BAB 15

7.8K 457 33
                                    

"Apa jantan tu nak lagi? Nasib Sir Fattah ada dekat situ kalau tak entah apa lah si Mikha tu buat lagi." Bengang Auni bila Rysha memberitahu dia terserempak dengan Mikha.

"Aku masih tak boleh lupa apa dia buat dekat kau dulu Rys. 5 bulan kau koma disebabkan kan dia. Dia dera kau, pukul tanpa belas kasihan. Kitorang nyaris nyaris nak hilang kau tahu." Lyna memeluk bahu Rys dari tepi.

"Apehal dia tak kena tangkap? Licik betul jantan ni lari." Naik pelik diorang bila Mikha langsung tidak kena tangkap dengan polis seolah jejak nya tidak dapat dijejaki.

"Dia licik Auni, Lyna. Aku kenal dia macam mana. Apa dia cakap dia akan buat." Dihela nafas perlahan dan naik ke biliknya. Lyna dan Auni pandang pemergian sepupunya sayu.

Rysha duduk di birai katil. Hatinya gelisah bila Mikha mula muncul semula. Macam mana kalau jejaka tu bertindak kasar lagi.

Laci rak tepi katil ditarik dan sebaldu warna merah dibuka. Cincin yang dihiasi permata tu di ambil.

"Mungkin keputusan ni adalah keputusan yang selamat." Disarungkan cincin tu dijari manisnya. Muat.  Dan dicapai iphone nya. Dihantar mesej kepada seseorang sebelum direbahkan badannya di katil.

PAGI tu mereka mulakan pembelajaran seperti biasa. Lyna ternampak jari manis Rysha tersarung cincin. Tidak semena mena bibirnya menguntum senyuman.

"Kau terima Rysha?" Gadis tu mengangguk kepala nya. Itu saja cara selamat untuk jauhkan diri dari Mikha.

"Kan saya dah cakap jangan bersembang masa saya mengajar." Terdiam mereka semua. Mata Fattah terpandang cincin dijari Rysha kerana jarak mereka tidak lah jauh tambahan pula Rysha meletakkan tangannya di atas buku.

Terdetik perasaan hairan dalam diri Fattah. Sejak bila pula Rysha bertunang? Selama ni tidak nampak pula cincin di jari gadis tu.

FATTAH berlari ke arah bilik papa nya setelah pulang dari University. Diketuk terlebih pintu tu.

"Pa, apa ni pa?" Berkerut dahi Papa Fuad tidak faham

"Apa nya?" Fattah menghempaskan pungungnya di katil bersaiz King tu.

"Apa ni pa, Rysha dah bertunang." Papa Fuad melepaskan ketawa nya. Diletakkan majalah tu di atas meja.

"Jadinya dia dah terima lah." Kata Papa dan Fattah tidak faham apa yang papa nya maksudkan.

"Terima apa ni?"

"Terima jadi tunang kamu lah." Terkedu Fattah mendengarnya.

"Wait wait. Apa ni? Fattah tak faham." Papa Fuad bangun melangkah duduk di tepi anak lelakinya.

"Kalau kamu nak tahu cincin yang Rysha pakai tu mama kamu yang bagi dekat keluarga dia untuk suruh dia pakai masa dia umur 17 tahun lagi tapi dia belum bersedia. Bila dia dah bersedia dia akan pakai cincin tu dan sekarang kamu nampak kan dia pakai. Mama dan papa kawan baik dengan orang tua dia" Tersenyum lebar Fattah dibuatnya.

"It's true papa? Dia tunang Fattah?" Papa Fuad mengangguk.

"Tapi dia tak tahu siapa tunang dia. Jadi persoalan kamu haritu dah terjawab." Fattah bangun dari duduknya.

"Yes! Papa dengan mama memang terbaik lah. Papa nak tahu tak?" Papa nya mengangkat kening.

"Fattah dah pernah usap pipi dia. Lembuttt" membulat mata papa Fuad.

"Bertuah punya anak. Papa suruh jaga bukan nya pergi usap anak dara orang!" Tercengang Fattah dah berdesup keluar dari bilik papa nya.

"Tak sengaja pa!!!" Jeritnya. Mama Farhanah tergeleng melihat anak lelakinya tu. Luar saja nampak cool tapi dirumah bukan main manja lagi.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now