Rysha melarikan dirinya ke hutan. Hatinya menyumpah seranah kerana dirinya di bawa ke rumah yang terpencil.
Nafas nya menjadi termengah mengah. Disebabkan malam yang gelap menyukarkan nya untuk mencari jalan.
Terasa ingin menangis bila Fattah tiada di disisi.
"Rys nak abang." Mengalir air mata nya ke pipi. Dia tidak tahu jalan pulang.
Fattah yang berada di markas sudah buntu mahu mencari isterinya dimana. Semasa dia mengejar kereta tu, dia hilang jejak seakan nombor plate kereta tersebut ditukar. Sekarang sudah canggih macam macam benda boleh buat mengunakan alat teknologi.
"Abang rindu sayang." Anak buah Fattah yang melihat tidak tega. Tidak pernah mereka lihat Fattah atau dikenali sebagai King rapuh seperti ni.
"Sabar ya Fattah. Kitorang akan cuba cari puan Rysha." Renz mengusap belakang sahabatnya perlahan.
Fattah pandang ke arah frame gambar isterinya yang berada di meja. Walaupun baru sehari tidak bersua muka namun hatinya sudah rindu dan risau.
ZEN menunduk untuk mendukung tubuh tu. Dilihat wajah Rysha yang pucat sahaja. Diatur langkah untuk ke rumah semula.
Kain basah diperah dan dilap lembut wajah tu. Dikemaskan comforter ke pinggang Rysha.
"A..abang" Zen menepuk bahu tu perlahan untuk menenangkannya.
LANGIT biru tu dipandang dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan nya. Ditangan nya terdapat satu kain tuala kecil.
Dia bangun secara mendadak bila terasa ada yang mengusap kepalanya. Dia trauma dengan apa yang telah jadi semalam dimana dia hampir dirogol. Tapi disebabkan kudrat yang masih ada dia dapat melawan tiga jejaka tersebut.
"Chill girl." Kosong mata hitam tu pandang ke arah Rysha. Gadis tu hanya diam saja.
"Rys nak balik." Dipandang wajah beku Zen. Apa lelaki ni nak darinya. Dia tak cari masalah dengan nya.
Jejaka tu mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
"Zen! Please Rys nak balik. Apa salah Rys?"Dikejar langkah Zen. Jejaka tu menghentikan langkahnya dan memusingkan badan. Rysha yang tidak sangka Zen akan berhenti, terhantuk di dada tegap tersebut.
Jari Zen naik mengusap dahi Rysha sebelum berpeluk tubuh.
"Apa salah Rys hah? Rys takda cari masalah pun dengan Zen! Sampai suruh diorang untuk" Rysha tidak sanggup untuk menghabiskan kata katanya. Dihela nafas perlahan.
"Kalau urusan Zen dengan Fattah kenapa nak kena libatkan Rys?!" Suara Rysha hampir naik seoktaf bila jejaka ni hanya kekal diam.
"Rys tak ada kaitan dalam hal ni lah!" Kain tadi terus ditekup ke mulut kerana terbatuk.
"Dah habis?" Zen mengangkat tubuh kecil tu ke atas meja makan.
"Kalau kau nak balik, boleh. Tapi kau perlu bagi apa aku nak. Tak kira luar dalam." Membulat mata Rysha tidak terima.
"Kau gila." Zen tergelak sinis dan diusap kepala Rysha dengan mata memandang tepat mata cantik tu. Tangan kirinya terletak di sisi Rysha.
"Ikut cakap aku kalau kau nak diri kau tak sakit." Bisiknya dan mengukir senyuman sinis.
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...