"Fattah dah jumpa dia?" Jejaka tu menganguk dengan pertanyaan papa nya.
"Betul cakap papa dia dingin. Dalam kelas susah betul nak dengar suara dia." Papa Fuad mengukir senyuman.
"Kamu tak tertarik dengan dia?" Memerah telinga Fattah dan berdehem sebelum mengeleng.
"Tak. Alah perempuan macam dia sekejap ja tu nanti bila bagi ayat manis cair jugak." Kata nya ego. Papa Fuad tergelak kecil mendengar kata kata anak lelaki nya.
"Kalau dia bukan macam perempuan lain macam mana? Apa yang Fattah fikir tu tak sama apa yang ada dekat dia." Terdiam Fattah mendengar nya.
"Papa tahu kamu dah jatuh cinta pandang pertama kan?" Fattah cepat cepat menafikan nya.
"Tak papa. Sikit pun Fattah tak ada rasa suka dekat dia." Ditepis perasaan yang datang dalam dirinya.
"Kamu tu ego. Kami dah jaga kamu dari kecil lagi jadi tak payah nak menipu lah kan sayang." Mama mengangguk mengiyakan.
"Mama dengan papa tahu isi hati kamu tu macam mana Fattah." Mama Farhanah mengusap bahu anak lelaki nya perlahan.
"Fattah nak naik tidur dulu." Dia berlalu naik ke biliknya. Badan direbahkan di atas katil. Mata memandang ke arah siling bilik.
Raut wajah Rysha Adellia bermain di fikiran nya. Entah kenapa bila dekat dengan gadis tu tengah hari tadi jantungnya berdegup tidak keruan.
Seketika dia teringatkan sesuatu. Dicari telefonnya dan dicari bahagian kenalan. Huruf R menjadi pilihan.
"Simple betul dia save nama sendiri. Rys ja." Kalau orang lain mesti dah siap letak emoji love love lagi.
"Nak chat ke tak eh? Tak ganggu rasanya." Rasa je lah tapi tak tahu sedap ke tak. Eh apa yang aku mengarut ni.
Jari jemarinya menaip sesuatu di atas skrin tu sebelum di tekan butang send.
Ting.
Rysha yang baru selesai mandi segera mendekati telefonnya. Satu mesej dari nombor tidak dikenali di buka.
Unknown.
- Rysha besok saya nak kamu ambil kehadiran student. Mungkin saya masuk lewat sikit sebab nak pergi pejabat.Rysha membalas pesan tu dengan 'okeyh' sahaja dan disimpan nama kenalan tu dengan nama Sir Fattah.
"Dia balas okeyh ja? Macam mana aku nak dekat dengan dia kalau dia dingin nak mampos." Fattah membaringkan badannya menghadap siling bilik.
"Yang papa pun satu hal. Suruh aku jaga pun spek bidadari macam mana tak gugur iman nii" Dicapai bantal dan ditekup muka nya.
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...