Dari dalam bilik sy boleh dengar bunyi sudu dan gelas kaca berlaga. Mungkin Farel di dapur. Sy bangun dan betul, memang Farel di dapur. Rumah sy ni senang ja, keluar bilik ja nampak sudah dapur, pusing kiri nampak sudah ruang tamu. Nama pun studio apartment.
"eh, sayangnya mas udah bangun ya" sy yg masa tu masih gosok-gosok mata senyum ja dengan Farel.
Farel jalan ke arah sy dan kiss bibir sy "pagi sayang, sarapan yuk"
"mas buat breakfast?"
"iya"
"apa yg mas masak?" sy tanya sambil tarik kerusi untuk duduk di meja makan yg ngam-ngam boleh muat dua orang ja. Sy hairan juga apa dia masak sebab makanan di rumah sy belum top up lagi. Tau la kalau tinggal satu orang ni. Lagipun baru ja balik dari rumah Farel kan, jadi belum ada masa top up makanan.
"tadaa"
"awww mas, that so thoughtful of you" terharu sy dengan sarapan Farel walaupun cuma mee segera ja dengan telur. Lagipun sy hargai effort dia untuk sediakan sy sarapan since dia ni, selalunya orang lain yg sediakan dia sarapan. Jadi bila dia sediakan sy sarapan, walaupun mee segera ja sy rasa special sudah.
"how was your sleep last night sayang? ada mimpi mas enggak?"
"hmm..semalam tu mo mimpi indah sama mas, tapi kena reject" sy saja buat muka sedih. Sy tiada mimpi apa-apa pun sebenarnya.
"loh sayang, kamu gak ngerti, mas enggak reject kamu sayang" muka dia risau sudah. Dia takut betul sy salah faham.
"mas nda mau sy" masih lagi sy muram. Saja mau usik Farel.
"loh bukan yang, bukannya mas gak mau kamu, kan mas udah jelasin ke kamu sayang" tapi dia macam serious pula. Memang dia ni lurus kali bab bab bercinta ni.
"hehe..jangan risau la mas, sy main-main ja" sy cakap sambil makan mee segera yg dia masak tadi "sedap mas masak, thank you"
"sedap apaan, namanya juga mee segera"
"ni lain la mas, ada rasa kasih sayang..hehe"
"kamu itu ya, ada ada aja, udah, makan, ntar kembang jadi gak enak"
Tiba-tiba telefon sy berbunyi. Telefon sy ni jarang berbunyi, selalunya message ja masuk. Dulu kalau bukan mama sy, mesti si Joshua. Tapi since si Joshua tu sudah terbuang dari list, ni mesti mama sy. Sy berdiri untuk ambil handphone sy di bilik dan terus pasang speaker supaya sy boleh bercakap sambil makan.
"iya ma, kenapa tu?"
"jangan lupa minggu depan ah Daph"
"kenapa minggu depan ma?"
"Nah kan, mama sudah agak ko lupa, terlebih makan semut bah ko ni Daph"
"Hish mama ni" sy tengok si Farel tahan ketawa sudah dengar mama sy cakap macam tu "ada apa minggu depan ma?" sy betul-betul nda ingat.
"Kahwin si Girig kan"
"astaga, ya kan" sy tepuk dahi sy "lupa sudah sy ma"
"Bah, jangan lupa datang sama-sama si Joshua aa, nanti malu mama sama mama si Girig, ko tau la mulut dia tu, jangan ko nda datang pula ah"
Sy gosok-gosok dahi sy pakai jari sy "erm..ma, sy sama Joshua" sy sempat tengok Farel sekejap sebelum sambung "kami baru break ma, dia ada perempuan lain"
Lepas ja sy cakap tu mama sy terdiam sekejap. Tambah lagi sy picit-picit dahi sy.
"oh" tu ja mama sy cakap. Satu suku kata yg penuh dengan kekecewaan "nda apa bah tu Daph, apa boleh buat la, bukan jodoh ko la tu" mama sy cuba sebaik mungkin untuk tapuk perasaan kecewa dia tapi sama juga sy boleh dengar dari suara dia.
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...