Wah, hebat betul! Pejam celik pejam celik je dah meningkat umur. Kalau tak nak tua jangan lah pejam celik mata tu, buka aja mata jangan pejam. Baru tak tua. Tapi kalau nak sebaliknya lah kena buat.
Adelia memakai tudung selendang berwarna merah jambu. Kata Datin Anna ada tetamu mahu datang ke rumah. Meminangnya mungkin, siapa tahu kan? Ah, mengarut! Adelia sudah tanam impian dalam dirinya untuk tidak berkahwin lagi.
Satu per satu anak tangga dilangkah. Dari atas lagi dengar suara ketawa orang. Suara ni, dia pernah dengar haritu tetapi tidak tahu lah orang yang sama atau bukan. Adelia berharap orang yang sama lah, dia mahu melihat wajah kawan baik Datin Anna.
"Mama," panggil Adelia. Tak kan mahu terjah pula nanti terkejut pula kawan baik Datin Anna. Tak boleh jadi menantu lah.
"Daughter, come here," tangan Datin Anna melambai Adelia menyuruh ke mari.
Adelia berjalan mendekati Datin Anna. Wanita tua yang duduk di sebelah Datin Anna turut memandang. Alahai macam artis pula rasanya orang tengah tengok. Adelia melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Datin Anna dan kawan baik Datin Anna.
Adelia bangun cepat-cepat apabila dia terlupa bersalaman dengan kawan baik Datin Anna. Aduh, belum tua lagi dah jadi pelupa. Macam mana lah nanti tua. Entah-entah suami pun tak ingat. Jauhkan lah!
"Anak kau?" soal kawan baik Datin Anna dengan senyuman. Senyuman penuh makna kalau diperhatikan. Takutlah pula nak pandang. Rela tak pandang dari pandang.
"Adelia Ayesha," Datin Anna mengangguk. Dia memandang ke arah Adelia yang masih lagi berdiri di hadapan kawan baiknya.
"Cantik nama," tangan kanan Adelia digosok lembut. Tangannya enggan melepas tangan Adelia. Melekat dengan gam barangkali sebab itu tidak mahu lepas.
Adelia tersenyum. Alah, nama sendiri kena puji memang kena senyumlah. Cuba nama sendiri kena ejek bukan senyum dah sebaliknya jadi benda lain. Adelia memandang Datin Anna sambil menjongketkan kening.
"Tangan Ad pun cantik kan auntie," Adelia mengalihkan pandangan kepada kawan baik Datin Anna. Dari tadi memegang tangan kanannya. Tidak mahu lepas langsung.
"Cantik," dia mengangguk. Dia melepaskan tangan Adelia dan memandang wajah Adelia.
Adelia tersengih. Kali kedua kena puji! Dia pergi duduk semula ke tempat asalnya. Tak akan mahu berdiri sahaja di situ. Lenguh lah kaki nanti kalau berdiri. Ada sofa kenalah duduk, itu lah fungsi sofa bukannya untuk jadikan hiasan di dalam rumah semata-mata.
"Auntie datang sorang?" soal Adelia. Matanya meliar mencari peneman kawan baik Datin Anna. Tak akan lah datang sorang. Tapi dulu pun dia datang sorang.
"Auntie datang dengan anak auntie,"
Adelia mengangguk. Tidak mahu lah tanya siapa anaknya, siapa nama. Nanti tak pasal, dia cakap Adelia nak mengorat anaknya. Eh, tapi dia takde pula cakap anak lelaki ke perempuan.
Adelia hanya mendiamkan diri semasa Datin Anna berbual kosong dengan kawan baiknya. Tak mahu ganggu urusan orang tua.
Tadi Adelia ada nampak susuk tubuh jejaka bersama kawan baik Datin Anna tetapi anak kawan baiknya itu duduk di luar. Tak mahu masuk langsung. Tiga orang jejaka itu hanya berdiri sahaja. Mulut pula dikunci. Sudahlah di luar panas, elok sangatlah nak hitamkan kulit. Elok-elok kulit putih macam mat saleh nak pergi hitamkan. Memang tak sayang kulit betul!
Adelia mahu sahaja keluar menegur jejaka itu tetapi niatnya terbatal apabila wajah jejaka itu menikam matanya dengan tajam.
"Hmm," tubuh Adelia berguling di atas katil. Bosan duduk terperap di rumah. Nak keluar jalan-jalan malas.
Adelia menoleh ke arah telefon pintarnya apabila berbunyi. Dia mengambil dan membuka aplikasi WhatsApp. Banyak nombor yang tidak dikenali yang menghantar mesej. Semuanya dia tidak buka tetapi kali ini dia akan buka mesej yang baru sahaja diterima. Tertarik dengan nombor itu.
Unknown number
Hi, Adelia!
Let me know if you are doing well.Bagus betul dia, tanya khabar walaupun Adelia tidak kenal. Adelia menunggu mesej seterusnya.
Can we meet at Restoran Mawar?
Adelia mengetuk dagunya beberapa kali sebelum membalas. Kenal tidak, jumpa pun tidak macam mana mahu keluar bersama. Leka Adelia memikirkan, Si Dia hantar lagi mesej.
Please...
Merayu sangat ni. Adelia mahu keluar pun malas bagaimanalah Adelia mahu setuju. Adelia memikirkan dua tiga kali sebelum memberi jawapan muktamad.
Okay, send location!
Okay!
Adelia menutup telefon pintarnya dan bergegas menyiapkan diri. Baju berwarna biru gelap dipadankan dengan tudung shawl berwarna biru cerah. Adelia bersolek sedikit dan keluar dari bilik tidurnya.
"Mana ni?" tepi kepalanya digaru. Restoran Mawar sudah jumpa tetapi orangnya tidak. Adelia keluar dari Restoran Mawar dan menunggu di luar. Mungkin dia terlebih awal datang sebab itu tidak jumpa.
Adelia mencari nombor Si Dia di WhatsApp. Mahu dail sekarang ini. Adelia mendail beberapa kali sebelum dia mendengus geram. Siapa je tak marah kalau menunggu lama dengan telefon tidak angkat.
Sudah 30 minit Adelia ke hulur ke hilir. Sekejap duduk sekejap bangun. Adelia melihat sekelilingnya pun bukan dia tahu Si Dia tu wajahnya macam mana.Telefon pintarnya tidak lari daripada tangannya takut Si Dia menelefon. Namun, hampa tiada satu pun panggilan ataupun mesej daripada Si Dia.
Perlahan-lahan kedua belah kakinya berjalan ke arah Adelia. Sudah lama dia cari Adelia dan mahukan Adelia. Sekarang baru ada masa untuk dia menguruskan Adelia.
Plastik berwarna hitam disorak di belakang tubuhnya. Mujur dia memakai baju berwarna hitam tak nampak lah sangat plastik hitam yang dibawanya. Dia memandang sekeliling sebelum dia....
"Argh!"
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...