BAB 50

6.4K 312 15
                                    

"abang." Rysha memandang ke arah suaminya sambil memegang telefon bimbit jejaka tu.

"Ni apa? Gambar perempuan mana dalam telefon abang ni hah?" Ternaik kening Fattah dan seketika terdiam.

"Tu bekas teman wanita abang." Perlahan suara Fattah untuk berkata.

"Abang sedar tak abang dah ada isteri? Kenapa perlu simpan gambar perempuan ni lagi?" Sakit hatinya ketika ni bila Fattah masih menyimpan gambar bekas teman wanita nya.

"Abang lupa nak delete sayang." Rysha berdecit.

"Lupa? Entah entah malam malam tatap gambar dia kan?" Wajah Fattah mula menegang.

"Sayang jangan nak tuduh abang bukan bukan.  Abang dah cakap abang lupa nak delete tu lupa lah!" Jerkah Fattah kuat sehingga Rysha terhinjut bahu.

"Abang jerkah Rysha sebab benda ni? Selama ni apa jadi abang tak pernah tengking Rysha." Berair mata tu memandang suaminya yang terkedu.

"Sayang yang cabar abang." Kenapa dia yang salah dalam hal ni? Dia sudah cakap dengan baik tapi Rysha yang cabar nya.

"Close your eyes sayang." Arah Fattah dengan suara datarnya. Rysha memejamkan mata kerana takut.

"huh?" Didongakkan memandang Fattah yang memeluknya kemas.

"Marah abang hilang bila dapat peluk sayang. Abang minta maaf." Dicium tepi dahi isteri dan diusap sayang belakang nya.

"Abang pun tak perasan ada lagi gambar dia. Abang minta maaf okeyh?" Diseka air mata isterinya dan dibawa tubuh tu ke dalam pelukkan.

"Rysha pun nak minta maaf sebab terbawa emosi." Sepatutnya dia perlu berbincang dengan Fattah secara baik bukan bergaduh seperti ni tapi dia bersyukur mempunyai sosok tubuh seorang suami yang penyabar.

"Sekarang sayang tidur okeyh? You need rest sayang." Dibawa isterinya ke katil dan dibaringkan tubuh kecil tu. Bantal ditepuk tepuk terlebih dahulu.

"Come abang dodoikan sayang." Rambut diselak ke belakang. Sempat pipi gebu tu diusap sayang.

"Abang, sorry" Fattah tersenyum manis dan dikucup pipi tu sekilas.

"It's okeyh my dear." Digengam tangan kecil isterinya dan perlahan lahan mata cantik tu tertutup rapat.

"Erm." Geram Fattah melihat isteri nya. Kenapa comel sangat ni? Macam budak budak kecil lepas nangis tidur.

Dikucup lama pipi Rysha. Iman nya bukan lah kuat mana bila melihat pipi gebu tu. Rasa nak cubit picit saja.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now