Bab 36

273 18 4
                                    

Hari ini seperti biasa Adelia pergi ke sekolah. Cuma yang tidak biasanya moodnya hari ini. Susah untuk lupakan apa yang dikatakan oleh Harraz semalam. Entah boleh atau tidak dia membuat begitu.

Adelia masuk ke dalam kelas. Sudah ramai orang di dalam kelas memandangkan hari ini dia datang lewat. Adelia menarik kerusi lalu meletakkan beg sekolahnya. Dia duduk tanpa mempedulikan tiga orang jejaka yang sedang duduk di meja kumpulannya. Anggap sahajalah tiga orang jejaka itu tidak pernah wujud di dalam hidupnya.

Adelia membuka zip beg sekolah dan mengeluarkan buku sekolah matematik. Semalam, dia tidak sempat membuat kerana menangis. Dia mula menulis dengan teliti.

Harraz hanya memerhati Adelia yang sedang leka menulis. Matanya tidak lepas pada tangan kiri Adelia yang sedang leka menulis. Boleh tahan laju juga, biasalah orang pandai matematik sudah semestinya tahu jalan kira yang perlu dibuat.

"Tak nak tanya kenapa Khal dengan Riz tak datang?" Harraz mula menyoal.

Adelia menggeleng. Dia tidak menoleh langsung ke arah Harraz. Dalam diam, Adelia pelik dengan Harraz. Harraz bercakap dengannya dahulu? Selama ini, Adelia yang akan mula bercakap dulu. Susah mahu percaya walaupun dia nampak dengan matanya sendiri.

Harraz tersenyum. Tidak pernah Adelia tidak bercakap dengan dirinya. Hari-hari akan ada cerita yang mahu diceritakan oleh Adelia. Bagus juga kalau Adelia tidak mahu bercakap atau rapat dengan dirinya lagi kalau tidak keselamatan Adelia akan terjejas termasuklah keluarga Adelia.

"Harraz! Tunggu kejap!" Adelia berlari pergi ke Harraz.

Harraz berhenti di dalam pondok jaga. Dia memandang hadapan sambil berucap. Adelia ni tak akan tidak faham apa yang dia katakan semalam. Dalam kelas tadi bukan main diam.

"Harraz, saya nak tanya sikit," Adelia menyekat Harraz apabila Harraz ingin melangkah satu langkah ke hadapan. Orang penat panggil dia, dia boleh pula nak pergi macam tu je.

"What?" Harraz menjeling. Tangan Adelia yang menyekatnya diturunkan perlahan dengan tangan Harraz. Dia menyilangkan tangannya.

"Kenapa Khalif dengan Rizqin tak datang?" soal Adelia. Dari dalam kelas lagi dia mahu bertanya tetapi tidak sempat.

"Itu je?" Harraz menjeling sekali lagi. Adelia panggilnya kerana mahu menanyakan ini sahaja. Huh!

Adelia mengangguk perlahan. Dia turut menjeling Harraz. Apa Harraz ingat dia sorang je pandai? Adelia pun pandai menjeling orang.

Baru sahaja Harraz ingin membuka mulut, dia ternampak bayangan orang yang sedang memerhatikan dirinya disebalik pokok besar di hadapan sekolah. Harraz segera pergi meninggalkan Adelia.

"Harraz! Arraz! Raz!" Adelia mengejar langkah Harraz. Kalau Harraz tidak dengar juga jeritannya dengan panggilan tiga nama untuk Harraz tidak tahulah mahu kata bagaimana. Harraz pun satu kaki tu gatal nak lari bila orang tanya.

"Ingat apa yang aku minta semalam," tangan Adelia ditepis kuat. Terjatuh tangan Adelia yang memegang baju Harraz. Harraz merenung tajam Adelia.

"Kenapa? Salah ke saya nak berkawan dengan awak, Khal dan Riz? Selama ni saya tak pernah ada kawan," Adelia menggosok tangan kirinya yang Harraz tepis. Adelia membalas renungan Harraz dengan lembut.

