Part 1

1.5K 19 6
                                    

"tu..itu..kecoak tu..kill it!" Mr Farel cakap.

"ha? cowok?" sy bilang sambil pusing kiri kanan mencari.

"masa(tak kan) cowok sih? kecoak lah..itu! di sana tu!"

"kecoak? apa tu?" sy bilang.

"ihhh! itu..di sana tu!" sambil Mr Farel tunjuk2 di anak tangga rumah dia.

Aduh ni lelaki ni, sy ingat apa lah tadi. Sy drive malam-malam dari rumah untuk ini ja ka? Aduiii 

"Ooo..kecoak, maksud sir lipas?"

"ya iya lah, masa cowok sih" masih lagi dia berdiri di belakang sy.

"yalah, bunyi pun dekat2 sama kan.. cowok, kecoak..lebih kurang kan?"

===============================
===============================

"Sorry Daphne, bukan juga apa, tapi aunty pun cari makan dari pungut sewa ja ni, harap ko faham la ah"

"Iya aunty, sy faham"

Sewa rumah, kalau ni bulan nda dapat kerja juga masuk 3 bulan sudah tidak berbayar dan 3 bulan sudah sy tidak bekerja gara-gara company lama bankrupt. Tuan rumah pun sudah dua bulan bagi peluang, nasib juga tuan rumah dia ni bukan jenis yg menagih macam ah long bukit beruntung. Walaupun cuma studio apartment, sewa dia boleh tahan tinggi juga sebab terletak berhampiran pusat bandar.

Hari ni sy ada interview kerja jam 2 petang. Harap-harap interview kerja kali ni sangkut la. Sy request grab dalam jam 1 lebih, tapi macam tiada grab yg available masa tu. Sy tengok jam tangan sy, jam pun mau dekat jam 1 setengah sudah. Habis lah kalau lambat. Mau nda mau sy terpaksa naik bas. Bas pun berhenti-henti punya bas, harap-harap sy nda lambat sampai. Balik-balik sy tengok jam, macam la tu masa pandai terhenti kalau sy balik-balik tengok.

Sampai ja tempat perhentian sy, sy cepat-cepat turun. Masa sy turun tu ada satu lagi lelaki turun di tempat yg sama. Sebenarnya nda juga sy mau peduli dia, tapi sy perasan macam dia ikut sy rapat betul di belakang sy. Sy jalan laju, dia pun jalan laju. Sy pergi tepi, dia pun ikut juga dari belakang pergi tepi. Nda juga sy takut sangat masa tu sebab ramai juga pejalan kaki lain yg ada di sana. Tapi still sy rasa nda selesa kena ikut rapat-rapat macam tu. Dia punya rapat tu kan, jarak dia macam satu atau dua kaki macam tu dari sy. Last-last, sy berhenti mengejut. Lelaki tu pun berhenti mengejut juga ikut sy.

Sy tarik nafas, sy pusing belakang "excuse me, are you following me?"

Dari penampilan dia, nda nampak macam orang yg biasa naik bas sebab dia pakai kemeja lengan panjang yg dia lipat sampai paras siku. Di lengan dia yg sebelah lagi pegang jacket dan beg yg nampak macam beg laptop. Nda juga nampak macam orang jahat. Berpeluh betul dia, sudah lah dia pakai baju warna kelabu, tambah ketara dia berpeluh habis. Jadi dari pandangan sy, mungkin dia pun pergi interview juga.

"Hello sir" sy lambai-lambai tangan sy di depan muka dia sebab dia nda jawab soalan sy "ko ikut sy ka ni?"

Nda juga dia jawab. Dia diam ja tengok sy. Bisu kali dia ni.

"jangan lagi ikut sy..err..kalau kita dalam jalan yg sama please jalan jauh-jauh dari sy, sy nda selesa" terus sy pusing cepat-cepat untuk sambung perjalanan tanpa tunggu dia jawab apa-apa. Tapi baru sy pusing, sy rasa lengan sy kena tarik. Sy pusing mau marah sudah sebab pandai-pandai pegang orang. Sudah lah nda kenal.

Lelaki tu tarik lengan sy supaya dekat dengan badan dia. Terus pelan-pelan dia kasi dekat muka dia dengan muka sy. Sy takut, sy terus tutup mata. Sy nda tau kenapa sy tutup mata, tapi tu lah tindakan spontan sy. Dalam sy tutup mata tu sy dapat rasa nafas dia di telinga sy.

"wear this, cover your back" lelaki tu bisik telinga sy dan bagi sy jacket yg dia pegang, terus dia jalan. Sy terpinga-pinga di tengah jalan. Sy tengok jacket yg dia letak di tangan sy, terus sy tengok tu lelaki. Aik, hilang sudah. Nda sudah nampak mana tu lelaki.

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now