"Mummy tidur je bukan mati!" Harraz menumbuk dinding hospital. Sukar baginya mahu percaya kerana Datin Qayla sudah berjanji dengannya untuk sentiasa berada di sisinya sepanjang masa.
"Arraz!" Rizqin cuba menghalang. Dia memegang tangan Harraz sampailah dia sendiri yang jatuh kerana tolakan Harraz.
"Riz," Khalif menolong Rizqin. Dia membawa Rizqin duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dia sendiri tidak berani mengatakan apa-apa kerana kematian keluarga Harraz menyebabkan dirinya.
"Aku nak mummy balik!" rambut Harraz dicengkam kuat. Dia membalikkan tubuhnya dan jatuhkan perlahan-lahan tubuhnya yang bersandar di dinding.
"Ayeed, jangan macam ni," pujuk Adelia. Dia memandang sekeliling. Ramai orang memerhati mereka semua yang berada di sini. Naik malu dirinya dengan mata memandang.
"Diamlah!" tengking Harraz. Dia menepis tangan Adelia yang mahu memegang dirinya. Dia memandang tajam ke arah Adelia sebelum dia menjeling.
"Ayeed,"
"Kau diam boleh tak? Semua ni salah kau tahu tak? Mummy mati disebabkan kau! Kalau lah aku tak bodoh sangat pilih kau semua ni tak akan terjadi! Jangan kacau hidup aku!" Harraz merenung tajam Adelia sepuasnya.
"Arraz, dia isteri kau," nampak sahaja perubahan riak wajah Adelia, Rizqin terus membela Adelia. Tidak boleh juga salahkan Adelia kerana bukan dia yang mahu.
"Kalau tak pernah rasa kehilangan jangan bisinglah!"
"Tak pernah rasa kehilangan? Papa baru je meninggal hari ni. Sama tarikh dan hari dengan mummy. Tak pernah rasa kehilangan ke orang panggil tu?" Adelia menahan air mata. Dia sendiri terkejut dengan panggilan Datin Anna yang mengatakan Dato Adzib sudah tiada.
"Kau kehilangan papa masa kau dah besar. Sekurang-kurangnya kau dapat rasa kasih sayang seorang ayah dah lama. Aku? Masa kecil tak tahu apa-apa lagi daddy dah meninggal. Hidup kau tak sama macam aku,"
"Berambuslah," halau Harraz. Dia merapatkan kakinya dengan tubuh. dia meletakkan kepalanya di atas lutut.
Adelia terdiam. Dia pergi ke arah lain daripada duduk di sini baik dia pergi melawat Datin Anna. Mujurlah sama hospital. Senang dia mahu berulang-alik. Dia juga sedih kehilangan Datin Qayla walaupun Datin Qayla bukanlah ibu kandungnya.
"Bersyukur Arraz. Kau tak seteruk aku dengan Khalif. Kitaorang tak pernah dapat kasih sayang ibu ayah kandung kitaorang dari lahir lagi. Keluar je terus kena buang," kalau nak dibandingkan dengan Adelia tidak patutlah. Banding dengan Khalif dan Rizqin ini yang sudah pasti tidak mendapat kasih sayang.
"Kau dapat kasih sayang mummy dengan daddy," wajah Khalif dan Rizqin dipandang.
"Kitaorang pun rasa kehilangan mummy dengan daddy," Khalif cuba bersuara. Dia mendekati Harraz. Dia memeluk tubuh sasa Harraz.
"Aku nak mummy balik. Aku menyesal tak pilih mummy," Harraz memejam matanya rapat.
"Salah aku juga sebab ayah aku sendiri yang buat mummy," Khalif menahan air matanya. Tidak sangka disebabkan jaga Khalif, orang lain kena buru. Jadinya, selama ini dia lah punca yang membuat keluarga Harraz merana.
"Jangan salahkan sesiapa. Kan mummy dah pesan kita adik-beradik," Rizqin turut turun ke bawah dan duduk di atas lantai bersama-sama. Dia memeluk tubuh Harraz dan Khalif.
"Aku minta maaf," Harraz membalas pelukan. Mereka bertiga sudah seperti adik-beradik kandung. Susah senang mereka bertiga selalu bersama.
"Minta maaf dengan Adelia. Kesian dia, dia pun kehilangan ayah dia," kata Khalif. Rizqin hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Papa,"
"Kenapa tinggal Ad? Papa kan sayang Ad. Janganlah tinggal Ad. Nanti siapa nak teman Ad pergi shopping kalau papa tak ada. Nanti siapa nak layan kerenah Ad? Papa tak nak layan Ad dah ke?" pipi Dato Adzib diusap. Adelia menitiskan air matanya. Tidak percaya Dato Adzib meninggalkannya.
