Extra Edition (Part 4)

137 7 2
                                    

"Jadi Rel, boleh ka tu?" tanya bapa Tiana untuk kepastian.

Farel pandang sy. Walaupun dia nda bercakap tapi boleh nampak yg dia agak keberatan untuk membantu, lebih-lebih lagi bila melibatkan Tiana. Tapi dia rasa terhutang budi dengan bapa Tiana. Apa lagi bila dia menganggap bapa Tiana tu macam bapa dia juga.

"It's ok kalau ko nda dapat guide Tiana Rel, uncle nda paksa k" mungkin bapa Tiana nampak Farel agak keberatan mau bagi jawapan. Kalau Farel nda kisah dia akan setuju terus, tapi Farel ambil masa agak lama jga untuk jawab. Tapi dalam senyuman bapa Tiana tu, masih terlihat yg dia betul-betul mengharap Farel dapat bantu dia.

Sekali lagi Farel pandang sy yg sedang duduk di sebelah baby crib anak kami,Maya. Dia tau sy nda suka Tiana so dia mau jaga hati sy. Sy tau dia minta tolong sy untuk buat keputusan. Kalau ikutkan hati memang nda setuju, tapi sy nda boleh selfish. Sy tau macam mana banyak bapa Tiana tu pernah bantu Farel untuk bangkit balik selepas kematian satu family dia. Sy tau sebab Farel dengan Aunty Julie pernah ceritakan. So sy decide untuk biarkan saja dia buat sesuatu untuk balas budi bapa Tiana, walaupun cuma perkara kecil. So sy hanya mengangguk ke arah Farel, menandakan sy nda kisah kalau dia setuju.

Farel tarik nafas dan hembus dengan berat "gapapa uncle, bisa kok, kapan-kapan aja dia bisa datang ke kantor aku"

"betul ni?" bapa Tiana seakan tidak percaya yg Farel akan setuju. Farel cuma mengangguk sambil senyum.

"This means a lot to me Farel, ko tau juga macam mana keras kepala si Tiana tu kan. Kadang uncle ni pun give up mau bercakap dengan dia. Bila dia tiba-tiba terbuka hati untuk belajar business, uncle sangat happy. I really hope that she will learn a lot from you. I am very confident that you can guide her" bapa Tiana memberi sepenuh harapan dengan Farel.

Sy rasa macam menyesal pula bagi 'anggukan kebenaran' tu dengan Farel. Lebih-lebih lagi bila sy nampak senyuman si Tiana tu macam happy semacam bila nampak Farel setuju, siap peluk lengan Farel lagi. Hello? ada bini dia sini ok? Kadang-kadang sy perasan macam dia menjeling ke arah sy. Tapi mungkin tu semua cuma perasaan sy ja yg overthinking. Lagipun I trust Farel. I'm sure he will not betray my trust.

"hey!" terkejut sy bila Ari tepuk bahu sy dari belakang.

"Mas Ari ni! terkejut sy bah" laju terus jantung sy gara-gara terkejut.

"lagi ngelamun apa kamu Daph?" tanya Ari sambil duduk di sebelah sy.

"tiada lah, mas kenal dengan si Tiana tu?" sy tanya Ari. Ari terus pusingkan kepala dia ke arah Farel, Tiana dan bapa Tiana yg masa tu semakin menjauh dari tempat kami duduk.

"hish mas, jangan la bah sampai begitu ketara, jeling sikit-sikit dari tepi pun boleh kan" laju sy siku si Ari. Dia ni pun cover-cover la bah sikit kalau mau tengok orang.

"yang mana Daph? yang itu?" Ari tunjuk guna muncung mulut dia.

"bukan la mas, itu Lea, jangan mas macam-macam ah, dia tu sudah kahwin" nanti nda pasal-pasal dia pergi mengurat bini orang. Tau la si Ari ni, berani dia ni up sikit dari Farel. Tapi yg bikin hairan tu tiada yg sangkut..haha

"hehe..jadi yg mana Daph?" Ari sikit lagi mau berdiri untuk cari siapa yg sy maksudkan. Kalau sy nda tarik tangan dia supaya dia duduk balik, mungkin sudah dia berdiri. Dia ni pun macam nda faham pula cara cara mengumpat ni, mana ada orang mengumpat terang terangan.

