Gigitan Harraz dengan drakula lebih kurang je. Sama-sama sakit! Harraz bukan tinggalkan lovebite tetapi tinggalkan kesan gigitannya. Bentuk tu sebiji macam gigi drakula. Lain kali bagi Harraz makan darah je senang tak payah Adelia masak nasi.
"Ayesh, lapar," bahu Adelia menjadi tempat kepala Harraz mendarat.
"Ayeshhh, Ayeed lapar," bahu Adelia digoncang. Sudah berapa kali Harraz beritahu Adelia yang dia lapar tetapi tidak dilayan.
"Tadi dah makan kan," perli Adelia. Tadi bukan main kuat lagi gigit leher Adelia. Sudahlah tinggal kesan gigitan. Kesan gigitan tu tak boleh nak bezakan darkular ataupun Harraz gigit. Tiada beza langsung.
"Tadi makan Ayesh je, nak makan nasi," pipi Adelia dicucuk dengan jari telunjuk Harraz.
"Makan jugakan," Adelia membiarkan jari Harraz bermain di pipinya. Dia memandang sahaja televisyen di hadapannya dengan tangan disilangkan.
"Tadi gigit je tak lebih pun sebab tu tak kenyang," pipi Adelia ditarik kuat. Mana kenyang kalau tidak masak tak masuk dalam perut pun.
"Kalau lebih dah kenyang dah," Harraz tersengih.
"Iyalah, iyalah," Adelia bangun. Lagi lama dia duduk lagi Harraz merapu. Baik dia hidangkan nasi. Dia pun memang lapar dari tadi.
"Nak pergi pantai!" tubuh Harraz ditolak kuat sehingga jatuh katil. Adelia mahu tuntut janji Harraz dengannya tadi. Katanya Harraz akan membawa Adelia ke mana sahaja Adelia mahu.
"Aduh, Ayesh," belakang Harraz digosok. Ini kalau orang lain kena tolakan Adelia mesti patah tulang belakang. Nak balas balik pun tak sempat.
"Jomlah," Adelia turun. Dia duduk di sebelah Harraz dengan wajah comel. Entah kenapa dia mahu keluar pergi pantai kali ini. Sebelum ini bukan main takut lagi pergi keluar ke mana-mana.
"Haritu cakap takut nak keluar rumah," Harraz membetulkan tubuhnya. Dia mengundur sedikit ke belakang dan menyandarkan tubuhnya di nightstand.
"Tapi nak pergi pantai,"
"Iya, iya. Kita pergi. Jangan macam ni," kecut perut Harraz apabila Adelia ingin melompat atas pehanya. Dia bukannya batu untuk lompat. Batu lain cerita lah, keras pun keras.
"Boleh ke?" wajah Adelia didekatkan dengan wajah Harraz. Dia mengerdipkan mata beberapa kali.
"Iya, Ayesh," kepala Adelia diusap. Lain betul Adelia ni. Nak kata ambil isteri orang lain tak mungkin kerana ini memang Adelia. Kenapa perangai Adelia pelik sejak akhir-akhir ni? Bila orang bagi dia tak nak. Bila tak bagi dia nak. Haish, pening Harraz dibuatnya.
"Yeayyy! Pergi pantai!" tubuh Harraz dipeluk kuat sebelum Adelia bangun pergi menyiapkan diri.
Bukan main seronok Adelia dapat pergi pantai. Tapi itulah Adelia sahaja yang seronok bukan Harraz. Harraz ni bukan main juga, bukan main sangat-sangat bila tengok Adelia nak masuk ke dalam air pantai itu.
"Ayesh," tangan Adelia ditarik. Risau Harraz kalau Adelia masuk ke dalam air pantai itu. Nanti terhanyut pula tubuh kecil Adelia. Adelia bukan reti berenang pun.
"Jangan lah tarik," Adelia menarik tangannya semula. Tidak suka apabila tangannya ditarik keluar. Dia mahu main lagi air pantai itu.
"Ada aiskrim lah, Ayesh," Harraz menunjukkan wajah teruja dengan harapan Adelia akan keluar semula dan datang ke arahnya.
"Pergilah beli nanti bawa datang sini," Adelia tersengih. Dia bermain dengan air pantai. Seluarnya sudah selamat basah terkena air pantai itu. Mujur sampai peha sahaja, kalau baju memang Harraz marah kerana dia memakai baju berwarna putih.
Mahu menangis Harraz mendengar balasan Adelia. Dia mahu Adelia keluar tetapi Adelia pula kata begitu. Harraz berjalan untuk membeli aiskrim. Beli sahaja dulu nanti dia menarik Adelia keluar.
