"kelmarin jatuh sepeda (basikal), hari ini juga jatuh, kamu itu emang kerjanya jatuh mulu ya?"
Balik-balik sy kelipkan mata sy untuk pastikan ini bukan mimpi. Balik-balik kelip pun sama juga dia masih ada sana.
It's Farel. Apa dia buat sini?
"what are you doing here?" Sy nda tau pun apa proper way untuk panggil dia. Sy nda mau panggil dia Mas Farel, sy nda boleh panggil dia sir sebab sy bukan pekerja dia lagi. Nama dia pun sy rasa awkward mau sebut. Jadi sy biarkan bab nama tu tergantung.
"aku mau ketemu bapa sama mama. Emang gak bisa?" dia bahasakan diri dia sebagai 'aku'. Jadi jelas lah dia datang sana cuma untuk melawat parents sy.
"tapi kenapa-" sy nda tau apa exactly soalan yg sy mau tanya. Sy memang hairan sikit. Sy nda tau pula hubungan dorang rapat sampai bila sudah putus pun masih datang melawat. Masih panggil parents sy bapa & mama. Sy ingat panggilan tu cuma valid bila kami kahwin ja "erm..nevermind" sy cakap sambil menggelengkan kepala sikit sebab malas mau berfikir. Dada sy start rasa berat sudah, jadi sebelum otak sy tukar kepada mode nangis nangis, bagus sy minta diri dulu.
"Sy jalan dulu" sy minta diri dengan Farel.
"mau ke mana kamu?" tanya Farel. Mau lari dari ko lah, apakah lembap betul otak ko ni Farel.
"mau pergi kedai" jawab sy ringkas tanpa tengok pun muka dia. Ais pun sy letak ja atas lantai tempat sy hampir jatuh tadi.
"but you just came back, kok pergi lagi?" Hish, sibuk juga. Peduli la bah! bukan juga ko kisah sy ada sana ka tidak.
"iya, sy lupa beli cumi cumi" sy cakap.
"ha? apaan tu?" kenapa juga ko menyusahkan hidup sy ni. Perlu ka sy explain apa tu cumi cumi? ha? perlu ka Farel?
"Jelly" sy jelaskan seringkas yg boleh supaya sy boleh cepat jalan dari sana. Terus laju-laju sy pakai selipar sebelum jalan.
"Daph" Langkah sy terhenti bila dia panggil nama sy. Shit! lama sy nda dengar dia panggil nama sy. Macam mana sy mau move on kalau dia panggil nama pun sy rasa macam kena renjatan electric ja.
"sandal kamu" Farel cakap lagi.
Pelan-pelan sy tunduk tengok kaki sy. Adui, kenapa juga ko pakai selipar berlainan ni Daph. Sebelah lain, sebelah lagi lain.
"udah la Daph, beli jellynya nanti aja, ada seseorang yg mau ketemu sama kamu, ayo masuk" ajak Farel. Satu yg nda berubah dengan Farel, tone suara yg dia guna untuk bercakap dengan sy masih tone yg gentle.
"Siapa?" sy tanya.
"udah, masuk aja dulu"
Sy pun pelan-pelan jalan balik pergi pintu, buka selipar yg nda match tu dan terus masuk rumah.
"Daphne"
"oma!" sy terus berlari dan peluk nenek Farel. Aduh, ternangis pula bila jumpa nenek dia.
"sorry oma, sy nda tepati janji sy" sy teringat balik janji sy dengan nenek dia untuk jaga hati Farel baik-baik.
"gapapa Daph, oma ngerti" nenek dia peluk betul sy macam pelukan seorang nenek yg rindu akan cucu dia.
"Aunty Julie" sy lepaskan pelukan nenek Farel dan peluk aunty Julie. Sy betul-betul rindu dorang. Sy betul-betul anggap dorang macam keluarga sy sendiri.
Sy lepaskan pelukan sy dan pandangan sy beralih kepada satu orang lagi yg sy kenal "Mas Ari" sy senyum ja dengan dia sambil tunduk sikit.
"kok aku gak dipeluk sih" malu-malu pula sy bila Ari cakap begitu walaupun sy tau dia cuma bergurau. Ketawa-ketawa semua yg ada di sana.
"sorry sorry sy lambat" tiba-tiba ada lelaki yg dalam lingkungan 50an masuk dan pandangan kami semua beralih kepada dia. Ni siapa lagi ni?
"Ok, ngam, ketua kampung pun sudah sampai, boleh la kita mula" bapa sy cakap.
Hairan la sy, apa hal ni pakai ketua kampung segala. Sy tengok ja tu ketua kampung kasi keluar segala document dari satu file kelabu.
"Jadi document sudah ada?" tu ketua kampung tanya bapa sy.
"ada sudah Rel?" bapa sy tanya pula Farel balik.
