Sepanjang duduk di rumah ini, Adelia patuh sahaja apa yang Harraz arah seperti jangan keluar rumah, jangan pernah buka pintu dan macam-macam lagilah. Selalunya ada sahaja ingin membantah. Bagus juga Adelia mendengar tetapi dalam masa yang sama Harraz pelik dengan Adelia sekarang.
"Jom pergi shopping," ajak Harraz. Dalam tempoh perkahwinannya tiga bulan tidak pernah lagi dia membawa Adelia keluar rumah, apatah lagi berbulan madu. Tanya Adelia pun jawapannya mesti tidak mahu.
"Tak nak," Adelia menekup wajahnya dengan bantal. Dia rela duduk di dalam rumah daripada keluar rumah. Tidak kisah sama ada Harraz ikut sekali ataupun tidak.
"Honeymoon, jom," ajak Harraz lagi. Sebelum ini nak keluar sangat kalau dia tidak memberi keizinan. Ini keluar rumah pun tidak mahu bila dapat keizinan.
"Tak nak," Adelia menggeleng. Berbulan madu di dalam rumah sahajalah. Lagi seronok berbanding di luar.
"Semua tak nak. Ayeed pun tak nak lah ni," Harraz menghadap siling bilik tidur. Tidak tahu bagaimana mahu bawa Adelia berjalan-jalan. Dia takut Adelia tidak tahu ada manusia lain lagi yang wujud selain dirinya sahaja.
"Nak," Adelia menghadap ke kiri. Dia mengesot sedikit mendekati Harraz. Tubuh Harraz dipeluk erat. Suami yang cukup sempurna baginya tak akan lah tidak mahu.
"Tadi tak nak," pelukan Adelia dibalas. Jarang Adelia memeluknya dahulu kalau bukan Harraz yang mula.
"Tak nak pergi lain bukan tak nak Ayeed," terang Adelia.
"Jom, honeymoon," pipi Adelia dicucuk. Tenggelam jari Harraz berada di pipi Adelia.
"Tak nak,"
"Nak baby pun tak boleh," jari Harraz berhenti mencucuk pipi Adelia. Suami merajuk dengan isteri dikatakan. Dia bukan apa, bila dia tengok orang lain kahwin sahaja mahu pergi berbulan madu lain pula dengan Adelia ni.
"Ish," tangan Adelia naik memukul lengan Harraz. Suka sangat kata begitu sampai nak mengadu pada Datin Qayla yang dia tidak beri anak kepada Harraz.
"Jomlah, pergi honeymoon," baju Adelia ditarik-tarik. Sekali pandang nampak macam budak kecil paksa seorang ibu membeli aiskrim.
"Ayesh tak nak keluar. Ayesh takut," terluah juga perasaan Adelia selama ini. Duduk di rumah ini dia mula merasa takut. Kalau Harraz pergi ke kerja dia akan cepat-cepat masuk ke dalam bilik tidur dan kunci. Harraz balik barulah dia keluar.
"Why? Hm," Harraz mahu meneka, dia takut andaiannya salah. Tetapi apabila difikirkan balik tidak mungkin andaiannya salah kerana memang itu dari awal mereka target.
"Ada orang hantar darah setiap kali Ayeed pergi kerja," Adelia membenamkan wajahnya pada leher Harraz. Bila diimbas kembali kotak ataupun kad yang diisi darah itu selalu buatnya tidak tidur lena.
"Tak berani nak keluar rumah dah,"
"Selama ni tak nak dengar cakap Ayeed kenapa?" tanya Harraz. Sebelum ni bukan main degil lagi. Bila dah kena baru nak dengar cakap.
"Nak dengarlah ni,"
"Hm," tubuh kecil Adelia dipeluk. Adelia ni kalau sudah takut memang akan dengar sepenuhnya arahan Harraz. Itu okey lagi, kalau Adelia kena culik, lepas tu dengar cakap penculik itu yang bahaya.
"Lain kali dengar, jangan degil," Harraz memperingati Adelia. Adelia tidak keluar rumah dia boleh percaya tetapi Adelia tidak degil itu yang dia susah nak percaya.
"Okey,"
"Jangan okey je tapi buat juga," pipi Adelia dipegang. Wajah Adelia ditatap bukan boleh percaya sangat. Takut pula Harraz nak percaya dengan Adelia ni.
"Okey," Adelia tersenyum. Dia membalas tatapan Harraz.