"Iya, salah,"

"Sebab Batrisya dengan geng dia panggil saya whore? Sebab tu awak suruh saya jauhkan diri daripada awak? Sebab tu?" mata amber Adelia dihiasi dengan mutiara putih. Tidak lama nanti akan turunlah mutiara itu.

"Yes," Harraz berjalan meninggalkan Adelia. Tidak sanggup melihat Adelia menangis.

"Sebab tu aje?" kata Adelia perlahan. Walaupun Harraz hanya mengucapkan satu patah perkataan namun hatinya sangat sakit. Tidak sangka Harraz akan mengganggap dirinya begitu dan percaya kata-kata Batrisya, Sarah dan Nurin.

Biarlah Adelia membawa dirinya ke pantai seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa. Dia perlukan ketenangan sekarang ini. Semua orang menganggap dirinya seorang pelacur. Itu baru di sekolah, kalau di luar lagi terseksa agaknya. Tapi Adelia dapat mengagak yang orang luar sudah tahu kerana di pusat membeli-belah hari tu The Geng Gedik memanggilnya 'whore'.

Adelia merapatkan kedua belah kakinya dengan tubuhnya. Tangan naik memeluk kakinya. Kepala pula jatuh atas kaki Adelia. Air mata menjadi perhiasan di pipi mulusnya. Adelia menangis sepuas hati. Hidupnya akan menjadi seperti dulu, tiada kawan di sekolah.

"Memang nama Adelia Ayesha ni nasib malang ke? Kalaulah boleh tukar nama, nak tukar nama yang tak akan bernasib malang," tersendu-sendan Adelia berkata. Kepalanya tidak diangkat langsung memandang keindahan di pantai.

"I'm sorry, Ayesha" disebalik sebuah pokok besar yang terletak di belakang ada jejaka yang sedang memerhati. Kalau dia tidak berkata begitu mungkin Adelia tidak akan menangis tetapi dia terpaksa juga berkata begitu demi keselamatan gadis itu.

Jejaka itu beredar pergi ke tempat lain. Tidak mahulah lama-lama, takut Adelia perasan akan kehadirannya. Lagi pula dia takut orang yang selalu memerhatinya nampak dirinya dan menjejaskan keselamatan Adelia. Cukuplah keluarganya sahaja yang kena sebegitu. Dia tidak ingin membawa orang lain ikut serta menjadi nasib yang menimpa keluarganya.

"Ad, jom balik. Dah senja ni," kata Pak Mat selaku driver ahli keluarganya. mahu ke mana-mana Pak Mat lah yang akan membawa.

"Tak nak," Adelia menggosok-gosok matanya yang berair supaya Pak Mat tidak perasan. Tadi Pak Mat duduk dalam kereta kerana Adelia mahu duduk berseorangan dahulu.

"Jom, Ad. Nanti papa marah Pak Mat pula," pujuk Pak Mat. Mahunya tidak marah kalau tidak balik waktu begini.

"Papa tak akan marah Pak Mat punya. Pak Mat kan dah lama kerja dengan papa," kata Adelia tanpa menoleh Pak Mat di belakang. Dia pandang sahaja di hadapan. Ramai sudah yang pulang ke rumah masing-masing.

Pak Mat mengeluh perlahan. Dia duduk di sebelah Adelia dan menikmati bersama pemandangan pantai. Tidak guna bercakap lagi kalau Adelia sudah cakap begitu. Pak Mat tunggu sahajalah sampai Adelia beritahu untuk pulang.

"Pak Mat nak kawan dengan saya?" Adelia menoleh ke arah Pak Mat.

"Kenapa Ad tanya macam tu?" siapa je tak terkejut bila anak majikan sendiri soal begitu. Selama ni tak ada pula tanya begini.

"Tak ada apalah, jom balik," Adelia bangkit. Dia berjalan terlebih dahulu.

Pak Mat hanya mengangguk dan berjalan belakang Adelia. Buat pertama kalinya, Adelia tidak menjawab soalannya dengan jawapan yang betul. Pelik juga Adelia menyoal begitu. Selama ini, dia melayan Adelia sehabis baik tapi Adelia menganggap dirinya tidak mahu berkawan dengan Adelia.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now