Part 36

213 17 2
                                    

Pagi tu sy bangun dengan satu beban yg sedikit berat di bahagian pinggang sy. Tangan Farel. Yes we slept in one bed last night. Tiada lagi satu orang tidur di atas katil, satu orang tidur di atas lantai. Kali ni kami dua-dua tidur dengan selesanya di atas katil empuk Farel.

Sempat sy amati wajah Farel sebelum bangun. Dia nampak peaceful bila tidur. Muka yg tanpa emosi tanpa stress. Sy ambil peluang untuk amati satu-satu detail di wajah dia. Dari kening dia yg nda tebal, dan nda juga terlalu nipis. Bulu mata yg panjang. Hidung, rahang and my favourite part, his lips. Sy sentuh lembut bahagian bawah bibir dia guna jari sy, tracing along his lip line. Soft and full.

Lepas tu mata Farel terbuka dan orang pertama yg dia nampak, di depan mata dia adalah sy. Then he smile dan suara pagi dia yg sexy menyapa "morning baby, why do you wake up so early? bobo dong sayang, ntar kecapean kerna gak cukup istirehatnya"

"kena singgah rumah lagi sebelum pergi kerja mas, nanti sy tiada baju kerja" beg pakaian sy dari kampung memang cukup baju, cuma sy tiada bawa baju yg sesuai untuk pergi kerja.

"kerja? gak mau ah, mas mau bobo aja seharian sama sayangnya mas..mmmm" terus dia peluk pinggang sy dengan kaki dia dia silangkan di kaki sy macam sedang peluk bantal peluk.

Sy tengok tangan dan kaki dia di atas badan sy sebelum pandang balik wajah dia. Dia kasi keluar lagi sisi comel dia yg pandai bermanja. Tersenyum sy tengok dia. Sy tau dia belum tidur sebab ibu jari dia masih bergerak, belai halus pinggang sy. Walaupun berlapis baju, namun tetap dapat rasa sentuhan hangat dia.

"mas, kalau mas masih mengantuk, sy drive sendiri la balik rumah, nanti sy balik sini ambil mas k"

"gak mau" tambah lagi dia kasi erat pelukan dia.

"Farel sayang, mau nda mau sy kena juga balik ambil baju, sy tiada baju sesuai untuk pergi kerja"

"mas gak kerja sayang, hari libur, bobo balik yuk"

"libur? cuti? kenapa pula cuti?" sudah la ni orang sakit-sakit pun sanggup turun kerja, tiba-tiba pandai cuti pula.

"kan public holiday sayangku Daphne"

"public holiday? tu kan hari Rabu mas, hari ni hari Isnin"

"iya iya, mas tau, mas tambah harinya"

"ha? kenapa sy nda tau? sy pun pekerja mas juga"

"iya, tapi hari liburnya mas umum waktu team building, I decided to give them extra day so that they can rest better after the exhausting team building programme, thats why I want you to stay in my house during this few days"

"tapi mas.."

"gak ada tapi tapi, bobo"

Haish dia ni ah, patut la beriya-iya bawa tidur di rumah dia. Lama-lama betul-betul pula dia tidur balik ah. Pelan-pelan sy alihkan tangan dia, mandi segala baru turun bawah.

Awal sy turun bawah kali ni. Jadi sy ambil peluang untuk tinjau kawasan rumah Farel. Selama sy kerja nda pernah sy tengok area lain di rumah dia. Paling-paling pun, ruang tamu, dapur, halaman depan, dan yg terbaru bilik dia.

Sy jalan perlahan-lahan limpas setiap ruang dalam rumah. Dalam sy berjalan tu terfikir juga sy, tiada ka gambar family dia dalam rumah? mungkin dia nda letak gambar family supaya dia nda teringat kejadian yg nda bagus tu kali.

Sy jalan lagi limpas satu ruang yg luas. Macam ruang tamu, mungkin ni ruang tamu kedua, atau tempat gathering kalau ada ramai-ramai. Cuma ni tempat tiada tv macam di ruang tamu yg satu lagi. Di ruang ni ada piano ja, grand piano. Siapa yg main piano dalam rumah ni? nda sy ambil peduli, sy explore ja satu rumah tu, sy nampak satu tempat lagi tertutup tapi dikelilingi dinding kaca yg ada view luar rumah. Semua peralatan gym, peralatan exercise ada di sana. Selalu sy nampak nda full view sebab dari jauh, ni kali baru sy nampak keseluruhan tempat workout dalam tu rumah. Patut la elok ja badan si Farel..eh..ke situ pula..hehe

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now