BAB 47

6K 313 5
                                    

"Rysha kenapa ni?" Soal Mama Farhanah bila menantunya seakan menahan sakit di perut.

"Sakit perut ja ma. Sengugut mungkin. Rys naik rehat atas dulu." Mama Farhanah hanya menganguk saja dan memandang menantu nya naik ke bilik.

"Kenapa tu?" Tanya ayahda Fuad.

"Biasalah sengugut. Mana Fattah? Situasi macam ni boleh pulak hilang sepatutnya pergi usapkan perut bini dia." Mama Farhanah sudah mula mahu membebel sambil bercekak pinggang.

"Ya Allah sakit." . Perutnya seakaj memulas saja. Dia membaringkan badannya secara mengiring.

Tangan kasar tu menyelinap masuk ke dalam baju Rysha di bahagian perut. Diusap lembut perut isterinya.

"Sakit sangat ke sayang?" Rysha angguk kepalanya tanpa menoleh ke belakang. Fattah menyapu mintak angin di perut Rysha dan kembali mengusapnya. Jejaka tu duduk bersila.

"Sayang, sini dekat abang biar abang usap perut sayang." Tubuh kecil tu dianggkat dan diletakkan di atas peha nya. Baju Rysha diselak semula.

Tangan kiri menepuk bahu manakala tangan kanan mengusap perut si isteri. Punyalah dia gelabah naik mencari isterinya di bilik setelah mama nya membebel padanya sebentar tadi.

"Abang" Fattah menoleh ke arah Rysha dan mengangkat keningnya.

"Sakitt" Jejaka tu mengusap lembut pipi gebu tu dan dicium sayang.

"Sayang tidur okeyh. Abang tuam kat perut sayang." Rysha angguk kepalanya dan memejamkan mata manakala Fattah tuam perut isterinya dengan tuala kecil.

Pintu bilik tu dibuka dan bonda Adeena melangkah masuk dengan membawa bubur untuk anak perempuan nya.

"Terima kasih bonda.".Fattah ukir senyuman manis dan dibalas anggukan oleh bonda mertua nya.

"Nanti suruh Rysha makan. Risau pula kalau perut dia masuk angin." Fattah angguk patuh dan memandang bonda mertuanya melangkah keluar.

"Sayangg." Dikucup hidung mancung Rysha dan perlahan lahan mata cantik tu terbuka memandang dirinya.

"Bonda ada bawa bubur. Makan dulu ya sayang." Diambil mangkuk bubur tu. Rysha mahu ambil tapi Fattah menarik.

"Abang suap sayang."

"Tak apa ke? Tak menyusahkan?" Suaminya mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Jangan tanya lagi soalan menyusahkan ke tak. You are my wife sayang. You are my responsibility." Ditiup perlahan bubur nasi tu kerana masih panas.

"Buka mulut." Rysha akur dan membuka mulutnya. Ibu jari Fattah mengesat nasi di tepi bibir isterinya.

"Nak lagi." Pinta nya dengan mata bulat bersinar. Geli hati Fattah melihat sifat manja si isteri.

"Isteri siapa comel sangat ni." Dicium geram pipi gebu tu. Rasa nak gigit takut nangis pula Rysha nanti.

"Isteri abang lah." Balasnya dan menerima suapan dari si suami.

"Apa sayang? Cuba ulang?" Didekati lagi wajah isterinya. Terkebil kebil mata bulat tu.

"Cuba ulang sayang abang nak dengar." Terukir senyuman mengejek di bibirnya.

"Eish isteri abang lah takkan isteri jiran sebelah." Mengembung pipi isterinya. Fattah tergelak halus, dicubit cubit lembut pipi Rysha.

"You make me fall in love with you even more." Mata kelabu tu menatap mata cantik isterinya dengan penuh kasih sayangnya.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now