"Daughter, biar papa tenang," pipi Adelia dilap dengan tangan tua Datin Anna.
"Kalau papa tak pergi outstation mesti semua ni tak akan jadi," Adelia merenung wajah Dato Adzib. Dia kembali berjumpa dengan Dato Adzib pun semasa sudah meninggal. Sebelum ini Harraz sibuk dengan kerja sebab itu tidak pergi ke rumah untuk melawat.
"Jangan salahkan takdir," kepala Adelia diusap. Datin Anna ingin memberi semangat kepada Adelia tetapi dia sendiri lemah melihat suaminya.
Adelia diam. Dia memandang Datin Anna dengan senyuman. Dia tidak boleh nampak lemah. Dia sahaja sekarang ini Datin Anna ada.
"Mama tak makan lagi. Jom kita pergi makan. Kalau tak nak makan minum air pun jadilah," Adelia menarik tangan Datin Anna. Datin Anna tersenyum sebelum dia memandang belakang semula untuk melihat Dato Adzib.
"Ad jalan dulu," Adelia patuh. Dia berjalan keluar dan menutup semula pintu.
"Papa dah meninggal, Afra. Papa tak sempat nak jumpa Afra. Datanglah Afra tengok papa," Datin Anna tersenyum. Dia berjalan keluar meninggalkan Dato Adzib.
"Ayesh," Harraz memegang tangan Adelia. Rasa bersalah pula tengking Adelia di hospital tadi.
"Kenapa, Ayeed?" ruang di sebelah Harraz diambil. Adelia duduk menghadap Harraz yang memanggilnya. Dari reaksi muka Harraz, nampak sangat terkejut. Tidak tahu kenapa reaksinya begitu.
"Sorry," tubuh Adelia dipeluk. Terasa pelik apabila Adelia melayannya dengan baik. Iya lah tadi bukan main lagi Harraz tengking Adelia siap halau lagi.
Adelia terdiam. Otaknya ligat berfikir mengapa Harraz meminta maaf. Rasanya Harraz tidak berbuat salah hari ini dengannya tetapi kenapa minta maaf. Adelia memandang sedalam-dalamnya mata biru Harraz.
"Kenapa?"
"Ayeed marah Ayesh. Pastu tengking Ayesh. Pastu halau Ayesh," Harraz melonggarkan pelukan. Tak akan lah Adelia tidak ingat apa yang dia telah buat.
"Oh, pastu pastu?" Adelia ketawa. Lucu pula dengan wajah Harraz yang sedih dengan cara cakap itu. Dia menekup pipi Harraz dan menggoyangkan kepala Harraz ke kiri ke kanan.
"Ayesh! Ayeed tak main-main ni. Ayeed betul betul nak minta maaf," tangan Adelia dipegang. Boleh pula Adelia bermain semasa dia meminta maaf.
"Iya, betul betul betul," makin kuat ketawa Adelia.
"Ayesh, sorry," kedua belah tangan Harraz diletakkan atas bahu Adelia. Dia memegang bahu Adelia dan merenung mata Adelia. Dia membiarkan Adelia memegang pipinya.
"Ala, tak kisah pun. Time tu kan Ayeed tengah sedih. Kalau Ayesh duduk tempat Ayeed pun akan buat benda yang sama. Ayesh pun akan salahkan diri Ayesh kalau duduk dekat tempat Ayeed. Jangan risau, okey? Ayesh tak kisah pun," pipi Harraz ditarik. Adelia mengucup cepat pipi kanan Harraz sebelum mencubit berkali-kali. Dia sendiri akan membuat keputusan seperti Harraz jika dia duduk di tempat Harraz. Baginya tiada masalah langsung ingin memaafkan Harraz.
"Sorry,"
"Okey,"
"Nak kiss lagi," Harraz menarik rapat tubuh Adelia dengan tubuhnya. Dia menghalakan pipinya pada bibir Adelia.
"Eee, cukup sekali je lah. Nak lebih-lebih pula," pipi Harraz ditolak. Adelia cuba melepaskan tangan Harraz yang sudah melingkari pinggangnya.
"Lepaslah,"
"Kejaplah,"
"Tetamu kat bawah siapa nak layan," pipi Harraz dipegang. Kesian tiada siapa yang melayan tetamu di bawah. Tak akan nak harapkan Datin Anna, Khalif dan Rizqin pula.
"Iyalah," Harraz melepaskan rangkulan. Dia bangun dan membetulkan baju melayunya yang berwarna hitam. Adelia juga turut bangun dan mengambil tudung shawl hitamnya. Dia membetulkan jubah hitamnya. Mereka berdua turun bersama-sama ke bawah.
![](https://img.wattpad.com/cover/312792890-288-k814972.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Aktuelle Literatur"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...