Part 42

247 21 18
                                    

Curious betul sy, sy buka la tu sampul.

===============================

Save the Date!

Join us as we celebrate the wedding of

Farel Anthony
&

==============================

"hish ko ni" mama sy rebut tu card dari tangan sy, terus dia kasi masuk balik tu sampul dalam sampul surat dengan kemas "sudah mama cakap jangan kacau kan"

"ma.."

Mama sy jalan ja pergi bilik dia tanpa peduli apa sy mau cakap. Sy nda puas hati sy ikut juga mama sy pergi bilik.

"ma..kad jemputan kahwin Farel ka tu?" sy nda sangka dia sanggup buat sy macam ni. Kalau setakat bagi sy kad jemputan dia kahwin sy boleh terima lagi, tapi nda perlu la sampai jemput parents sy. Parents sy anggap dia macam anak sudah hari tu. Sekarang dia jemput pergi majlis kahwin dia dengan orang lain. Bukan kah itu keterlaluan.

Mama sy tarik nafas dalam-dalam dan jawab "hmm..iya Daph, Farel punya" mama sy nda mau tengok pun muka sy masa jawab.

"Dia ada pergi sini?" sy tanya lagi.

Mama sy angguk ja.

"teruk juga tu lelaki tu" terkejut mama sy bila sy cakap macam tu.

"sudah la tu Daph, marah marah juga, nda juga kita dapat marah dia selama lamanya kan, nanti makan diri sendiri, jadi mubon ja la" mama sy cakap.

"mubon? apa tu ma?"

"mubon la ba, cakap campin inggilis"

Apa lagi mubon ni "maksud mama move on?"

"ahh iya, itu la tu" mama sy ni, hari tu Girig, ni kali mubon pula. Terhibur sy sekejap.

"hmm..maksud dia kamu sudah tau la ni?"

"iya, Farel sendiri yg datang sini bagitau kami" mama sy cakap. Masih dia nda mau tengok muka sy bila bercakap. Dia buat-buat sibuk susun susun meja solek dia.

"kamu ok ja masa dia bagitau?"

"Bah, apa lagi kami mau cakap Daph, kami ok ja la, apa lagi kami boleh buat" betul juga apa mama sy cakap. Tak kan la mau paksa kalau orang sudah nda suka kan.

"erm..ma, sy keluar dulu la sekejap, ambil angin"

"bah, jangan lama-lama, nda bagus keluar sampai lewat petang, ni bukan macam di bandar, lagipun orang bilang darah manis ni nda bagus banyak keluar" itu ja la pesanan mama sy kalau sy mau keluar petang, dari budak-budak sampai la sudah dewasa sama juga nasihat dia. Tapi mama sy tau ka juga erti darah manis ni.

"ma, mama tau ka juga apa erti darah manis ni?" sy tanya.

"tau la bah, untuk orang yg manis-manis macam anak mama" hmm, sy sudah agak mama sy mau jawab begitu. Ada ada ja mama sy ni, saja la tu mau menghiburkan hati sy.

"mama ni, ada-ada ja, bukan la" tapi malas sy mau kasi betul mama sy, selalunya sy kasi betul tapi hari tu sy rasa tiada mood mau buat semua tu "sy jalan dulu la ma"

Di pintu rumah masa mau pakai selipar sy terjumpa lagi dengan bapa sy yg baru mau masuk rumah.

"pergi mana ko Daph?" tanya bapa sy.

"mau jalan-jalan ambil angin sekejap pa, kasi lapang fikiran" jawab sy ringkas.

"jalan-jalan pakai apa?" tanya bapa sy lagi.

"naik basikal pa"

"bah, hati-hati kalau jalan-jalan, petang sudah ni, lagipun kalau darah manis ni nda bagus banyak keluar keluar rumah" hish bapa sy ni, sama ja macam mama sy.

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now