Bab 68

295 22 4
                                    

Harraz memang suka menyakitkan hati Adelia. Baru Adelia faham maksud Harraz isteri kedua. Boleh pula Harraz menduakan dirinya dengan kerja Harraz. Tak patut betul. Kali ni sumpah nak bercakap dengan Harraz sepatah dua sahaja sama macam Harraz bercakap di sekolah dahulu.

"Ayesh,"

Adelia diam. Dia menatap Harraz seketika kemudian menjeling. Ini kalau perangai macam Harraz kena jeling biar lah suami sekali pun memang kali ini dia tidak kisah langsung. Nak cop isteri derhaka pun tak kisah.

"Ayesh, kenapa ni?" Harraz turut duduk di sebelah Adelia. Tangan kanan Harraz diletakkan atas kepala Adelia untuk mengusap.

"Ish, tak payah sibuk," tangan Harraz di atas kepala Adelia ditepis. Sibuk je kerja. Sebab tu isteri kedua Harraz kerja.

"Ayeed nak pergi office ni," bahu Adelia dipegang lembut. Tangan kiri Harraz mengelus rambut panjang Adelia. Pagi-pagi lagi dah bersama dengan wajah marah.

"Pergilah dekat situ ada isteri kedua Ayeed kan. Nanti buat anak pun dengan dia, jangan buat dengan Ayesh," Adelia menyilangkan tangannya. Walaupun Harraz memegang bahunya untuk menghadap Harraz, kepalanya tetap menoleh ke arah lain.

"Alaa, isteri kedua Ayeed tu tak hidup. Nak dengan Ayesh je," pipi Adelia dicucuk. Rasanya sebab inilah Adelia bangun pagi dengan wajah marah.

"Ayeed janganlah pergi kerja, duduk je dekat rumah," Adelia memeluk leher Harraz sehingga Harraz jatuh terbaring. Tidak puas lagi bermanja dengan Harraz.

"Tak boleh, Ayesh," rambut Adelia dibetulkan. Harraz merapikan rambut Adelia dan meletakkan ke belakang. Tadi bukan main suruh pergi.

"Boleh lah, Ayeed kan pemilik H.Q holding," Adelia menekup kedua pipi Harraz. Tak akan lah pemilik syarikat tak boleh nak ponteng kerja sehari.

"Tak boleh, hari ni ada meeting penting," Harraz tersenyum mendengar nama syarikatnya sendiri. Dato Haris yang membina syarikat itu dan beri kepada Harraz sebelum dia meninggal dunia lagi.

"H.Q holding," Harraz memejam matanya. Nama syarikat yang mungkin semua orang anggap tiada makna namun baginya singkatan itu paling bermakna dalam hidupnya.

"Sorry," Adelia bangun daripada menindih tubuh Harraz. Dia hampir terlupa singkatan itu. Kata Harraz singkatan itu ialah singkatan daripada nama arwah Dato Haris dan arwah Datin Qayla.

"Arwah papa ada kasi company untuk diuruskan bukan? Ayesh uruskan company tu," pipi Adelia digenggam. Entah kenapa Harraz berasa Adelia makin berisi sekarang.

"Tak nak, tak suka. Ayeed je lah uruskan," Adelia menggelengkan kepala beberapa kali. Dari awal memang dia tidak suka menguruskan syarikat. Selok-belok syarikat pun dia tidak tahu.

"Ishhh," pipi Adelia dicium geram sebelum Harraz berdiri tegak. Sudah lambat dia ingin ke kerja kerana melayan Adelia.

"Ayeed dah lambat ni," Harraz menggosok kepala Adelia kuat sehingga rambut menjadi serabai.

"Iyalah," Adelia turut berdiri. Hantar Harraz depan pintu je. Nak keluar dia ingat lagi pesanan Harraz awal perkahwinan. Dia pun sudah trauma dengan apa yang telah jadi di rumah ini.

Masuk sahaja dunia Tuan Zareed pasti akan terjadi pembunuhan. Tidak kisah sesiapa yang masuk, tidak kira hubungan dengannya siapa. Pantang nampak orang senang, pasti Tuan Zareed akan usaha membunuh.

"Arraz,"

"Khal! Riz!" mahu tercabut jantungnya mendengar suara dua beradik susuannya yang lemah itu. Kali ini apa yang telah terjadi pun dia tidak tahu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now