Ting!
Pintu lift terbuka. Indah betul view dalam lift masa tu. Indah sampai ke tahap berapi-api, sampai berbintang-bintang pandangan sy.
It's Joshua & Amanda.
Jadi sy rasa dorang datang kerja bersama sebab lift baru naik dari basement parking lot.
Farel masuk ja dalam lift dengan muka serius dia, macam tiada apa-apa yg berlaku tempoh hari antara dia dan Joshua. Sy macam biasa ikut ja di sebelah Farel. Sakit hati jangan cakap la, macam kena siat-siat ja tu hati masa tu. Nda ko sakit hati tu kawan satu kampung ko make out sama boyfriend ko, lepas tu worst part is dia tiada rasa bersalah pun. Dalam otak sy, sy tarik-tarik sudah rambut si Amanda, nasib sy masih waras.
Tiba-tiba Farel tunduk sikit untuk kasi dekat bibir dia di telinga sy dan bisik "the best revenge is move on and be happy, now smile honey, show them that you're happy" terus dia berdiri tegak balik di posisi asal. Honey? sy salah dengar kali, tapi betul cakap Farel.
Sy dongak ke tepi supaya sy boleh tengok muka Farel dan senyum sambil cakap "Thank you". And to my surprise, Farel senyum balik and wink. Jatuh jantung sy sekejap. Mana sudah jantung sy tu ah, sy pungut dulu balik..hehe..
Ting! sampai tingkat di mana Amanda sepatutnya turun. Macam shit la bah dia manja-manja minta kiss si Joshua sebelum berpisah. Joshua pun dengan bangga kiss pipi Amanda. Tapi Amanda nda puas hati kunun kena kiss di pipi, dia mau Joshua kiss dia di bibir. Joshua pun ikut juga kemahuan Amanda, dengan bangga lagi buat macam tu depan sy dan Farel. Yalah, dapat model kan, bangga la dia. Model cantik lagi tu, apa la juga mau banding dengan sy yg driver-driver ja, muka pun biasa-biasa ja, make up pun ala kadar. Nda macam si Amanda tu, make up tebal, cantik, famous lagi di media sosial, jadi wajar la dia bangga ada girlfriend macam tu. Teringat sy balik hari tu dia cakap yg Amanda yg goda dia. Kena goda konon..phuii! Sakit hati? Jealous? ofcourse la! sy nda boleh tipu diri sendiri, benda ni bukan jadi 3 bulan lalu. Benda ni jadi baru beberapa hari, mesti lah sy masih sakit hati. Tapi sy tunduk ja la, pura-pura tengok handphone.
Lift tertutup dan sambung naik untuk ke office Farel dan tempat kerja Joshua. Dulu sy rasa happy dapat kerja satu tingkat, satu ruang dengan Joshua. Tapi sekarang rasa dia macam hari-hari sakit hati kalau pergi kerja. Walaupun kebanyakan masa sy berada dalam office Farel, nda juga nampak muka dia, tapi sama juga sakit hati. Setiap kali sy nampak dia sy teringat balik kenangan masa sama-sama dia. Kalau ingat balik, dia bukan juga jahat, atau sy ja yg nda sedar apa yg dia buat di belakang sy. Haish! kalau ikut ni mulut, memang cakap malas mau fikir, tapi ni otak macam balik-balik buat siaran ulangan apa yg sy nampak di kereta, di lift tadi, kalau boleh unsubscribe nda apa juga.
Di office Farel, sy duduk di sofa tempat sy selalu duduk. Sy ambil buku dan baca, cuba untuk alihkan perhatian dari apa yg sy sedang fikir. Tapi ni kali buku pun kalah bah, masih juga otak sy fikir pasal si Joshua palui tu. Adui wahai otak, tolong lah stop fikir pasal tu lelaki.
"Mas, hari ni mas tiada meeting di mana-mana?" Last-last sy terpaksa kacau Farel. Panggilan mas tu semakin kurang tersasul dari bibir sy. Macam semakin terbiasa panggil dia macam tu.
"erm..menurut Nia jam 2 nanti, kenapa?" terkelip kelip mata sy dengar Farel guna soft tone dengan sy di pejabat dia, selalunya dia jawab macam mau nda mau ja.
"err..tiada, sy tanya ja" terus sy sambung baca buku. Tangan sy ja pegang buku, tapi fikiran sy melayang-layang entah pergi mana.
"yang bener ni gak ada apa-apa?" Farel tanya. Actually sy mau cakap sy bosan duduk pejabat, sy mau dia busy meeting pergi sana sini supaya ni otak pun nda terlampau fikir pasal tu lelaki buaya tu. Tapi bila dengar Farel cakap dengan sy dengan tone suara yang lembut, terlupa sy niat sebenar sy.
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...