"Omg! Our prostitute is here!" pipinya ditekup menandakan dia terkejut kerana terserempak dengan Adelia di pantai ini.
"Whore kita main air lah,"
"Ciri-ciri pelacur nak lemas ni,"
Adelia terdiam. Dia tidak tengok pun sudah tahu siapa yang memanggil begitu. Bukannya berubah pun suara mereka bertiga. Adelia mengabaikan mereka bertiga dan menyambung bermain air. Dia datang sini mahu main air bukan mahu bergaduh tidak tentu pasal.
"Whore, pandang lah sini," Nurin duduk bercangkung. Ombak yang terkena di kakinya dibiarkan. Nak masuk pergi dekat dengan Adelia dia tidak mahu baju dan seluarnya basah. Jadi dia bercangkung jauh sedikit dengan Adelia.
"Kenapa whore sombong ni?"
Setiap kali Nurin atau salah seorang daripada mereka bertiga mula berbicara Adelia akan maju ke hadapan supaya jauh dengan mereka bertiga dan tidak mendengar suara. Sakit hati bila dipanggil begitu.
"Opps!"
Nurin memejam matanya. Siapa yang berani membaling benda di belakangnya. Terasa sejuk di belakang. Nurin meraba belakangnya, dia membawa tangannya ke hadapan dan melihat tangannya. Membulat matanya melihat aiskrim yang dibaling bukan satu tetapi dua.
Batrisya dan Sarah diam. Mereka berdua menoleh ke arah gerangan yang membalik aiskrim itu. Alangkah terkejutnya Mat Salleh yang membalik aiskrim itu. Nurin turut terkejut melihat gerangan itu.
"Mat Salleh, kau pahal ha?!" Nurin berlari untuk mendekati jejaka itu. Tak padan dengan orang luar nak baling aiskrim dekat orang Malaysia.
Adelia menoleh bukan main kuat lagi suara Nurin menjerit. Adelia memerhati dari jauh. Dia tersenyum sambil menepuk tangan. Harraz sudah datang!
"Ayeed," panggil Adelia perlahan. Dia berjalan dalam air untuk mendekati Harraz dan Nurin.
"Eh, jangan Rin," tangan Nurin ditarik. Sarah membisikkan sesuatu di telinga Nurin sebelum Nurin mendiamkan diri. Dia rasa tekaannya betul.
"Harraz?" tanya Nurin kepada dua orang rakannya. Susah nak percaya itu Harraz kerana kulitnya begitu cerah. Kalah orang lain.
"Ayeed!" tubuh Harraz dipeluk. Terasa bangga sekejap apabila suami sendiri membalas pelukannya di situ. Dia mendongak melihat Harraz dengan tatapan meminta pertolongan.
"Hm," kepala Adelia yang dilapikkan tudung diusap. Harraz nampak Adelia makin jauh di dalam pantai tadi kerana Batrisya, Sarah dan Nurin. Sebab itu sampai sahaja di belakang Nurin, Harraz terus membaling aiskrim itu. Kalau ada parang di tangan dia sanggup baling.
"Wait wait. Harraz, you bayar whore ni berapa sampai dia sanggup peluk you?" tangan kanan Batrisya diangkat separa dada dan menggoyangkan. Alangkah terkejutnya melihat Adelia memeluk Harraz di hadapannya.
"Tak suka lah macam ni," rungut Adelia perlahan dalam pelukan Harraz. Dia menyebamkan wajahnya pada dada Harraz.
Ternaik bibir Harraz mendengar rungut Adelia. Dengar sangat kalau Adelia ni cakap. Dia sahaja lah dapat mendengar kerana dekat dengan Adelia.
"Harraz, I'm talking to you," Batrisya mendekati Harraz. Tubuh Adelia di dalam pelukan Harraz ditolak. Sakit hati betul melihat Harraz dan Adelia berpelukan di hadapannya.
"She's my wife, bullshit," pelukan dieratkan supaya Adelia tidak jatuh dengan tolakan Batrisya. Tubuh Batrisya ditolak kuat sebelum mereka berdua beredar.
"What?!"
"Adelia isteri Harraz?!"
"Impossible!"
Susah mahu percaya Adelia sudah berkahwin dengan Harraz pula tu. Selama ini mereka bertiga menggelar Adelia dengan panggilan whore tidak berkesan lah pada Harraz. Orang lain benci tetapi Harraz tidak. Berkemungkinan besar Khalif dan Rizqin pun tidak.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Fiksi Umum"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...