𝔍𝔘𝔖𝔗 𝔄 𝔉𝔈𝔚 𝔐𝔒ℜ𝔈 𝔖𝔗𝔈𝔓𝔖.
Kertas kecil beserta darah itu membuatkan perkara negatif di dalam fikiran. Tidak faham apa tujuan cikgu membuat pelbagai tulisan berbeza yang sedikit sukar untuk difahami. Kali ini dapat pula tulisan bersama titisan darah di atas kertas.
Mata meliar memandang sekeliling. Masih ada lagi anak panah. Tujuan untuk cikgu tulis semua ini masih lagi menjadi tanda tanya di dalam fikiran masing-masing. Sudah ada anak panah tidak perlulah menulis semua ini.
"Aku tak faham," kertas kecil yang mempunyai titisan darah itu diambil daripada tangan Adelia. Mahu membaca dengan teliti apa yang dituliskan.
"Just a few more steps?" serentak Adelia dan Nurin bersuara di belakang Ikhwan yang memegang kertas itu. Dalam fikiran masing-masing itu yang dapat difaham oleh mereka berdua. Walaupun ada titisan darah di atas tulisan itu.
"Sure?" soal Ikhwan meminta kepastian. Dia bangkit dari tempat duduknya untuk meneruskan perjalanan apabila mendapat anggukan daripada Adelia dan Nurin.
"Jom," Zafuan menyengetkan sedikit kepala menyuruh untuk mengikut Ikhwan dari belakang.
Ahli lain hanya mengangguk tanda setuju. Takut yang menguasai diri buang jauh-jauh. Ingat sahaja pesan Adelia dan Nurin supaya hadapi sahaja mungkin cikgu sengaja membuat begini untuk menakut-nakutkan mereka semua.
W̶A̶I̶T̶ A̶N̶D̶ L̶O̶O̶K̶ F̶O̶R̶W̶A̶R̶D̶
"Wait and look forward," kertas besar yang berada di tanah dibaca serentak. Masing-masing memandang satu sama lain sebelum memandang hadapan.
"Maksudnya?" soal junior lelaki hairan. Pandang di hadapan tiada apa-apa langsung.
"Look!" jerit salah seorang ahli kumpulan dua. Dia menunjuk ke hadapan ke arah seseorang.
Kumpulan satu memandang ke arah suara itu. Mereka juga baru perasan kumpulan dua berada di situ. Tanpa membuang masa mereka semua mendekati satu sama lain.
Adelia tidak berganjak dari tempat itu. Kertas besar itu diperhati dengan penuh teliti. Sekali pandang seperti tulisan biasa yang ditulis dengan pen merah tetapi bila perhati dengan teliti merah itu ialah darah. Bila diperhati juga terdapat tulisan kecil yang ditulis 'have fun'.
"Ad,"
"Adelia,"
Terhenti lamunan Adelia memikirkan tentang kertas itu. Dia mengangkat muka memandang kumpulan satu dan kumpulan dua yang sedang melambai-lambai ke arahnya untuk pergi ke sana.
"Ad, sini!" jerit Khalif. Geram sungguh melihat Adelia berdiri di situ seperti patung. Orang sudah terjerit-jerit memanggilnya, boleh pula membuat aksi diam seperti patung.
Adelia tersengih. Dia berlari menuju ke arah kumpulannya itu. Kini mereka sudah berjumpa dengan kumpulan satu, jadi mereka perlu berikan kerjasama pada kumpulan itu.
"What did you see earlier?" sebelah kening Harraz diangkat. Lama juga Adelia memandang bawah.
"Ada kertas dekat situ," ibu jari Adelia menunjuk ke arah belakang.
"Kertas apa?" soal Rizqin.
"Kertas tu cikgu tulis dengan darah," Adelia berkata bersungguh. Dia pasti ahli kumpulannya tidak tahu tulisan itu ditulis dengan darah. Kalau tahu sudah lama mereka kecoh.
Harraz bergegas menuju ke arah tempat Adelia tadi. Dia juga dapat apa yang dikatakan oleh Adelia. Yang membuat hairan baginya kenapa cikgu tidak cakap pun yang cikgu akan berbuat demikian.
Khalif dan Rizqin berpandangan sebelum mengikut setiap langkah Harraz. Adelia pula hanya terkebil-kebil memandang tingkah laku mereka bertiga.
