"Rysha Adellia!!!! Bangun lah kita kena pergi sekolah!" Telinga digosok secara kasar. Mahu runtuh rumah ni dengan suara Auni Awaniey. Masa kecil tertelan mic agaknya.
"Ya ya aku dah bangun lah ni." Dihela nafas perlahan dan bangun untuk ke bilik mandi.
"Mana kad kau?" Soal Lyna Qainina apabila Rysha sudah turun dari tangga.
"Ada dalam bag. Malas nak pakai."katanya dan dua sepupunya hanya mengangguk faham. Mereka bertiga bergegas keluar dan memboloskan diri ke dalam kereta.
Mereka bertiga adalah pelajar tingkatan 6 dan senior bagi semua tingkatan. Pakaian juga adalah bebas tidak seperti pelajar lain. Tidak lama lagi mereka akan sambung ke University. Peperiksaan STPM juga tidak lama lagi akan tiba.
"Oh ya. Nak tak kita pergi sarapan dekat cafe dulu lepas letak bag dalam kelas? Aku lapar lah." Ajak Auni dan dibalas anggukan oleh dua orang tersebut.
Kaki mengatur langkah ke cafe. Pandangan dari pelajar lain diendahkan saja. Sudah biasa dengan pandangan orang.
"Nasi lemak tiga dengan air kosong tiga" Sengih Auni. Makcik cafe segera menyiapkan tiga pinggan nasi lemak dan air kosong.
"Seronok pula jadi senior kan Rys" Lyna menyiku perlahan lengan sepupunya. Gadis tu hanya bergumam saja.
"Akak boleh tolong ambilkan straw tu tak?" Lyna mengambil straw tu dan diserahkan kepada junior perempuan.
"Terima kasih" Aida tersenyum dan Lyna membalas senyuman gadis tu. "Sama sama" dilambai ke arah nya. Rysha hanya jadi penonton.
"Rys,Lyn nah." Auni menyerahkan dua pinggan dan air kosong. Mereka bertiga mengatur langkah ke meja yang kosong di tepi dinding.
"Aku tak sabar nak sambung Uni. Mana lah tahu ada student Uni yang hensem kan?" Sudah mula perangai miang Auni ni. Pantang nampak yang hensem pasti nak cop crush.
"Kita pergi nak belajar bukannya cari crush kau tu." Bidas Lyna dan wajah Auni betukar masam.
"Kau ni Lyn spoil betul lah. Pagi pagi ni bagilah peluang aku nak berangan." Lyna tergelak kecil. Tak habis habis dengan berangan dia tu.
"Taste kau ni tinggi sangat. Laki mafia kau nak laki badboy kau nak. Student Uni pun kau nak jugak?" Tergeleng kepala Lyna. Pening melayan perangai tak matang sepupunya yang seorang ni.
"Sekali sekala apa salahnya kan. Berangan tu kan percuma. Rugi kalau tak guna." Jawab Auni. Memamg susah nak kalah budak ni kalau bertengkar mulut. Ada ja nak dibalas.
Rysha hanya lebih suka mendiamkan diri dan menjadi penonton. Nak ikut serta terasa seperti tidak berbaloi.
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...