Part 9

233 13 7
                                    

"morning aunty" sy tepuk ringan bahu Aunty Julie yg sedang sibuk di dapur. Sy main masuk ja rumah Mr Farel since pintu nda berkunci. Selalunya Aunty Julie yg akan sambut di pagar.

"hish ko ni Daphne, terkejut aunty, bila ko sampai?"

"hehe..baru juga aunty, pintu nda berkunci, nasib sy yg masuk, kalau orang jahat macam mana"

"aunty pergi buang sampah bah tadi, terlupa tutup la tu, awal juga ko hari ni, ko mo cuba masak breakfast lagi untuk si Farel?"

"Hish, nda la, nanti macam hari tu lagi, dia makan sikit ja, rugi ja sy masak"

"haha..tak kan la terus give up Daph, nanti kalau ko jadi bini dia macam mana la?"

"kalau sy jadi bini dia, sy upah ja orang lain untuk masak dia breakfast, satu orang satu tugas, satu tukang masak telur, satu tukang masak bacon, satu tukang buat kupi, nah kan senang macam tu..hahaha" ketawa-ketawa sy sama Aunty Julie. Nampak betul dia terhibur.

"emang kamu mau jadi isteri aku Daph?" tiba-tiba ada suara dari belakang. Astaga! terkejut sy. Sekali sy pusing, sana Mr Farel sedang menyandar di gerbang dapur sambil peluk tubuh. Senyum-senyum lagi dia. Masih dengan boxer dia lagi.

"err..sorry sir..sy..sy bergurau ja..hehe" dengan tangan sy menggaru belakang tengkuk. Apa yg gatal sy pun nda tau. Terhibur Mr Farel tengok sy tergagap-gagap menjawab.

"malu-malu lagi" Aunty Julie cakap sambil cuci tangan dia di sinki.

"hish aunty ni" sy cuit siku Aunty Julie supaya dia berhenti mengusik.

"err..sy tunggu sir di luar la sementara sir bersiap untuk pergi kerja"

"kamu udah sarapan Daph?" Mr Farel tanya.

"err..belum lagi sir" sy geleng sikit dengan senyuman awkward yg tersisa tadi.

"ayo, makan bareng(bersama), I get ready first" terus Mr Farel jalan dan naik ke bilik dia untuk bersiap pergi kerja. Mata sy tengok ja belakang Mr Farel naik tangga sampai dia hilang dari pandangan.

Lepas ja Mr Farel hilang dari pandangan, Aunty Julie terus usik sy.

"waahh, tiba-tiba pula si Farel good mood hari ni terjumpa ko, ada apa-apa ka ni? siap bawa makan sama-sama lagi" Aunty Julie kasi laga-laga siku dia di lengan sy. Haish, dasar mak cik bawang Aunty Julie ni.

"hish aunty ni, tiada la" sy ambil satu gelas air yg dari tadi diletak di atas meja dapur oleh Aunty Julie, terus duduk di kerusi dapur sebelum muka sy naik merah lagi gara-gara blushing.

"ala Daphne, Farel tu mau berkawan ja tu, Farel tu nda ramai kawan sini"

"dia nda ramai kawan sebab dia nda pandai driving?" sy saja tanya Aunty Julie.

"err..iya..macam mana ko tau? Farel nda share dengan sembarang orang tau pasal ni" muka Aunty Julie ada terkejut sikit bila dengar sy cakap macam tu, mulut dia siap ternganga lagi.

"err..dia sendiri yg bagitau hari tu" sy cakap.

"apa lagi dia bagitau?" Aunty Julie tanya.

"erm.." sy cuba ingat balik apa yg Mr Farel bagitau "dia cakap dia nda boleh drive dan nda pernah ada relationship" berkerut sikit kening sy teringat ayat yg last tu. Nda pernah ada relationship. Macam susah mau percaya kan.

"erm..Aunty, betul ka Mr Farel nda pernah ada relationship? nda pernah bercinta sama perempuan?" sy tengok Aunty Julie dengan penuh curiosity.

"selama aunty kerja dengan dia, memang jarang dia keluar rumah, kawan pun memang kurang, paling-paling dia keluar pun pasal urusan kerja, dia cakap dia nda mau kasi susah orang untuk balik-balik drive dia pergi sana sini, jadi kalau betul-betul penting baru dia keluar" Aunty Julie cakap.

"girlfriend? tak kan la tiada, orang bekerjaya, kaya, tinggi, handsome, tak kan la tiada satu pun sangkut" jari-jari sy satu-satu sy kasi keluar untuk kira benda-benda yg baik ada sama Mr Farel sambil sebelah lagi tangan pegang gelas air.

Aunty Julie nda jawab soalan sy. Dia senyum-senyum ja.

"Aunty, aunty dengar ka nda ni? ka aunty buat-buat nda dengar ni" sy tanya lagi balik habis nda kena jawab.

