Bab 66

445 25 5
                                    

Seronok pula rasanya bila ada orang ajar cara tidur. Susah sangat nak tidur malam macam ni lah jadinya. Hari-hari Si suami kena ajar cara tidur macam mana. Kesian Si suami kena layan setiap malam kerenah Si isteri sebelum tidur. Itulah siapa suruh kahwin dengan Adelia Ayesha.

"Ha, macam ni," Harraz meniarap. Tangannya naik menutup mata kanan dan kiri Adelia. Sudah biasa dengan Adelia kalau malam buat kerenah dulu baru dapat tidur.

"Nak buka mata," tangan Harraz dialihkan. Adelia tidak mengantuk lagi mahu tidur. Dia tidak puas lagi tengok telefon, Harraz sudah merampas.

"Ayesh, Ayeed ngantuk ni," mata Harraz digosok. Sia-sia masuk bilik tidur awal tetapi tidak tidur.

"Jangan lah tidur lagi, kita main nak tak?" mata Harraz dibuka luas dengan ibu jari dan jari telunjuk Adelia. Kena tahan mata Harraz sebab mata Harraz hampir tertutup.

"Main apa lagi, Ayesh," tangan Adelia dialihkan. Harraz meletakkan kedua belah tangan Adelia pada pipinya. Jujur Harraz mengantuk yang teramat sekarang ini. Sudahlah esok pagi dia ada mesyuarat. Nak harapkan Khalif dan Rizqin tidak boleh kerana mereka menguruskan syarikat yang lain.

"Kita main ermm, ha! Kita main congkak! Nak tak?" mata Harraz ditatap. Dalam dua sahaja Harraz ni nak buka tak nak buka sahaja mata ini. Adelia bukan kisah pun yang dia kisah sekarang ini dia tak boleh tidur.

"Hm," Harraz akan membuka matanya jika tertutup. Mahu menjaga perasaan isteri yang banyak kerenah ini.

"Nak main tak?"

"How to play?" tanya Harraz dengan mata tertutup. Sumpah matanya sekarang tak boleh nak buka. Dia tahu cara bermain congkak sebenarnya tapi nak buat macam mana matanya tak boleh buka daripada bermain baik tanya.

"Dalam lubang tu dia kena letak 7 guli. Erm pastu, kena gerak sama-sama. Pastu, kalau kita letak guli tu dalam lubang yang ada guli, kita kena ambil semua guli tu pastu gerak lagi sampai lah tak de guli dalam lubang. Kalau tak de guli dalam lubang tak boleh gerak dah, dia kena stop dulu tunggu pemain satu lagi kalah," kata Adelia bersungguh. Siap membuat gaya suruh Harraz faham.

"Then?"

"Pastu kalau round kedua kena susun guli yang kita dapat dalam lubang. Kalau kita ada kosong satu lubang tu di kira erm buntuh? Buntut? Entah yang tu tak ingat. Ha, kalau ada lubang kosong tak boleh masukkan guli dalam tu, kalau buat masuk juga pemain yang tak gerak lagi tu boleh ambil," Adelia bangun. Tidak sedap bercakap sambil baring. Harraz pula hanya meniarap di atas katil sambil menganggukkan kepala.

"Okey, kita ti...,"

"Oh ya! Ada satu lagi, tikam. Ha! Kalau kita letak guli dalam lubang tu kosong ada guli kita je, kita boleh tikam untuk ambil yang depan kita,"

"Ayesh, kita tidur ya?" baru sahaja Harraz mahu menarik Adelia ke dalam dakapannya. Adelia terlebih dahulu mengundur dan menepis tangan Harraz.

"Tak nak," Adelia menyilangkan tangannya.

"Ayesh," Harraz menyebamkan wajahnya pada bantal. Mahu menangis melayan kerenah Adelia ini. Sudah tengah malam pun masih tidak mahu tidur.

Selama ini boleh lah layan sampai tengah malam kerana tiada mesyuarat. Nak pergi kerja lambat pun boleh sebab Harraz bos. Tetapi kali ini tidak boleh kerana mesyuarat diadakan pagi. Sudahnya, Harraz melayan sahaja apa yang Adelia buat.

Mujur Datin Anna mahu meneman Adelia pergi ke pantai. Kalau tidak dia sorang lah jawabnya. Itu pun belum tentu Harraz kasi keluar rumah sorang-sorang.

