"what? dia tarik diri? tapi klien kan maunya sama dia doang" pagi-pagi lagi kencang sudah Mr Farel. Dengan telefon yg dikepit antara bahu dan telinganya, sambil-sambil dia pakai necktie, dia signal tangan ja dengan sy sebagai arahan yg dia sudah ready untuk pergi kerja.
Sy pun cepat-cepat berdiri untuk start kereta. Dalam kereta dia masih lagi bercakap di telefon.
"Jadi gimana?"
"aku? emangnya kenapa?"
"what the.."
"iya, aku ke sana sekarang" terus Mr Farel tutup telefon dia.
"Damn it!" Dia hentak tangan dia di paha dia. Uish, marah betul dia ni "kita ke Hotel Star sekarang"
"baik sir" sy ikut ja cakap dia dan terus drive ke tempat yg diarahkan.
Sampai ja sana sy kasi turun dia di lobby hotel dan terus park kereta. Selalunya kalau dia meeting di hotel sy akan tunggu dia di lobby hotel. Sebelum turun kereta, memang menjadi kebiasaan sy untuk cek keadaan kereta untuk pastikan tiada barang berharga tertinggal di dalam kereta. Walaupun cermin kereta dia tinted, tapi sy still lebih suka berjaga-jaga. Masa cek tu seat belakang, sy ternampak handphone Mr Farel, mesti dia terlupa ni sebab kelam kabut keluar. Entah apa la yg urgent betul. Jadi sy keluar, sy bawa sekali handphone dia.
Nda susah cari Mr Farel sebab sy masuk-masuk ja lobby hotel, sy nampak sudah dia sedang bercakap dengan seorang perempuan berambut perang. Kalau dari pemakaian dia, rasanya dia tu model. Nampak macam Mr Farel sedang berbincang dengan dia pasal sesuatu yg penting. Sy pelan-pelan berjalan ke arah Mr Farel untuk bagi dia handphone dia.
Makin sy dekat makin jelas muka tu perempuan. Muka dia familiar, tapi sy nda pasti sama ada itu dia atau tidak. Mungkin juga sy salah orang, jadi sy nda ambil peduli sangat pasal tu.
"Sorry to interrupt, but sir, you forgot your phone" sambil sy hulur handphone dia. Mr Farel ambil dari tangan sy sambil cakap thank you.
"Daphne? are you Daphne?" tu perempuan tegur sy. Memang confirm la dia la orang yg sy kenal tu, Amanda.
"Amanda?" sy cakap.
"Iya Daphne, oh my god, I can't believe it's you" Amanda berdiri dan terus peluk sy. Mr Farel tengok ja kami dua berpeluk "apa khabar ko Daph?"
"hehe..baik, begitu begitu ja ni, makin lawa ko sekarang kan" sy cakap dengan Amanda. Memang betul dia semakin cantik.
"tiada la" terus Amanda bisik sy di telinga "sy ada buat plastic surgery sikit di Thailand, tu la cantik sikit..hehe" dia buat pengakuan sambil tutup mulut dia. Patut la makin cantik.
"anyway Daph, apa ko buat sini?" Amanda cakap.
"oh, sy kerja dengan Mr Farel, sebagai.."
"she's my PA" tiba-tiba Mr Farel mencelah. Sy tengok Mr Farel dengan muka hairan, tapi riak wajah dia macam biasa ja walaupun dia sedang menipu. Amanda pun nda juga curiga sangat sebab walaupun sy driver, sy tetap berbaju formal setiap hari, kadang dengan pencil skirt, kadang dengan seluar, jadi memang nda nampak macam driver sangat. Cuma kasut ja la nda pakai kasut tinggi.
"I see" Amanda cakap "kalau macam tu, sy mau berbincang dengan Daphne pasal contract sy"
Mr Farel angguk kepala ja sambil angkat tangan tanda memberi kebenaran untuk kami dua berbincang. Amanda tarik tangan sy supaya kami jauh dari Mr Farel.