"ada pa" Farel keluarkan dua file nipis yg berkulit keras.
Sy betul-betul tiada idea apa yg sedang berlaku. Sy masih duduk sebelah nenek Farel. Mata sy tengok satu-satu muka dorang di sana, tapi tiada satu pun ambil kisah dengan apa yg sy buat.
"jadi mana yg bertunang ni? kamu dua ka?" ketua kampung tanya Ari dengan adik sy yg sedang duduk di atas lantai.
Biar betul? bila masa adik sy bercinta dengan Ari ni?
"eh bukan om" Ari cakap sambil menggelengkan kepala dia laju-laju.
"oh, jadi siapa yg nama dia.." ketua kampung tu turunkan cermin mata dia sampai paras hidung supaya dia boleh tengok tulisan dalam jarak dekat dengan lebih jelas. Kertas di tangan dia pun dia adjust sekejap jauh sekejap dekat sampai la mata dia dapat baca nama yg tertera "siapa sudah ni, Dap..Dapni..Daphne..ah betul, Daphne"
Terkejut sy nama sy kena sebut. Sy tengok nenek Farel tapi masa tu dia nda tengok sy. Sy tengok lagi bapa sama mama sy tapi dorang lagi lah teruk, buat-buat nda mau tengok sy.
"sama siapa ni ah.." tu ketua kampung sambung lagi tengok nama yg tertera "Fa..Farel..ah ini senang sikit mau sebut"
Farel? bertunang? dengan Daphne? Daphne tu sy ka atau ada orang lain lagi nama Daphne? Haish! apa ni?!
"jadi mana satu Farel sama Daphne ni" tu ketua kampung tengok satu-satu muka yg asing bagi dia kecuali bapa dengan mama sy. Tapi tiada yg menyahut soalan dia.
"aik? mana satu Daphne sama Farel ni? dorang tiada sini?" hairan tu ketua kampung.
"sy om" Farel yg dari tadi diam akhirnya bersuara.
"ok, yang ni Farel, Daphne yg mana satu?" tanya tu ketua kampung lagi.
"sa..saya uncle" pelan-pelan sy angkat tangan macam sedang ambil kehadiran di kelas saja.
"dari tadi sy tanya kamurang diam-diam, macam kena paksa ja ni" tu ketua kampung cakap. Sy nda tau dia bergurau ka serius.
Sy baru mau cakap sesuatu tapi nenek Farel genggam kuat tangan sy seolah bagi isyarat supaya jangan cakap apa-apa. Sy pandang wajah nenek Farel, nenek Farel balas pandangan sy dengan lembut sambil angguk sedikit seolah meyakinkan sy untuk teruskan saja tanpa membantah. Makin kuat nenek dia genggam tangan sy. Sy start rasa gelisah sudah. Apa semua ni? tiada inform sy apa-apa pun? Parents sy tau juga ka pasal ni?
"jadi boleh sy teruskan?" ketua kampung tanya lagi setelah senyap beberapa minit.
"bisa om" Farel jawab. Terus dia tengok sy. Sy alihkan pandangan sy dari dia dan hanya menganggukkan kepala kepada ketua kampung.
Sepanjang perbincangan tu sy banyak berdiam. Sy tiada pun buat eye contact dengan ibu bapa sy apa lagi dengan Farel. Dorang punya perbincangan pun sy malas mau ambil tau, di telinga sy bunyi dia macam ngong ngeng ngong ngeng ja, tiada satu pun terproses di telinga sy. Sy macam rela, tapi pada masa yg sama nda rela. Jadi macam mana la tu, sy sendiri pun nda tau.
"jadi di sini kamu setuju mau kahwin, bila ni.." ketua kampung kasi turun lagi cermin mata dia untuk tengok tarikh "berapa ni, dua.." gerigitan juga sy sama ni ketua kampung, tukar la bah tu cermin mata.
"berapa sudah ni, dua..oh..21 bulan 3 kan" terus dia tengok kami dua "nda lama lagi ni, macam bulan depan ni kan"
"iya om" jawab Farel.
Lepas dengar tu tarikh baru sy ada hati mau bertentang mata dengan Farel. Bertentang mata pun lebih kepada pandangan 'what the fuck?' eh nda, maksud sy pandangan 'what the fish?'
Sebab tiba-tiba sy bertunang dengan Farel. Tiba-tiba tarikh kahwin sudah ada tanpa ada perbincangan apa pun dengan sy. Parents sy sudah tau awal. Sy punya separuh mati berusaha mau kasi lupa dia sebab ingat dia sama si Tiana gedik tu, sekali usaha sy untuk lupakan dia sia-sia ja. Sy nda tau ni perkara baik ka nda.
You got a lot to explain Pak Parel.
Continue Part 44
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...