"Mas Ari ni, cuba mas tengok Farel, perempuan yg dekat dia tu la si Tiana, tak kan la Farel nda pernah cerita pasal dia dengan mas?" kali ni tangan sy nda sudah tepuk-tepuk Maya sebab Aunty Julie sudah minta izin untuk dukung dia dan bawa kepada oma yg sedang bercerita dengan parents sy. Bila nda sudah menjaga anak, sesi mengumpat tu jadi lebih senang la kan..hehe

"oh itu, kenapa dia main pegang pegang Farel segala, dia gak tau apa yg isterinya Farel ada di sini?" cara Ari cakap pun macam nda puas hati. Dia pula yg lebih-lebih, sy yg bini ni pun marah dalam hati ja.

"gitu la dia tu, tak kan la Farel nda pernah cerita pasal perempuan tu dengan mas" bagi sy agak mustahil si Ari nda tau pasal Tiana since Ari dengan Farel ni rapat dia macam adik beradik.

"erm..pernah juga sih, tapi mas gak pernah liat orangnya, emang yg itu yg namanya Tiana?" lama Ari tenung si Tiana. Tak kan la jatuh hati pula.

"cantik juga ya" puji Ari. Well, sy nda hairan orang boleh tertarik dengan si Tiana tu. Memang dia gedik, tapi muka dan badan dia tidak dinafikan, memang cantik.

"tapi ngapain dia main pegang-pegang Farel segala? kamu gak marah apa Daph?" Ari sambung lagi marah dia.

"entah la mas" jawab sy ringkas. Malas mau luah apa yg ada dalam hati, takut terluah lebih-lebih pula dengan si Ari. Nanti si Ari yg lebih-lebih beremosi.

"Ok bah tu, I trust Farel" kepercayaan sy pada Farel tu sangat tinggi. Lagipun Farel bukan suka juga dengan si Tiana tu. Sy percaya tiada apa-apa juga akan berlaku di antara dorang. Lagipun Farel sudah kahwin, tiada apa yg Tiana dapat buat.

************************************

"Hello sayang, hari ni mas baliknya telat dikit ya, soalnya papanya Tiana ngajak dinner bareng. Bisa kan sayang?" Ni kali kedua Farel balik lambat gara-gara bapa Tiana bawa makan malam. Sy cuma iyakan saja, sy tidak mau kongkong kebebasan Farel. Sy cuma harap dia tau batas dan tidak lupa tanggungjawab ja. Lagipun nenek Farel dengan Ari masih di Sabah. Jadi sy nda rasa sunyi sangat.

"Farel pulangnya telat lagi ya Daph?" tanya nenek Farel selepas sy matikan talian. Sy cuma senyum dan mengangguk.

"hmm..Farel itu gimana sih?" keluh nenek Farel. Dia pun rasa kurang senang bila Farel buat macam ni.

Sebelum ni Farel nda pernah balik lambat hanya untuk makan malam dengan orang lain. Kalau balik lambat pun atas sebab kerja. Tapi sekurang-kurangnya dia jujur kan, dia bagitau yg dia makan malam dengan orang lain. Itu ja la sy mampu fikir untuk kasi sedap hati sendiri.

"ntar dia pulang oma mau ngomong sama dia" memang nenek Farel nampak marah.

"tiada apa-apa juga tu oma, I trust him. Lagipun Farel ada cakap yg bapa Tiana tu ada propose untuk bekerjasama dengan company Farel. Ni pun satu peluang besar dan baik juga untuk company Farel. Mungkin sebab tu lah dorang banyak keluar makan sama-sama, untuk bincang pasal kerja. Oma jangan risau la k" itu pun sy cakap untuk sedapkan hati sendiri juga. Sebenarnya memang ada perasaan curiga juga sikit tapi sy cuba buang jauh-jauh. Banyak sy dengar rumah tangga orang runtuh gara-gara terlalu curiga dengan pasangan dorang, sy nda mau hubungan sy dengan Farel rosak gara-gara sy overthinking.

***********************************

klik!

Sy terbangun gara-gara dengar bunyi pintu bilik dibuka. Mesti Farel ni. Dengan mata yg masih mengantuk sy paksa juga buka untuk tengok jam handphone yg sy letak di atas meja kecil yg bersebelahan ja dengan tempat sy tidur.

Terkejut sy bila tengok jam. Sudah jam 2 pagi. Lewat juga dia balik. Sy rasa tadi lepas makan malam sy turut tertidur di bilik selepas tidurkan Maya. Masa tu dalam jam 9 lebih. Sy expect Farel balik paling lewat pun jam 10 malam. Ni sudah jam 2 pagi, tersangat lah lewat.

Sy nampak dia terus ke kamar mandi untuk mandi. Esok ja la sy bercakap dengan dia. Sy sambung tidur.

Continue Extra Edition (Part 5)

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now