"Daph, ko sudah catat stok yg baru masuk?" tanya Linda, supervisor sy. Beza umur kami nda jauh pun, cuma 1 tahun, itu pun kalau dikira betul-betul, cuma beza bulan ja, tapi dia nampak jauh lebih matang dalam berfikir. Mungkin sebab dia sudah kahwin dan ada anak, berbanding sy yg masih bujangan ni, sebab tu cara dia berfikir jauh lebih matang dari sy.
"Daph?" Linda panggil lagi selepas sy nda respond soalan dia.
"ha?apa tu Kak?" walaupun beza nda jauh, sy tetap panggil dia kakak sebagai tanda hormat.
"hmm, ko ni Daph, sejak tu orang datang hari tu sy tengok nda sudah ko fokus kerja, ada apa-apa yg ko mo share?"
Lama sy berfikir. Sy langsung tiada cerita masalah sy dengan siapa-siapa. Mungkin sy patut share cerita sy supaya sy rasa ringan sikit. Tapi sy masih ragu-ragu mau bagitau.
"hmm..tiada la kak"
"pasal cinta?" lepas Linda cakap macam tu sy terus tengok dia. Sy senyum kelat sambil menganggguk ringan.
"jadi ko betul-betul nda mau cerita sama sy?" tanya Linda lagi.
Sy tengok dia sekejap. Dengan hati yg berat, sy cerita juga secara ringkas. Cerita punya cerita, nda sedar air mata mencurah jatuh ke pipi lagi masa tu.
"hmm..Daph Daph, kesian juga ko ni, selalunya sy kasi nasihat orang, kalau benda tu rosak, berusaha la perbaiki. Tapi dalam kes ko ni, orang tu mau kahwin sudah pula. Jadi apa yg sy boleh cakap, cuba ja la sedaya upaya untuk move on, sebab kita kenang pun tiada guna juga, sy nda rasa ko mo jadi perampas laki orang kan, jadi pelan-pelan la kasi lupa dia, memang susah, tapi biasa la tu, proses ni ambil masa, ko buat la apa-apa hobi supaya dapat distract fikiran ko dari dia, keluar sama kawan-kawan ka" Linda tepuk-tepuk ringan bahu sy.
Sy cuma mampu angguk ja la masa tu. Mungkin ada betul dia juga apa yg Linda cakap. Sy ni jarang keluar dengan kawan, boleh kira berapa kali ja sy keluar dengan kawan sepanjang sy kerja, Farel la satu-satunya orang yg sy selalu hangout sama-sama. Lepas tu sy jarang buat benda lain, untuk hobi. Mungkin sy patut cari hobi supaya sy dapat lupa Farel dengan lebih cepat.
Sy alihkan fikiran sy dengan kira stok buku. Atleast fokus kerja boleh lupa sekejap kesedihan tu. Linda pun kira stok juga sama-sama sy sambil-sambil cerita kosong. Sy tau tu dia sengaja, selalunya dia kasi biar ja sy satu orang buat kerja, kali ni dia sengaja mau temankan sy, saja bawa sy bercerita.
Bzzzttt Bzzztt Bzzzttt
Sy rasa handphone di poket belakang seluar sy bergegar. Sy cek sekejap untuk tengok siapa yg call. Macam biasa, mama sy yg call. Macam malas sy mau angkat masa tu, sy abaikan ja, nanti habis kerja sy call balik. Sy letak ja di tepi tanpa masukkan balik ke dalam poket.
Bzzzttt Bzzztttt Bzzzzttt
"angkat ja la Daph, mana tau penting kan"
Sy tengok skrin handphone sy beberapa saat sebelum jawab "apa tu ma? sy tengah kerja ni"
"Daph, bapa ko terjatuh masa dia berkebun di belakang rumah"
"ha?! jadi bapa macam mana?"
"terseliuh kaki dia, bengkak sikit, mau bawa pergi klinik tapi tiada yg tau driving di rumah ni"
"aduh, macam mana la ni, sy cuba minta cuti untuk balik ni minggu k, tapi besok pagi la mungkin, sebab mungkin sekarang kaunter tiket bas pun tutup sudah"
"bah mana saja, yg penting ko balik ni minggu, susah ni kalau tiada yg pandai bawa kereta di rumah"
"bah ya lah ma, nanti sy bagitau macam mana"
Macam macam betul, apa la nasib sy ni. Lepas satu, satu nasib malang menimpa.
"kenapa tu Daph?" Linda tanya. Mungkin dia nampak muka sy sugul ja masa tu.
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...