Satu bulan sudah sy kerja sebagai driver Mr Farel. Sy macam dapat tangkap sudah macam mana cara dia bekerja. Stress tu memang stress bila kerja dengan dia. Apa nda, muka dia tu serious memanjang kalau dengan sy. Tapi dengan orang lain nda juga begitu.
Cuma kali ni sy minta izin dengan Mr Farel untuk bawa buku bacaan pergi tempat kerja sebab boring gila duduk-duduk di sofa tanpa buat apa-apa. Mr Farel benarkan, asal sy nda kacau dia. Sebenarnya nda susah juga kerja dengan Mr Farel ni kalau sudah dapat ikut rentak dia, lama-lama sy rasa selesa juga kerja dengan dia, sebab kerja sy jadi driver dia ja pun, nda susah mana, gaji pun boleh tahan masyuk juga walaupun driver ja..hehe
"Miss Daphne"
"Yes Mr Farel" laju-laju sy letak buku yg sy sedang baca di tepi dan terus berdiri. Mr Farel pula kemas-kemas sikit meja dia since mau dekat masa pulang sudah.
"are you free this Saturday?" out of the blue betul soalan dia.
"err..I think so" sy jawab dalam teragak-agak. Kenapa dia tanya-tanya ni? selalunya orang tanya macam tu satu ja, mau bawa dating..hahaha..perasan betul kau Daphne.
"Kamu kenapa senyum-senyum begitu?" hairan Mr Farel tengok sy.
"ha? nda la sir, sy berfikir ja sy betul-betul free ka tidak masa tu..hehe" sy nda sedar pula sy tersenyum gara-gara imaginasi sendiri, tu lah terlampau kuat berangan kan.
"ada apa tu sir?" sy tanya.
"ada overtime untuk kamu" Mr Farel cakap sambil kemas meja dia "are you in?"
"kalau ada extra gaji, boleh juga..hehe" sy cakap sambil tersengih-sengih.
"good, datang ke rumah sekitar jam 3"
"jam 3 pagi sir?" saja ja mau bergurau dengan dia. Mana tau kan sy bertuah dapat nampak dia senyum.
Lepas ja sy cakap macam tu sy dapat pandangan semacam dari Mr Farel. Lama dia tenung sy, rekod la tu paling lama. Ok, nda juga lama betul la, beberapa saat begitu, tapi belum pernah dia tengok sy begitu 'lama' tau. Tapi tu la, dari pandangan mata dia tu macam boleh baca apa dia fikir. Macam lebih kepada 'apakah buduhnya kau ni jam 3 pagi mau datang rumah?' tapi dalam bahasa Indonesia dia la.
Terus laju-laju sy perbetulkan keadaan sebelum keluar kata-kata indah dari mulut dia "hehe..nda sir, bergurau ja, jam 3 petang kan, jam 3 sharp kan, ok ok" sy cakap sambil angguk dan tersengih-sengih. Baru dia tengok macam tu ja pun gerun sudah..haha
***
Jam 2.50 petang sy sudah sampai rumah Mr Farel. Memandangkan itu hari Sabtu, sy nda pakai formal macam selalu. Hari tu sy pakai santai sikit, baby T dengan skinny jeans ja. Lagipun sy ada tanya juga perlu pakai formal ka tidak, Mr Farel cakap "gak perlu", jadi sy pakai la macam tu.
Seperti biasa kehadiran sy disambut mesra oleh Aunty Julie. Sy pun terbiasa sudah dengan dia, boleh bergurau sudah. Aunty Julie pun macam tu, nda sudah formal betul macam hari pertama berjumpa. Kadang-kadang sy rasa Aunty Julie ni bukan helper di rumah tu. Nampak macam keluarga Mr Farel. Mr Farel pun nda layan dia macam helper.
"Hai Daph, nampak lain oh hari ni, ko mau mengurat si Farel ka ni?" Aunty Julie cakap.
"Hish aunty ni" sy sapa Aunty Julie dengan berlaga sebelah pipi "Nda aman hidup sy Aunty kalau mengurat dia..hehe..lagipun sy sudah ada boyfriend la..hehehe"
"jadi maksud dia kalau ko tiada boyfriend ko ada hati juga la sama si Farel tu?" Aunty Julie cakap. Kaw kaw dia usik sy.
"Nda la kali aunty" sy cakap sambil buka kasut sneakers sy.
"aik kenapa? handsome pula dia tu, tinggi, putih, caring, bibir tebal sikit..eh"
"eee..aunty ni, jangan-jangan aunty ni yg minat Mr Farel ni, siap highlight bibir tebal segala" sy tolak lembut bahu Aunty Julie, sekadar bergurau "lagipun aunty, dia nda caring la, dia tu macam..erm..macam naga, atau macam gunung berapi, bila-bila masa tanpa warning boleh meletus tau" sy cakap dengan Aunty Julie sedikit berbisik.
YOU ARE READING
You drive me crazy (complete)
RomanceWarning‼️Mature content, Romance, Funny (Not suitable for 21 & below) Kalau suka tengok sinetron, boleh lah baca. Kalau suka sweet-sweet, mari la baca. Kalau suka jalan cerita yg simple & ringan, sila lah baca :)) Cerita dia memang berkait rapat den...