BAB 18

7.1K 363 3
                                    

Dilepaskan tangan Fattah yang memegang dagunya dan mengeleng tidak mahu.

"Batalkan ja niat encik. Saya tahu niat encik baik tapi saya tak boleh buka hati ni untuk terima orang lain." Fattah berpeluk tubuh memandang wajah putih bersih tu.

"Kalau kau tak boleh terima orang lain kenapa kau boleh terima cincin tu? Kau nak permainkan hati tunang kau? Selama satu tahun aku tak pernah nampak tunang kau tu jumpa kau dekat Uni." Rysha terdiam tidak mampu mengeluarkan kata katanya.

"Saya terima cincin ni sebab nak jauhkan diri dari Mikha. Saya rasa encik pun tahu kan. Tentang tunang saya rasanya mungkin dia taknak datang jumpa saya lagi." Fattah menghela nafas nya kasar.

"Sampai bila kau nak keraskan hati kau tu Rysha. Jangan sampai aku guna cara paksa." Kesabaran Fattah mula menipis. Gadis ni keras kepala. Dia mahu tolong Rysha keluar dari trauma tapi jika gadis ni jugak tidak mahu memberi kerjasama semuanya akan jadi susah.

"Encik nak paksa saya untuk terima encik dalam hati saya? Perasaan orang tak boleh dipaksa. Dah la daripada saya layan encik baik saya balik." Dipusingkan badannya dan meninggalkan Fattah disitu.

FATTAH menghentakkan tangannya di meja. Panas hatinya bila ditolak berkali kali. Mahu saja dia bawa lari ke siam dan nikahkan gadis tu.

"Fattah" Ditoleh ke arah sahabat atau lebih tepat anak buah  nya yang melangkah masuk ke dalam bilik.

"Kau kenapa ni muka tegang ja kena tolak lagi ka?" Soal Renz dan Fattah melepaskan nafas kasar.

"Perempuan tu memang menguji kesabaran aku." Rahangnya bergerak gerak menandakan dia marah.

"Kenapa kau tak ikat dia jadi bini kau atau pun kau ugut dia supaya kau kahwin dengan dia." Ternaik hujung bibir Fattah. Nampak ganas, dia suka.

"Tak, aku takkan ugut dia." Senyuman sinisnya terukir sehingga menampakkan gigi taring nya.

"Aku keluar dulu." Renz berlalu keluar dari bilik boss nya tu. Fattah memandang ke arah gambar Rysha di dalam telefonnya.

Fattah mendekati anak buahnya yang berada di ruang tamu. Ke empat jejaka tu memandang ke arah boss mereka.

"Malam besok aku ada misi untuk korang berempat. Hal ni aku akan bincang dengan papa mama aku." Mereka menganguk faham dan dipandang Fattah keluar dari rumah nya sendiri untuk ke rumah orang tua nya.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now