Teacher Liana telah mengumumkan bahawa SPM hanya beberapa bulan sahaja lagi. Teacher Liana juga menyuruh semua tingkatan lima siap-sedia dan mengulang kaji. Yang paling tak sangka, Teacher Liana sudah target kelas 5 Aster mendapat keputusan yang tinggi. Kalau semua cikgu target kelas 5 Aster begini bukan setakat kena mengulang kaji tetapi kena telan sekali dengan buku.
Sedang leka Adelia membaca buku di wakaf bersebelahan kantin ada tiga orang gadis datang kepadanya. Tujuan? Semestinya tujuan untuk menyakitkan hati Adelia. Kalau mereka bertiga datang untuk meminta maaf sudah pasti dunia ini kiamat dulu.
Bahu Adelia disentuh lembut dengan tangan Sarah. Peha Adelia pula menjadi tempat letak kepala Nurin. Tempat di sebelahnya yang kosong menjadi tempat duduk Batrisya. Mereka bertiga memang tak boleh tengok Adelia senang agaknya.
"Hi, whore," tangan Nurin naik menyentuh pipi mulus Adelia. Nurin tersenyum sinis.
"Whore buat apa dengan buku? Ulang kaji ke ni? Hurm, akan dapat A+ ke kalau whore baca?" Nurin bangkit dari baringannya. Pipi Adelia tidak berhenti diusap.
"Tak akan dapat punya," Sarah duduk di sebelah Batrisya sambil tangannya bergerak menyentuh bahu kanan Adelia sampai bahu kiri.
"Yeah, you're right. Lagi Harraz pun dia tak dapat," Batrisya tersenyum bangga. Selama ini apa yang dia impikan sudah pun menjadi kenyataan.
"Oh, cakap pasal Harraz. Mana dia, tak nampak pun," pipi Adelia berhenti diusap. Mata Nurin meliar sekeliling mencari Harraz.
Adelia bangkit dari tempat duduknya. Kalau begini macam mana dia hendak membaca buku? Batrisya memang sengaja mencari dirinya untuk bergaduh. Penat lah kalau hari-hari begini.
"Seorang perempuan bernama Adelia Ayesha tak pernah ada nasib baik, semua nasib malang," Adelia menyapu air mata dengan baju sekolahnya. Dengar pula suara Batrisya, memanggil dirinya 'whore' makin lebat air matanya. Batrisya lah yang paling kuat memanggilnya begitu kerana Batrisya menyukai Harraz. Sarah dan Nurin pula hanya menyokong Batrisya dari belakang.
Duduk di dalam kumpulannya sendiri seperti tiada orang. Semuanya seperti dahulu ketika dia duduk sorang-sorang. Kini ada rakan dalam kumpulan pun masih lagi terasa tiada. Betul-betul nekad mereka bertiga.
"Setiap kumpulan wakilkan seorang untuk keluar ke hadapan," Cikgu Surya memberi arahan.
Adelia memandang kumpulan lain, salah seorang sudah pun keluar daripada setiap kumpulan. Kumpulannya sahaja belum lagi. Adelia menoleh sekilas ahli kumpulannya. Nampak tidak ada langsung yang ingin mewakili, dia bangun dan...
"Biar aku pergi," terduduk semula Adelia. Harraz bangun untuk mewakili. Agaknya kalau dia tak bangun Harraz tak nak mewakili.
Adelia duduk melihat Harraz yang sudah keluar. Di hadapan Cikgu Surya memberi sehelai kertas kecil kepada setiap wakil kumpulan. Kalau tengok reaksi masing-masing semua terkejut apabila membaca kertas kecil itu. Cuma kalau tengok reaksi Harraz sahaja seperti biasa, tiada pula reaksi terkejut seperti yang lain.
"Sekarang pilih salah satu ahli kumpulan kamu untuk keluar," nama pun pilih sudah pasti ada yang menyorok supaya tidak terpilih oleh wakil kumpulan masing-masing.
"Nurin,"
"Batrisya,"
"Aini,"
"Farhan,"
Sudah ramai yang kena panggil. Kumpulan lain juga turut dipanggil. Kumpulan Adelia tidak lagi. Harraz hanya memerhati sahaja. Mungkin dia lebih suka begitu, tunggu orang lain habis dulu baru dia.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...