"Ad, sini cepat," tangan Nurin melambai ke arah Adelia yang masih memerhati tiga orang jejaka itu.
"Okey," Adelia bersuara perlahan. Dia memandang sekilas memerhati tiga orang jejaka itu sebelum berlari menuju ke arah Nurin bersama beberapa orang yang sedang berkumpul.
Unggun api di kelilingi oleh kumpulan satu dan kumpulan dua. Masing-masing duduk dengan gaya tersendiri. Ada yang bersandar di pokok, duduk bersila dan macam-macam.
Fikiran melayang jauh memikirkan jalan keluar di kawasan tengah hutan. Cikgu Cheung telah memberitahu kepada semua yang mereka akan sampai ke kawasan khemah semula hari ini juga.
"Don't think too much," Harraz duduk bersandar di pokok. Mata dipejam rapat.
"Kenapa tadi?" badan dipusingkan menghadap Harraz di sebelah.
Harraz membuka matanya dan menoleh ke arah Adelia. Kening diangkat sebelah.
"Yang ada darah dekat kertas tu,"
"Cikgu sengaja nak uji kita aje," Rizqin bersuara bagi pihak Harraz. Dia melabuhkan punggung di sebelah Harraz.
"Uji? Sampai malam? Bukan cikgu cakap akan sampai hari ni ke dekat kawasan perkhemahan tu semula?" berkerut dahi Adelia mengingat semua Cikgu Cheung beritahu pagi tadi sebelum mereka semua masuk ke dalam hutan.
"Nampak sangat tak korek telinga, kan cikgu ada cakap semula yang kita tak semestinya sampai hari ni sebab lokasi kumpulan lain-lain. Ada kumpulan sampai hari ni, esok atau lusa," reka Rizqin. Suara yang dilontarkan oleh Rizqin membuatkan Adelia percaya kata-kata itu.
"Kita tidur dekat sini?" keadaan sekeliling diperhati. Rumput yang sedikit panjang, pokok yang banyak dengan kerengga besar, di tanah pula terdapat kaca dan kayu.
Harraz mengangguk. Walaupun tiada khemah ataupun tikar plastik untuk tidur, mereka semua tetap akan tidur di dalam hutan. Kalau tidak tidur di sini mahu tidur di mana lagi.
"Tapi kotor," mendapat sahaja anggukan daripada Harraz, Adelia sudah menggelengkan kepala. Mustahil betul mahu tidur dalam keadaan begini. Kotornya bukan sedikit tetapi banyak.
"Kita cuba kemaskan sikit tempat ni, kaca dengan kayu tu kita cuba buang tapi perlu kerjasama masing-masing. Kalau nak cepat siaplah," Rizqin memandang ke arah beberapa orang yang sedang berbual dan termenung.
"Lelaki tidur belah kiri, perempuan tidur belah kanan," cadang Rizqin lagi.
"Sandar dekat pokok?" soal Adelia. Sudahlah ada pokok yang banyak kerengga.
"Kerengga nanti boleh buang, Khal ada bawa penyembur serangga," Harraz bicara tanpa memandang Adelia.
Adelia mengangguk faham.
Tiga tepukan yang kuat membuat semua orang menoleh ke arah tepukan itu. Khalif sedang berdiri di tengah-tengah bulatan.
"Jom, kemas sikit tempat ni. Nanti nak tidur pula," arahan diberi oleh Khalif.
Semua ahli kumpulan setuju. Kalau tidak kemas, bagaimana mahu tidur dengan kaca dan kayu yang berada di bawah tanah itu.
Disebalik pokok ada dua orang memakai pakaian serba hitam. Dari tadi mereka berdua berhati sahaja gerak-geri mereka semua.
Rancangan dua orang pakaian serba hitam itu telah berjaya membawa mereka semua ke tengah hutan. Itu adalah rancangan pertama. Rancangan kedua, mereka berdua akan teruskan tidak lama lagi.
Dalam diam salah seorang daripada mereka mengambil gambar semua orang berada di situ yang sedang mengemas tempat itu. Mereka berdua menguntumkan senyuman sinis sebelum menutup telefon pintar itu dan memasukkan ke dalam kocek seluar.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
قصص عامة"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...