"Ayesh masak nasi dagang!" jerit Adelia dari dapur. Dia tahu Harraz berada dalam bilik kerja jadi dia menjerit sahajalah. Tidak mahu masuk mengganggu Harraz buat kerja.
Adelia diam. Dia menutup makanan yang sudah siap terhidang dengan penutup saji. Dia menuju ke arah bilik kerja Harraz yang terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan tangga. Baru sahaja Adelia ingin mengetuk pintu kerja suara Harraz kedengaran.
"Aku kasi,"
"Adelia Ayesha,"
"Deal,"
Sekarang ni, Adelia betul-betul tak faham kenapa namanya disebut. Harraz ada membuat perjanjian dengan orang luar ke yang Harraz akan serahkan Adelia pada orang lain selepas mereka berdua sah menjadi suami sendiri.
Adelia menggengam tangannya. Sakit hati dengan Harraz yang ingin menyerahkan dirinya kepada orang lain. Kalau tidak suka buat cara tidak suka. Lepas dengan elok bukan beri kepada orang lain. Ini satu lagi yang dia tidak suka pada lelaki, kalau nak ambil, kalau tak nak buang macam sampah.
Harraz membuka pintu kerja. Terkejut dia melihat Adelia di hadapan pintu dengan air mata mengalir. Harraz cuba memegang Adelia namun tangannya ditepis kuat.
"Ayeed jahat. Kalau tak nak cerai je tak payah kasi Ayesh dekat orang," Adelia melangkah selangkah ke belakang. Walaupun emosinya tengah marah dengan Harraz, dia masih lagi isteri sah Harraz. Jadi, dia tidak boleh hilang hormat kepada Harraz.
"Kenapa ni sampai cerai?" tubuh Adelia cuba untuk dipegang. Namun, Adelia lebih pantas mengelak. Tiba-tiba sahaja keluar perkataan cerai daripada mulut Adelia sendiri.
"Ayesh, kenapa ni?" Harraz cuba memujuk. Dia ingin tahu kenapa Adelia menyebut pasal cerai. Rasanya tadi mereka berdua baik sahaja tiada pula sesi gaduh suami isteri.
"Ayesh dengar Ayeed cakap tadi," makin lebat air mata Adelia. Harraz ingat Adelia pekak tidak mendengar segala perbualannya tadi.
"No, no. Itu bukan...,"
"Tipu! Kalau tak Ayeed tak akan cakap harga diri Ayesh berapa sen nak jual dekat dia!" Adelia menangis terduduk. Sakit hatinya mendengar suami sendiri ingin menjual dirinya kepada lelaki lain. Macam dia fikir selama ini perkahwinan tidak indah langsung.
"Ayesh...," Harraz turut duduk. Dia ingin memegang tangan Adelia sekali lagi namun ditepis juga. Tidak pernah lagi Adelia menepis berkali-kali tangannya jika ingin memegang Adelia.
"Ayeed cakap Ayeed kasi murah sebab Ayeed dah sentuh Ayesh. Lepastu, Ayeed cakap kalau Ayeed tak sentuh Ayesh lagi baru kasi mahal. Ayeed jahat," Adelia membiarkan air matanya mengalir di pipi. Isteri mana tak sakit hati kalau suami sendiri sanggup menjual isteri kepada orang lain. Susah nak percaya jika Harraz mata duitan kerana Harraz sudah mempunyai banyak harta.
Makin Harraz ke depan, makin ke belakang Adelia. Tidak mahu dekat dengan Harraz walaupun seinci. Harraz berkahwin dengannya hanya ingin mainkan perasaan perempuannya. Selama ini dia fikir Harraz menyayangi sepenuh hati namun tanggapannya silap.
"Ayesh bukan pelacur kalau nak badan Ayesh kena bayar. Ayesh tak nak jadi pelacur," Adelia berhenti bergerak. Belakangnya terhalang dengan sofa. Kini dia berhadapan dengan Harraz secara berdekatan.
"No, you're not a whore," wajah Harraz didekat dengan wajah Adelia. Hidung mereka bertemu. Harraz menggeselkan hidung mancungnya dengan hidung mancung Adelia.
Adelia tidak berhenti menangis. Dia menatap wajah Harraz dengan perasaan ragu-ragu. Dia sendiri dengar perbualan Harraz begitu. Tidak mungkin dia tersalah dengar atau mungkin betul tetapi Harraz sahaja tidak mahu mengaku. Adelia ingatkan jika dia berkahwin dengan Ikhwan akan dilakukan begini namun jika dengan Harraz pun serupa sahaja.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...