"Mum...mummy," tersendu-sendan suara Khalif memanggil Datin Qayla di ruang tamu. Dia perlu mengadu kepada Datin Qayla. Tadi dia sudah mengadu kepada Harraz dan Rizqin tetapi tidak dilayan.
"Khalif gagal," Khalif melontarkan kepala pada bahu Datin Qayla. Mengadu pada Datin Qayla sahajalah. Kalau Datin Qayla tidak layan juga, dia akan membawa diri masuk ke alam lain.
"Gagal apa ni, sayang?" soal Datin Qayla. Datang sahaja terus cakap gagal. Mana tak peliknya. Kepala Khalif diusap lembut.
"SPM," kepala diangkat dan melihat wajah Datin Qayla. Air mata dibiarkan sahaja. Kalau depan Datin Qayla, Khalif tidak malu untuk menangis.
"Keputusan dah keluar?" berkerut dahi Datin Qayla. Baru sahaja periksa hari ni tetapi dah keluar keputusan. Cepat betul.
"Belum," Khalif menggeleng. Mana mungkin keluar hari ini sedangkan peperiksaan baru sahaja mula.
Datin Qayla diam. Dia menunggu Khalif menyambung berbicara. Mahu tahu juga kenapa Khalif sudah tahu gagal.
"Khalif tak jawab soalan periksa yang belakang sekali. Soalan tu markah banyak," mata yang berair di sapu dengan tangan Khalif. Dia memandang wajah Datin Qayla meminta simpati.
"Alolo, anak mummy ni manja lah," tubuh Khalif dipeluk. Belakang anak susuannya di usap lembut. Anaknya menangis kerana tidak menjawab soalan rupanya.
"Mummy, Khal betul-betul tak jawab," pelukan Datin Qayla dibalas. Ada juga yang melayannya daripada Harraz dan Rizqin tidak melayan langsung.
"Iya, sayang. Kita doa supaya Khal tetap cemerlang dan tak gagal okey? Tak semestinya kita jawab tu akan betul," dengan berdoa sahaja boleh meminta. Nak harapkan Datin Qayla pergi jumpa cikgu di sekolah semata-mata nak cakap Khalif tidak menjawab soalan belakang memang tidak akan punya.
Khalif mengangguk dalam pelukan Datin Qayla. Layanan Datin Qayla kepada dirinya dan Rizqin semua sama seperti mana Datin Qayla memberi kepada Harraz.
"Nak peluk juga," Rizqin berlari mendapatkan Datin Qayla. Mana boleh Khalif sahaja mendapat pelukan Datin Qayla. Dia dan Harraz tadi lagi memerhati Khalif mengadu pada Datin Qayla.
Datin Qayla memeluk tubuh dua orang anak susuannya. Kasih sayangnya tidak akan pernah berubah dan tidak akan sesekali.
"Pergi mandi nanti turun makan," pelukan dileraikan. Dahi Khalif dan Rizqin dikucup lembut.
Mereka berdua mengangguk dan menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik masing-masing.
"Arraz," panggil Datin Qayla lembut. Dia perasan dari tadi Harraz memerhati dirinya dan adik-adik susuannya. Datin Qayla mendepakan tangan.
Harraz mendiamkan diri. Tidak tahu sama ada mahu pergi ataupun tidak. Dia sudah lama tidak memeluk wanita tua itu merangkap ibu kandungnya sendiri. Kali terakhir dia memeluk pada tarikh arwah Dato Haris meninggal.
"Arraz," sekali lagi suara Datin Qayla memanggil.
Harraz dengan teragak-agak pergi berjalan perlahan-lahan dan duduk di sebelah Datin Qayla. Datin Qayla yang masih setia mendepakan tangan, Harraz masuk mendapatkan pelukan ibu kandungnya. Sudah lama dia tidak berpeluk begini. Kalau masa kecil memang selalu dapat pelukan begini. Tetapi semuanya berubah semenjak arwah Dato Haris meninggal.
"Mama rindu Arraz," semakin erat tubuh anaknya dipeluk. Ini merupakan pertama kali Datin Qayla memeluk Harraz selepas arwah suaminya meninggal dunia.
"Arraz minta maaf, mummy," tangan Harraz memeluk tubuh tua itu. Air mata Harraz keluar. Sudah lama tidak begini. Dia rindu pelukan seorang ibu dan kali ini dia dapat pelukan itu.
"Arraz tak buat salah dengan mummy. Mummy harap Arraz tak teruskan niat Arraz selama ni. Kalau arwah daddy tahu niat Arraz mesti arwah daddy kecewa," kepala Harraz diusap. Air mata Datin Qayla jatuh.
