Extra edition (Part 3)

121 8 1
                                    

Hidup lagi pula si Amanda ni. Ni baru lah, jumpa jumpa ja terus dia bom sy ah. Nda boleh jadi ni.

"iya bah, nda sangka pula sy ada juga yg mau sy selepas ada orang nda puas hati sama sy, ko tau onton, ada orang nda puas hati sama sy, jealous betul dia sy ada pasangan hidup, baru sy tau bah yg si Greg tu pun dia yg kasi batu api, patut la dia cari perempuan lain..ish ish ish..teruk juga orang begitu kan ton"

Lepas sy kahwin baru sy tau si Amanda ni pula tukang batu api si Greg, cakap macam-macam pasal sy sampai si Greg percaya. Tu pun mama sy yg dengar dari kawan dia di kampung. Sy pun nda tau kenapa dia buat macam tu, tak kan la pasal lelaki yg dia suka di sekolah menengah dulu nda suka dia tapi suka sy. Tapi benda masa budak-budak la bah tu, lagipun bukan juga kita dapat paksa orang untuk suka kita kan. Lantak ko lah onton, yang penting sekarang sy sudah kahwin. Nasib juga relationship sy dengan Farel dulu nda public, kalau dia tau mungkin itu pun dia kacau juga. Dia nda tau tu sy kahwin dengan siapa sebab sy dengar sebelum kami kahwin, dia diberhentikan sebab langgar kontrak.

Sy tengok si Amanda dari atas sampai bawah "ko? apa ko buat sini? shopping barang baby juga? kahwin sudah ko sama si samp..eh tidak, maksud sy kahwin sudah ko sama si Joshua tu?" ee..mau sebut nama tu lelaki pun gatal-gatal lidah sy.

"saja jalan-jalan" dia jawab sambil mencebik bibir. Lepas sy tembak dia berabis nda sudah dia banyak cakap.

"mana laki ko? eh silap..ko kahwin sudah ka?" kali ni biar ni mama buyung yg jadi laser "mana sudah ayang ko si Joshua?"

"erm..ada..entah pergi mana dia tadi tu" jawab Amanda dengan acuh tak acuh. Jadi maksud dia betul la dorang dua ni sudah kahwin, tapi nda pula sy dengar yg ada majlis dorang kena buat di kampung. Ah peduli la.

"ko pula Daph? mana laki ko? begini sarat sudah tak kan la laki ko nda kasi kawan ko jalan, kesian juga ko ni dapat laki nda prihatin" Aik, ingatkan lepas sy tembak dia berabis insaf sudah dia, rupanya belum lagi. Si Farel ni pun nda tau pergi tandas kencing ka berak, mati la bah juga lambat betul.

"Bah sy jalan dulu la" si Amanda cakap. Sy terus tengok la bahagian entrance kedai mana tau ada kelibat si Joshua kan, tapi tiada juga.

"Sampai sudah laki ko?" sy tanya.

"si Josh text tadi, dia bilang dia tunggu di kedai emas di bawah, dia suruh sy turun untuk pilih rantai, sweet kan dia" si Amanda cakap dengan tangan dia di dada. Dia angkat la bah berabis si Joshua depan sy, macam la sy kisah.

"Ooo..kirim salam dia aa" sy cakap dengan muka menyampah. Sy nda tau dia perasan ka tidak muka sy masa tu, tapi kalau dia perasan pun kenapa la kan.

Lama sy pilih-pilih baju baby sambil tengok-tengok list dalam handphone, "baju, botol susu, apa lagi ni..ermm..kain popok" terbingung sy sekejap "kain popok?lampin? biar betul Farel ni" berkerut kening sy tengok list yg Farel sedia.

"sayang..muah" Farel peluk bahu sy sambil kiss kepala sy since itu ja tempat yg senang dia mau kiss dengan beza ketinggian kami.

"sayang?" hairan Farel tengok muka sy bida masa dia sampai "are you ok? is there something wrong?" Farel tengok sy dari atas sampai bawah dengan muka panic dia. Si Farel ni, baru begini sudah panic, kalau sy betul-betul terberanak di sini pengsan mungkin dia.

"lama juga mas pergi tandas" merajuk la sy ni sebab kena kasi tinggal lama-lama.

"maaf sayang" Farel kiss lagi kepala sy sambil peluk bahu sy rapat-rapat "mas gak sengaja, tadi mas ketemu sama teman lama, jadi ngobrol sebentar, maaf ya sayang" Farel gosok-gosok bahu sy dengan harapan rajuk sy reda.

"ermm" sebenarnya sy badmood bukan pasal tunggu dia lama ka apa, gara-gara terjumpa perempuan tadi tu ja. Kalau setakat menunggu ni, nda sy kisah sangat.

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now