"jadi ko mengaku la yg Mr Farel tu handsome?" senyum-senyum aunty Julie, sy tau tu, keluar sudah mood-mood mengusik dia.

"ihh..sudah la aunty, makin merepek aunty ni" ketawa-ketawa aunty Julie. Tiba-tiba sy rasa malu-malu pula bila cakap pasal Mr Farel, buang tebiat kali.

"jangan fikir banyak la Daphne, Farel tu sebenarnya baik" Aunty Julie cakap sambil sediakan sarapan "cuma bab kerja dia memang tegas sikit, tapi kalau ko ambil masa untuk kenal dia betul-betul, dia ni sebenarnya baik orang dia"

Berkerut kening sy dengar cakap Aunty Julie ni. Macam kata-kata agen pencari jodoh pula.

"hehe..jangan salah faham, aunty maksudkan kenal dia sebagai kawan" baru sy angguk-angguk sikit lepas Aunty Julie cakap macam tu.

"what are you ladies talking about?" Mr Farel yg sudah bersiap datang ke ruang makan, dia tarik kerusi di sebelah sy. Dia boleh ja duduk di tempat lain, sebelah Aunty Julie ka, besar la bah meja makan dia ni, kenapa la mau duduk sebelah sy. Dia buat sy rasa uneasy.

"tiada la Rel, ni si Daphne ni saja tanya-tanya pasal.."

Belum sempat Aunty Julie kasi habis ayat dia, sy mencelah "Pasal..pasal..pasal kereta yg sy pakai tu, saja tanya berapa tahun sudah, bila mau service"

Sy nampak macam aunty Julie buka mulut untuk cakap sesuatu sambil angkat tangan dia.

"tapi..tapi aunty nda tau kan pasal kereta tu?" sy cakap lagi sebelum sempat Aunty Julie bercakap.

"err..iya..itu la tu, memang itu la tu yg kami cerita tadi" Aunty Julie layan ja la kelentong sy.

"I see" Mr Farel cakap "ayo makan, ntar dingin jadi gak enak"

First time kami tiga makan sama-sama. Lama sudah sy nda merasa makan proper breakfast. Selalunya asal ada ja sebab tinggal pun satu orang ja. Kalau bukan minum minuman 3 in 1, makan bread. Kalau bukan makan bread, makan mee segera.

"Oh ya Daph, nanti petang ni aunty balik kampung, aunty cuti satu minggu, saja bagitau ko, nanti ko hairan pula aunty tiada" aunty Julie cakap sambil makan.

"alaa..rindu la sy sama aunty ni..hehe" sy saja usik aunty Julie.

"eleh, rindu konon" terus ketawa-ketawa kami termasuk la Mr Farel.

"Bah sudah, ayo bah pergi kerja" Mr Farel cuba cakap macam slang sabahan tapi nda menjadi.

"err..sir, I think you just stick to bahasa Indonesia, because your Sabahan Slang sounds weird" ketawa-ketawa aunty Julie dengar sy cakap macam tu dengan Mr Farel.

"ya udah, atleast I tried" Mr Farel cakap.

"good try sir, good try" sy tunjuk dua  thumbs up dengan Mr Farel.

"Bah sudah-sudah la tu, lambat nanti kamu pergi kerja" Aunty Julie saja ingatkan, takut terlalu leka bergurau.

Hari tu semua berlalu macam biasa, beza dia perangai Mr Farel nda terlalu serious macam selalu. Atau mungkin sy yg sudah biasa dengan perangai dia. Sejak dia bagitau sedikit rahsia pasal diri dia hari tu, perangai dia dengan sy ada berubah sikit. Dia lebih ringan mulut untuk bercakap dengan sy. Cuma sy masih nda biasa panggil dia dengan nama ja, sy lebih senang panggil dia sir atau Mr Farel.

Malam lepas habis kerja sy terus balik rumah, jalani rutin harian sy selepas balik kerja. Tiba-tiba ada call masuk, sy ingatkan Joshua. Selalunya masa-masa macam ni Joshua ja yg selalu telefon. Sekali tengok skrin telefon, tertera nama Mr Farel. Berfikir sy sebelum angkat, apa hal lagi dia call malam-malam ni, siang-siang pun nda pernah call, tiba-tiba call malam-malam.

"Hello Mr Farel" sy angkat juga lepas lama berfikir.

Terdengar suara panik Mr Farel disebalik telefon "Daph, where are you?"

"I'm home, is everything alright sir?" sy pun risau dengar suara dia. Since dia satu orang di rumah sekarang sebab Aunty Julie balik kampung, jadi memang sy betul-betul risau bila dengar suara dia macam tu.

"Daph, I really need your help! datang ke rumah aku sekarang!" arah Farel dengan tegas dari telefon.

Continue Part 10

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now