Bab 31

315 29 2
                                    

Buat salah pun tidak tetapi sudah kena masuk ke dalam sesi soal jawab bersama Ikhwan. Malang sungguh nasib hari ini. Adelia menyilangkan tangan sambil mendengar soalan-soalan yang dituju daripada Ikhwan. Alang-alang silang tangan, Adelia membuat sekali muka tidak puas hati. Tak lengkap rasanya kalau menyilang tangan tanpa membuat muka.

Ikhwan pula membuat muka marah. Mereka berdua berjalan menuju parking kereta. Kunci kereta dibuka dan mereka berdua muka masuk. Masuk sahaja kereta....

"Macam mana boleh jumpa dia kat sini? Kau ada call dia ke yang dia tahu kita ada dekat sini," tu dia suara Ikhwan yang dari tadi tidak puas hati. Dia menghidupkan enjin kereta dengan kasar.

"Kau call dia ya?" tajam mata Ikhwan menikam mata Adelia.

"Mana ada!" jerit Adelia perlahan. Main tuduh sahaja dia menelefon Harraz. Tak akan dia ingin menelefon Harraz semata-mata ingin bagitahu dia berada di pusat membeli-belah. Harraz bukan suaminya atau ahli keluarganya hendak tahu ke mana sahaja dia pergi.

"Lepastu? Macam mana dia boleh ada dekat sini?" kereta tidak bergerak lagi. Hanya mata main menikam-nikam.

"Wajarlah, kalau Arraz ada dekat sini! Ini pusat membeli-belah, pusat membeli-belah bukannya tempat kita berdua je! Faham tak? Pusat membeli-belah!" Adelia menikam tajam mata Ikhwan. Adelia membuka semula pintu kereta dan keluar.Apa Ikhwan ingat tempat ini orang lain tidak boleh datang?

"Adelia!" jerit Ikhwan. Dia membuka pintu kereta dan menuju ke arah Adelia.

Adelia melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Dalam hati sudah berombak marah terhadap Ikhwan. Sebuah kereta jenama wira meluncur laju dijalan raya.

"Ad! Kereta!" jerit Ikhwan.

Adelia menoleh dan menutup matanya. Dia tidak berganjak walau seinci pun. Kereta wira itu hampir terlanggar Adelia di jalan raya.
Mujur satu susuk tubuh jejaka itu berada di hadapan kereta. Kalau tidak mungkin Adelia sudah kemalangan.

"Maafkan saya," pemandu kereta itu turun meminta maaf kepada jejaka itu dan Adelia.

Jejaka itu hanya mengangguk tanda memaafkan. Bukan salah pemandu itu juga kerana Adelia yang tidak memandang kiri kanan.

"Too much, Ayesha," jejaka itu bersuara keras. Mujur dia sempat sampai, kalau tidak....

Adelia mendongak kepalanya apabila nama keduanya dipanggil. Harraz dengan wajah marahnya dapat dilihat dengan jelas sekali. Tidak pernah dia melihat wajah Harraz begitu.

"Nak mati awal?" sambung Harraz lagi.

Adelia menurunkan kepalanya daripada melihat wajah Harraz. Takut. Aura kali ni lain macam.

"Aku hantar balik, jom," ajak Harraz sambil memandang depan, belakang, kiri dan kanan. Takut ada kereta yang lalu memandang mereka berdua masih lagi berada di tengah jalan.

"Tapi..., " Adelia beranikan dirinya untuk mendongak melihat wajah Harraz.

Harraz seakan-akan tahu. Dia mengambil telefonnya dan menunjuk kepada Adelia. Mesej Harraz bersama Ikhwan.

Adelia mengangguk dan menoleh ke belakang melihat Ikhwan. Tidak tahu mengapa dia melihat Ikhwan, Ikhwan hanya menunjukkan wajah tidak puas hati.

"Jom,"

Adelia mengikut langkah Harraz.

Ayesha, nama keduanya. Tidak pernah lagi sesiapa memanggilnya dengan menggunakan nama kedua. Harraz ialah orang pertama memanggilnya begitu. Ya, Harraz. Pertama kali, dia mendengar Harraz menyebut nama keduanya. Nama pertama pun Harraz tidak pernah menyebut.

