Bab 48

321 22 1
                                    

Aduhai! Menyesal rasanya menjerit nama Harraz dalam kereta. Tak pasal-pasal kena tolak kepala dengan percuma. Mujur tidak pecah cermin kereta dengan tolakan kuat Harraz tu. Kalau tidak makan angin betul-betul.

Adelia menggosok kepalanya. Wajahnya masam mencuka memandang Harraz. Main tolak sahaja kepalanya yan tidak bersalah itu. Dia menjerit nama Harraz kerana teruja Harraz menyelamatkannya tapi Harraz menjerit namanya kerana terkejut dengan suara Adelia. Bukan setakat panggil nama sahaja yang dibuat ditambah dengan tolak kepala lagi.

"Panggil lagi kuat-kuat biar aku tolak badan kau pula," kata Harraz dingin. Suara Adelia lagi kuat daripada Khalif jika menjerit. Sakit telinga sudahlah duduk sebelah menyebelah.

"Hm!" Adelia menyilangkan tangannya. Tidak puas hati dengan Harraz. Dulu sampai sekarang tak boleh berpisah dengan dingin.

Adelia menekup wajahnya. Argh, terimbas kembali kisah semalam. Geram rasanya dengan Harraz. Tak boleh ke dalam sehari Harraz berbaik dengannya. Bosan betul dengan sikap dingin Harraz.

Adelia memusingkan tubuhnya menghadap siling bilik tidurnya. Dia tersenyum apabila teringat Harraz menyelamatkan dirinya semalam. Dia bersyukur Harraz masih pedulikan dirinya. Kalau tidak Harraz tidak akan menyelamatkan dirinya.

"Mulut cakap lain, hati cakap lain," makin melebar senyuman Adelia. Semalam merupakan hari pertama dia berbicara semula dan berjumpa dengan Harraz ketika dia berusia 25 tahun.

"Adelia Ayesha!" laungan itulah yang paling takut sekali. Itu tidak termasuk binti lagi, kalau termasuk binti kecut perut dibuatnya.

"Ya, mama!" Adelia berlari dari bilik tidurnya ke ruang tamu. Kalau berjalan lenggang-kangkung lambat sampai pula ke ruang tamu.

Datin Anna bercekak pinggang. Dia merenung anaknya sedalam-dalamnya. Ada ke patut Adelia membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan dirinya.

"Kenapa tolak?"

Gulp! Adelia menelan air liur dengan kepayahan. Tidak sangka berita itu akan sampai kepada Datin Anna sendiri. Mesti ada orang bagitahu kalau tidak mana mungkin Datin Anna tahu dia menolak.

"Adelia Ayesha Binti...,"

"Ad tak nak kahwin dengan dia!" laju Adelia memotong. Takut jika habis nama panjangnya disebut.

"Berapa kali Ad nak tolak?" Datin Anna mengambil tempat duduk. Dia merenung lembut mata anak gadisnya.

"Datanglah sejuta lelaki pun Ad tetap akan tolak. Ad benci semua lelaki," luah Adelia. Bukannya Datin Anna tidak tahu mengapa anaknya membenci lelaki. Semuanya telah diceritakan oleh Adelia pada tahun lalu. Di mana Adelia masih sekolah lagi ketika itu. Adelia mula membenci lelaki kerana di sekolahnya.

"Walaupun yang datang kawan Ad sendiri?"

"Yes, mama. Ikhwan. Ikhwan kan yang masuk meminang tu? Ad tak nak kahwin dengan dia. Dia hampir hancurkan hidup Ad sendiri. Ad tak nak bila Ad kahwin dengan dia, Ad dijadikan hamba dia. Mama lupa apa yang Ad cakap dulu? Dia, Ikhwan. Dia cakap kalau Ad kahwin dengan dia, dia akan jadikan Ad seorang hamba. Disebabkan Batrisya, Sarah dan Nurin gelarkan diri Ad whore. Mama rasa dia akan buat apa? Semestinya dia kahwin dengan Ad disebabkan nafsu dia," hampir gugur air matanya apabila terimbas kembali zaman sekolah. Banyak yang dia lalui tanpa sesiapa yang mahu menolongnya. Harraz hanya menolongnya ketika di lorong itu sahaja. Selebihnya tidak ada sesiapa pun menolong.

"Ad minta maaf. Ad bukan nak marah mama tapi Ad nak mama tahu yang Ad tak nak kahwin dengan dia. Ad tak nak kahwin dengan orang yang pernah sekolah dengan Ad. Semua yang sekolah dekat situ, semua ingat Ad pelacur. Ad ada maruah. Ad tak pernah sekalipun ada niat nak jadi macam tu," Adelia memeluk kaki Datin Anna. Dia menangis di atas peha Datin Anna. Tidak kuat dia ingin mengatakan hal itu tetapi dia tiada pilihan. Dia kena mengingatkan semula Datin Anna.

