ayeed,"
"Ayeed nangis?" Adelia cuba mendongak kepala walaupun Harraz menolak kepalanya untuk bersandar pada dada Harraz. Adelia memegang wajah Harraz dan mengelap air mata Harraz.
"Janganlah nangis nanti siapa nak pujuk Ayesh kalau Ayesh nangis?"
"Mana ada nangis. Mata ni ha masuk rambut Ayesh, rambut Ayesh pergi cucuk mata Ayeed," Harraz mengelap air matanya. Tangan Adelia diturunkan. Rambut Adelia dirapikan sebelum dia meletakkan kepalanya di atas kepala Adelia.
"Salahkan rambut Ayesh pula," perut Harraz dicubit. Ada ke patut Harraz menyalahkan rambutnya yang tidak bersalah ini.
"Memang salah rambut Ayesh nak buat macam mana lagi," tangan kanan Adelia dipegang. Sakit betul kena cubit dengan Adelia ni.
"Mana boleh salahkan rambut Ayesh," Adelia menolak Harraz. Dia menatap Harraz dengan wajah marah. Dah tahu rambutnya akan kena mata Harraz letak juga kepala di atas kepalanya.
"Terima kenyataan, Ayesh," rambut Adelia diselitkan tepi telinga. Harraz mengjongketkan keningnya.
"Ayesh dah syampu rambut lah! Siap dengan perapi apa semua, ha!" Adelia mengundur selangkah untuk menjauhi Harraz.
"Ha! Meh sini nak bau wangi ke tak?" tubuh Adelia ditarik. Harraz mula mengucup kepala Adelia. Kemudian pipi Adelia pula.
"Wanginya,"
"Wangi kan," Adelia mengjongketkan keningnya. Suami sendiri puji mestilah bangga tak tentu pasal.
"Buat dekat rambut Ayeed macam rambut Ayesh," rambut Harraz ditunjuk. Memang wangi rambut Adelia. Rambutnya juga tidak lah busuk tetapi disebabkan dia tidak mahu Adelia menyoal tentang Tuan Zareed jadi dia meminta lah begitu.
"Nak?"
"Nak,"
"Jom, kita syampu rambut dulu," tangan Harraz ditarik masuk. Adelia mengambil tuala Harraz dan masuk ke dalam bilik air bersama-sama untuk syampu rambut Harraz.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficción General"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...