"Mama nak aiskrim tak? Ad nak beli aiskrim tu," Adelia memuncungkan bibirnya ke arah penjual aiskrim. Haritu pergi tak dapat makan aiskrim.

"Ad beli dekat Ad sorang je. Mama tak nak," kepala Adelia diusap. Semenjak arwah suaminya meninggal, Datin Anna tidak ada selera mahu makan.

"Betul ni?"

"Betul, daughter,"

"Okey," Adelia pergi. Datin Anna hanya menghantar Adelia dengan ekoran matanya sahaja.

"Hm, Afra," Datin Anna berjalan-jalan di tepi pantai. Nasib Adelia membawanya keluar rumah. Kalau tidak asyik teringat pada arwah Dato Adzib sahaja di dalam rumah.

"Hey!"

Datin Anna menoleh ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan itu bersama dua orang rakannya. Datin Anna cuba beranikan diri untuk pergi ke arah gerangan itu.

"Aku pergi beli air, jap,"

"Aku ikut kau,"

Dia hanya mengangguk. Malas lah nak ikut mereka berdua pergi beli air. Duduk sini pandang pandangan yang cantik lagi seronok.

"Afra," bahu Nurin disentuh lembut. Sudah lama Datin Anna mahu berjumpa dengan Nurin.

"Eh, apa ni?! Nama aku bukan Afra, nama aku Nurin," tangan Datin Anna ditepis kuat. Nurin pusing ke belakang. Main pegang sahaja bahu orang.

"Afra," air mata Datin Anna mahu keluar tetapi ditahan.

"Wait, mak Adelia right?" Nurin menjongketkan. Tak sangka boleh berjumpa dengan Datin Anna di sini buat kali kedua.

"Afra," Datin Anna cuba memegang tangan Nurin. Namun ditepis juga sekali lagi.

"Stop panggil aku Afra mak pelacur,"

Zup! Sakit hatinya apabila Nurin mengatakan dirinya begitu. Tidak sangka Nurin boleh mengatakan begitu kepada dirinya.

"Afra Adena,"

"Ish, serabut lah!" Nurin berjalan menuju ke arah Batrisya dan Sarah.

Datin Anna hanya mendiamkan diri dan menitiskan air mata. Dia mengelap air matanya apabila Adelia sudah datang dekat dengannya bersama aiskrim di tangan.

"Ibu, siapa ni?" kesemua surat salinan di dalam fail diangkat lalu digoyangkan. Sejak sekolah lagi Nurin mahu bertanya namun dia batalkan. Sekarang dia mahu tahu segalanya.

Puan Riana memusingkan tubuhnya menghadap Nurin. Tak sedap hati apabila Nurin memegang sebuah fail di tangannya. Dia berharap Nurin tidak mengetahuinya dan mendengar penjelasannya.

"Ibu?" Nurin mahu segera tahu. Dia ingin Puan Riana jujur pada dirinya. Kalau dia boleh buat apa yang Puan Riana suruh. Jadi Puan Riana juga boleh.

"Kenapa, Rin?" fail yang diangkat Nurin diturunkan perlahan. Semakin berdebar Puan Riana apabila Nurin memandang dirinya dan fail selisih berganti.

"Sebab ni ke ibu tak pernah kasi Nurin tengok surat beranak?" Nurin mengawal suaranya. Nak marah rasanya apabila ditipu hidup-hidup dengan ibu kandung sendiri. Tak pernah dia rasa dirinya ditipu.

"Tu bukan Rin punya," Puan Riana mengambil fail di tangan Nurin.

"Kalau bukan Rin punya siapa punya?" Nurin yakin surat beranak itu dia punya. Dia dan Puan Riana sahaja berada di rumah ini tiada orang lain pun tumpang.

"Nama Rin, Nurin kan? Nama dalam ni bukan Nurin. Rin baca tak nama ni?" fail dibuka dan mengambil surat salinan. Puan Riana menunjuk sebaris nama yang ditulis di dalam surat salinan itu.

"Erm," Nurin menggeleng. Memang dia tak baca langsung tapi dia yakin itu surat beranaknya. Kali ini dia betul-betul hairan kerana nama itu serupa dengan Datin Anna memanggilnya.

Nurin melangkah masuk ke dalam biliknya. Masih keliru dengan Puan Riana. Selama ini setiap kali cikgu meminta surat salinan ic atau surat beranak mesti Puan Riana yang mahu beri. Tengok orang lain tiada ibu bapa yang memberi. Semuanya beri sendiri pada cikgu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now