"Mama minta maaf, mama lupa," kepala Adelia dikucup lembut. Mujurlah Adelia mengingatkan dirinya semula. Jika tidak pasti merana hidup anaknya jika dikahwinkan dengan rakan sekolah.

"Mama tak salah pun," Adelia mengelap air matanya dan mengucup lembut tangan kanan Datin Anna.

"Mama nak tahu? Ramai cakap Ad pelacur dekat sekolah tu sampaikan cikgu pun anggap Ad macam tu. Tapi ada tiga orang rakan sekelas Ad tak pernah anggap Ad macam tu. Walaupun dia suruh Ad jauhkan diri daripada dia tapi dalam diam dia pedulikan Ad," Adelia tersenyum. Siapa sangka dalam diam ada orang yang tidak pernah menganggap dirinya pelacur sebagaimana orang lain menganggapnya.

"Ad sayang dia," Adelia membuat satu pengakuan. Tidak pernah dia sayang orang yang baru kenal beberapa bulan dan berpisah semula.

"Dia orang istimewa dalam hati Ad?" tanya Datin Anna ingin kepastian.

"Yes tapi Ad tak berharap sangat dengan dia. Dia hensem mesti dia dah kahwin. Ad tak nak ganggu rumah tangga orang," riak wajah Adelia berubah. Jika jejaka itu sudah mempunyai bidadari di sisi, Adelia akan berdoa agar rumah tangga jejaka itu bahagia sampai ke jannah.

Datin Anna tersenyum. Luahan anaknya membuatkan dia berasa sedih. Lagi-lagi apabila menyebut nama yang memanggil anaknya seorang pelacur.

Sudah sepuluh das tembakan diacukan kepada jejaka di hadapannya. Hilang kawalan dalam dirinya sendiri melihat keadaan orang yang dia sayang cedera. Tiada siapa boleh duduk diam jika orang kesayangan cedera di depan mata sendiri.

Umurnya sudah meningkat. Dia bukan lagi remaja yang berusia 17 tahun, 18 tahun atau 19 tahun. Sekarang umurnya sudah 26 tahun jadi dia bebas membuat apapun keputusan dalam keluarganya sendiri. Persetujuan Datin Qayla memberikannya lebih semangat untuk membalas dendam.

"You'll died, bullshit," sekali lagi tembakan dilepaskan tepat pada lengan jejaka itu.

"Harraz, stop," halang Datin Qayla dengan wajah tidak bermaya. Darah yang mengalir di tepi bibirnya di tahan. Jika dia kelihatan lemah di hadapan Harraz pasti Harraz akan membuat di luar jangkaan.

Harraz buat tidak endah. Dia melangkah ke hadapan. Baju jejaka yang dipenuhi darah itu dicengkam kuat oleh Harraz. Harraz mengambil sebilah pisau dari belakang poketnya dan dimainkan di leher jejaka itu.

"1, 2, 3! Died or kill? Kill or died?" nyanyi Harraz riang. Dibuat lagunya sendiri dengan penuh semangat. Pisau di tangan Harraz naik ke pipi jejaka itu. Dia bermain pula di pipi itu. Dipusingkan pisau itu seperti pisau itu bukanlah peralatan yang tajam.

"Choose, dude!"

"Harraz, jangan!" Datin Qayla cuba untuk bangun dan menghalang anaknya. Dia tidak mahu Harraz menjadi pembunuh, dia tidak sanggup melihat anaknya sendiri menjadi pembunuh.

Tangan kanan Harraz dipegang kuat. Datin Qayla juga akan berhati-hati kerana pada tangan kanan Harraz ada pisau. Tujuannya ingin menghentikan perbuatan anaknya untuk tidak bermain begitu.

Harraz melepaskan pisau di tangan kanannya dan kecaman baju jejaka itu di tangan kirinya. Dia memeluk tubuh tua Datin Qayla. Tidak sanggup melihat Datin Qayla yang lemah itu. Jadi dia mendengar sahaja kali ini.

"Argh!" jerit jejaka di hadapannya. Pisau yang dilepaskan Harraz itu tepat mengenakan pada pehanya. Dalam pisau itu menembus isi pehanya.

"Opps!" Harraz meleraikan pelukan Datin Qayla sementara dan menutup mulutnya tanda dia tidak sengaja melakukan itu. Dia kembali memeluk tubuh Datin Qayla.

"Bukan Arraz buat, pisau tu jatuh sendiri," kata Harraz kepada Datin Qayla.

"Iya, mummy tahu. Jom balik," pipi Harraz diusap. Harraz menolong Datin Qayla untuk bangun dan beredar dari tempat itu. Dia perlu merawat Datin Qayla dengan segera.

Harraz berpusing ke belakang. Matanya tajam merenung wajah jejaka itu yang dipenuhi dengan darah. Dia belum puas bermain dengan jejaka itu. Namun dia tiada pilihan jika Datin Qayla menghalang. Dia meneruskan perjalanannya tanpa menoleh semula ke belakang.



Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now