Bab 73

404 22 3
                                    

Mata nak keluar pun dah boleh rasanya apabila melihat Adelia bertambah-tambah nasi. Mentang-mentang dapat anak kembar menambah nasi tu lain macam.

"Mama, tolong," Nurin menampar pipinya sendiri sambil melihat Adelia di hadapannya. Mujur rumah keluarga sendiri, kalau rumah orang lain rasanya boleh pengsan.

"Why?" Datin Anna memandang Nurin dan Adelia bergilir-gilir. Tak tenang dia mahu buat kerja di hadapan halaman rumah. Baru selangkah nak keluar dah kena panggil.

"Ni, ni, ni bukan adik Afra!" jari telunjuk tepat menunjukkan pada Adelia sambil menggelengkan kepala. Susah betul nak percaya yang di hadapannya sekarang ini ialah Adelia.

"Apa ni, Kak Afra? Comel macam ni pun tak kenal ke?" tangan kiri Adelia diletakkan di atas meja dan menunjuk dirinya sendiri.

"Ceh! Perasan! Dah lah gemuk!" Nurin menepuk meja makan. Saja ingin menyakitkan hati Adelia.

"Eee, mama tengok tu Kak Afra cakap Ad gemuk," Adelia membuat muka. Suka betul menyakatnya sejak dia mengandung. Dia gemuk untuk anak dalam kandungannya sihat juga.

"Memang gemuk masalah," kata Datin Anna. Suka betul dia berpakat dengan Nurin untuk menyakat Adelia.

"Mama!"

"Assalamualaikum, papa," batu nisan arwah Dato Adzib dipegang. Berair air matanya apabila mendapat tahu salah satu keluarga kandungnya sudah meninggal dunia. Nurin baru sahaja tahu berita ini semasa makan pagi tadi.

"Papa, Afra minta maaf sebab pernah panggil papa ni lelaki simpanan. Afra pernah fitnah papa, mama dengan adik,"

"Papa, papa bangunlah semula. Afra nak jumpa papa. Afra nak minta ampun dengan papa. Afra nak luangkan masa dengan papa. Afra nak tengok muka papa. Papa," tangan kiri Nurin menggenggam tanah. Geram! Geram! Geram dengan diri sendiri kerana sikapnya dia menyesal.

"Papa,"

Adelia hanya diam. Dia biarkan sahaja Nurin meluahkan perasaan yang terpendam. Ada kalanya Adelia akan menggosok belakang Nurin untuk memberi ketenangan.

"Papa, Afra nak jumpa papa,"

"Kak Afra janganlah macam ni," air mata Adelia yang mahu jatuh dengan cepat dilap. Tengok air mata Nurin jatuh, air  matanya pun gatal nak jatuh juga.

"Afra, nak hujan dah ni. Kita pun dah lama dekat sini. Jom balik, daughter," Datin Anna mendongak. Sudah menitik sedikit demi sedikit air hujan. Boleh demam mereka bertiga jika masih berada di sini.

"Afra nak jumpa papa. Afra nak minta maaf. Afra tak sempat pun nak minta maaf dengan papa. Papa tinggalkan Afra dulu," wajah Datin Anna ditatap. Tidak sanggup rasanya mahu meninggalkan kawasan perkuburan ini.

"Jomlah, Kak Afra," tangan Nurin digoyangkan. Adelia sudah berasa sejuk dengan cuaca sekarang.

"Okey, jom," Nurin bangun terlebih dahulu sebelum dia membantu Adelia bangun. Hampir terlupa Adelia sedang mengandung. Kesian kandungan Adelia nanti.

Boleh naik gila Harraz begini kalau orang yang dia sayang sahaja akan jadi mangsa. Memang takdir hidupnya mungkin siapa yang dia sayang akan mati.

"Zareed, please," rayu Harraz. Kali ini dia tidak boleh buat apa-apa kalau Adelia yang jadi mangsa. Bila-bila masa sahaja Tuan Zareed boleh membunuh anaknya dalam kandungan itu.

"Wow! Seorang anak lelaki Dato Haris dan Datin Qayla merayu dekat aku. Amazing! Kau sayang ke perempuan ni? Perempuan ni kasi apa je dekat kau sampai kau sayang dekat dia?"

"Please, Zareed,"

"Oh! Aku tahu! Perempuan ni mesti kasi nasi kangkang dekat kau sebab tu kau sayang dia. Tak nak kasi aku bunuh langsung," pisau di tangan Tuan Zareed dimainkan di perut buncit Adelia.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now