"astaga! kenapa lagi ko cakap mau bincang dengan sy ni Manda, bukan sy tau apa-apa pasal skop kerja kamu ni" sy cakap dengan Amanda sambil berbisik-bisik.
"shhh, ko diam-diam ja, kita pura-pura ja berbincang, lepas tu nanti ko cakap ja sy minta naik bayaran dan atur balik jadual, gitu ja" hish si Amanda ni, ada-ada ja.
"ko ingat kita main masak-masak ka ni di kampung sampai mau main pura-pura segala" cara sy bercakap pun macam sedang lakukan jenayah besar ja. Macam penjenayah yg takut kehadiran polis.
"ko ikut ja cakap sy, buat muka serius ko, kening tu kasi berkerut sikit, lepas tu cakap ja la apa-apa" arah si Amanda.
"macam ni?" sy cakap sambil berkerut kening.
"hish! jangan la terlampau, berkerut sikit ja" sy ikut la juga arahan si Manda.
"macam ni?"
"iyaa, lepas tu ko pegang lengan sy, cepat!" Sy pun pegang la lengan dia. Terus dia tepis pula tangan sy dari pegang lengan dia.
"tadi ko suruh pegang kan?" sy cakap lepas dia kasi lari tangan sy.
"hish ko ni Daph, ko ikut ja cakap sy" si Amanda cakap. Sempat lagi mata sy curi tengok Mr Farel, nampak macam dia resah sikit.
"Manda, apa ba kita buat ni?" dari tadi sy ikut arahan dia tanpa tau tujuan.
"hehe..ok la, jom balik pergi tempat si Farel, tapi ingat apa sy cakap tadi tu" si Amanda cakap sambil ketawa-ketawa.
"err..iya, harap-harap sy ingat la ah onton"
"ihh Daphne bah, jangan panggil sy onton di sini, malu la sy" yalah, muka sudah lawa-lawa tiba-tiba kena panggil onton..hahaha "ingat tu apa sy cakap tadi, jangan ko lupa"
"iya la bah, sy ingat juga tu"
"good, mari kita pergi tempat dia"
Kami dua pun berjalan ke arah Mr Farel. Amanda dengan jalan model dan muka yg dibuat-buat sombong tu terus cakap dengan Mr Farel.
"ada apa-apa, boleh tanya Daphne, sy sudah bagitau dia apa yg sy mau" terus dia jalan keluar dari lobby sambil pakai sunglasses dia. Fuh! berbeza betul dengan onton, I mean Amanda yg sy kenal di kampung.
"what did she want?" Mr Farel terus tanya sy lepas Amanda hilang dari pandangan.
"dia mau kasi up lagi payment dia dan jadual dia disusun semula sir, kalau nda dia nda mau bekerjasama dengan syarikat sir sebab dia ada dapat tawaran yg lebih bagus di luar"
"hmph! sombong amat ni orang" Mr Farel cakap sambil cekak pinggang. Sy diam ja la. High demand juga si Amanda ni. Sy garu-garu belakang telinga sy yg nda gatal bila dengar cakap Mr Farel.
"yaudah, ayo ke kantor"
"ok sir"
Sampai ja office Mr Farel terus bagitau Nia apa yg perlu buat pasal contract Amanda. Nia angguk faham dan terus keluar dari office Mr Farel.
"erm..Daphne" selepas Nia keluar dari office Mr Farel terus panggil sy.
"yes Mr Farel?"
"thank you" dia cakap.
"err..for what sir?" sy hairan la, ni kali dia cakap 'thank you' sebab apa pula.
"for helping me dealing with Amanda just now, she can be a bit fussy but she is the gem of this company, if she refuse to renew the contract, we will lost a lot of our important clients"
"err..no big deal sir" sy cakap. Sy nda tau pula sy sudah tolong dia sesuatu yg besar, sebab tadi sy dengan Amanda macam tiada buat apa-apa ja. Tapi apa-apa pun, sy boleh nampak yg Mr Farel ni nda juga tegas ja memanjang, ada masa dia pandai lembut juga.
Mungkin kerja dengan dia ni nda juga lah teruk sangat kan.
Continue Part 6
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...