"Mummy jangan nangis," Harraz mengusap belakang Datin Qayla. Dia tidak meleraikan langsung pelukan itu. Dia sendiri tidak tahu ingin mendengar ataupun tidak dengan permintaan Datin Qayla. Kalau dia mendengar, keluarganya juga akan terancam. Kalau tidak, Datin Qayla pula kecewa. Dia memejam mata rapat dalam pelukan Datin Qayla.
"Baa!"
Dato Adzib menggosok dadanya akibat terkejut dengan suara seorang gadis yang tiba-tiba sahaja masuk.
"Hahaha," geli hati Adelia melihat Dato Adzib begitu.
Dato Adzib mula memandang tajam ke arah anak gadisnya. Fail di atas meja diambil dan memukul bahu Adelia dengan fail. Kalau dia pengsan tadi macam mana? Tidak berfikir panjang betul Adelia ni.
"Aduh, papa," Adelia mengosok bahunya. Sakit apabila dipukul dengan fail. Bukan perlahan tetapi kuat. Nasib baik tulang bahunya kukuh kalau tidak cacat sebelah.
"Padan muka," Dato Adzib menjeling Adelia dan kembali membuat kerjanya.
"Papa busy lagi ke?" tanya Adelia. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Dato Adzib.
"Kenapa datang office papa?" pertanyaan Adelia dibiarkan.
"Saja, bosan duduk kat rumah," Adelia memandang Dato Adzib yang masih lagi sibuk dengan kerja.
"Mama tahu, Ad datang sini?" Dato Adzib menoleh ke arah Adelia sambil mengangkat sebelah kening.
"Tahu," Adelia mengangguk laju apabila disoal oleh Dato Adzib. Dia datang sini memang dengan kebenaran Datin Anna sendiri.
"Nah, pergi main jauh-jauh," duit diambil dari dompet lalu menghulur kepada Adelia. Dia hendak membuat kerja pun tidak selesa.
"Still tak nak, Ad bosan bukan nak duit," tangan Dato Adzib berisi duit itu ditolak jauh darinya. Apa Dato Adzib ingat dirinya mata duitan ke? Bukan Adelia lah kalau mata duitan.
"Dekat situ ada bahan bacaan pergi baca, papa nak sambung buat kerja," jari telunjuk menunjuk ke arah buku-buku yang berada di atas meja.
Tanpa banyak songeh Adelia terus mendapatkan buku-buku tersebut. Buku novel Isteri Rasulullah menjadi pilihan. Buku novel dibelek-belek satu per satu.
"Omo omo. Sweetnya!"
"Why you are too sweet Rasulullah? You treat Aisyah like a princess, you know. Arghh, Rasullullah stop being sweet!," Adelia membaringkan tubuhnya di atas sofa dalam pejabat Dato Adzib. Sesekali dia menutup wajahnya sendiri apabila scene sweet Rasullullah bersama Aisyah dibaca.
"Ya Dato, meeting akan dimulakan pada pukul 3:30 petang," kata seorang jejaka yang berdiri di hadapan Dato Adzib.
"Baik. Terima kasih, Shah," Dato Adzib mengangguk dan menoleh sekilas ke arah Shah.
"Sama-sama," Shah menunduk sedikit tanda hormat sebelum keluar dari bilik. Shah merupakan pembantu peribadi Dato Adzib. Shah ini boleh dikatakan sudah lama bekerja di sini.
"Papa saya busy lagilah nampaknya," Adelia bersuara. Dia baru sahaja bangun dari tidur dan mendengar perbualan Dato Adzib dengan Shah.
"Yes, tak lama lagi anak papa lah pula busy," Dato Adzib mengemas fail yang berselerak di atas meja ke tempat asal. Dia mengambil beberapa buah fail yang penting untuk mesyuarat sebentar lagi.
"No,"
"Yes,"
"No, papa. I don't want it,"
"You will," Dato Adzib berjalan meninggalkan anak gadisnya keseorangan di dalam biliknya.
"Ish, papa ni suka buat keputusan tak bincang dulu," Adelia mencebik. Dia berjalan ke arah kerusi Dato Adzib. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelum dia memusingkan kerusi itu.
"Kesian Khalif tak dapat jawab soalan akhir sekali," Adelia teringat akan Khalif yang sudah menangis di hadapannya akibat tidak menjawab. Adelia tersengih.
"Khalif, Khalif,"
![](https://img.wattpad.com/cover/312792890-288-k814972.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Fiction générale"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...