Adelia membaringkan dirinya di atas katilnya. Dia memandang siling biliknya dengan seribu pertanyaan. Harraz memanggilnya Ayesha, tapi kenapa? Orang memanggilnya Adelia bukan Ayesha. Adelia memejam matanya dengan rapat. Mahu ketenangan. Harraz memanggilnya dengan nama keduanya dibiarkan. Mungkin dia tersalah dengar, boleh jadi. Ikhwan pula marah sesuka hati padanya tadi pun dibiarkan. Dia mahu rehat sepuas-puasnya.

Adelia membuka matanya semula apabila teringat, dia belum mengucapkan terima kasih kepada Harraz kerana telah selamatkan dirinya tadi. Adelia mengambil telefon pintarnya dan membuka aplikasi WhatsApp. Dia mencari nama Harraz. Adelia menekan dan mula menaip sesuatu.

Harraz Classmate

                                       Thank you, Arraz.

?

Wah! Banyak-banyak huruf, nombor dan simbol, tanda soal juga menjadi pilihan.

                           Sebab selamatkan saya?

Okey.

'Okey' satu patah perkataan yang cukup menyakitkan hatinya. Menyesal! Menyesal! Menyesal! Tadi mengucapkan terima kasih, dia perli, sekarang tanda soal bersama satu patah perkataan sahaja.

"Eee, dia ni. Aku tukar juga nama contact kau. Tengoklah," kata Adelia dengan geram. Dia mula menukar nama contact Harraz dengan nama yang lain sesuai dengan perwatakannya selama ini.

"Sampai bila-bila pun tak nak tukar," Adelia tersenyum kegembiraan. Puas hatinya. Harraz menyelamatkan dirinya, dia anggap kebetulan sahaja dan memanggil nama keduanya, dia anggap dirinya salah dengar.

"Argh,"

"Khal, jangan tekan!" Rizqin menepis kuat tangan Khalif yang menekan bahagian luka Harraz.

"Kenapa pergi tolong dia? Biarlah dia mati!" marah Khalif. Renungan tajam diberi oleh Khalif.

"Dia pernah tuduh yang kau kena percikan darah Ikhwan tu kan! Tak ingat ke!" badan Harraz ditolak beberapa kali. Harraz hanya membatu.

"Khal, sudahlah tu," pujuk Rizqin. Namun pujukannya tidak menjadi. Khalif menolak tangan Rizqin daripada memegang dirinya.

"Kau tak ingat ke Harraz?!" makin menjadi suara amarah Khalif.

"Khalif, sudahlah tu! Kesianlah dekat Harraz! Dia tengah sakitkan!" giliran Rizqin memarahi Khalif. Khalif sudah bertindak luar kawalan.

Khalif berhenti. Dia mula mengalirkan air matanya sedikit demi sedikit.

"Sorry, Arraz," Khalif menunduk. Kalau tidak kena marah dengan Rizqin mungkin dia akan bertindak dengan cara lain.

"Sokay," Harraz membetulkan kedudukannya. Dia mengesot sedikit mendekati Khalif dan Rizqin.

"Aku risaukan kau. Kalau kau yang kena macam mana? Kenapa kau selamatkan dia?" Khalif memandang depan pada mata biru Harraz. Rizqin hanya menjadi pendengar. Rizqin juga mahu tahu mengapa Harraz selamatkan Adelia.

"Aku tak nak dia jadi macam arwah daddy. Kemalangan dia sama macam arwah daddy. Dia hampir kena langgar dengan kereta. Daddy dulu pun kena langgar dengan kereta," terang Harraz. Air mata yang sudah mahu tumpah ditahan.

Khalif dan Rizqin terdiam. Kalau sesiapa yang berada di tempat Adelia mungkin Harraz akan selamatkan juga.

Pintu bilik yang tidak tertutup rapat dapat dengar dengan jelas suara Harraz yang sayu itu. Datin Qayla mengalirkan air mata. Sangkanya  Harraz sudah melupakan peristiwa itu. Dalam hati, Datin Qayla berdoa agar terbuka pintu hati Harraz untuk menjadi seperti dulu. Dia sangat merindui suara riang Harraz.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now